<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
11 Jun merupakan hari ke-162 (hari ke-163 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 203 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kamehameha di Hawaii.
Peristiwa
- 1509 - Raja Henry VIII dari England berkahwin dengan Catherine dari Aragon (gambar).
- 1770 - Terumbu Sawar Besar (gambar) mula diketahui orang Eropah apabila kapal Kapten James Cook HM Bark Endeavour terkandas di sana.
- 1899 - Paus Leo XIII mendedikasikan seluruh umat manusia kepada Hati Suci Jesus.
- 1938 – Pertempuran Wuhan bermula, berlangsung selama empat bulan setengah, menjadi pertempuran terbesar dan terlama Perang China-Jepun Kedua.
- 1955 - Lebih 80 orang terbunuh selepas Pierre Levegh dan Lance Macklin berlanggar di perlumbaan kereta 24 Jam Le Mans.
- 1963 - Universiti Alabama menghapuskan pengasingan kaum sewaktu Gabenor George Wallace bergerak ke tepi selepas berdiri menyekat laluan pintu auditorium universiti itu.
- 1963 - Sami Vietnam Thích Quảng Đức membakar dirinya sehingga mati di Saigon bagi membantah penindasan penganut faham Buddha oleh pentadbiran Presiden Vietnam Selatan Ngo Dinh Diem.
- 2009 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak selesema babi (H1N1) kini sebagai pandemik, yang pertama sejak 1968.
- 2009 - Manchester United F.C. menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid C.F. untuk Cristiano Ronaldo, satu rekod baru dalam bola sepak.
- 2010 - Piala Dunia FIFA 2010 bermula di Afrika Selatan.
- 2012 - Lebih 70 orang maut tertimbus akibat dua gempa bumi di utara Afghanistan.
- 2013 - China melancarkan Shenzhou 10, misi bermanusia kelima dan terlama program angkasa lepasnya.
Kelahiran
- 1952 - Anote Tong, Presiden Kiribati ke-9
- 1994 - Ivana Baquero, pelakon Catalan