<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
10 Julai merupakan hari ke-191 (hari ke-192 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 174 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Bahamas (1973).
- Hari Senyap.
Peristiwa
- 48 SM - Julius Caesar hampir kalah teruk kepada Pompey dalam Pertempuran Dyrrhachium di Macedonia.
- 1553 - Empat hari selepas kematian Edward VI, Lady Jane Grey diisytiharkan secara rasmi sebagai Ratu England.
- 1584 - Putera Orange William si Senyap dibunuh di rumahnya di Delft, Holland oleh Balthasar Gérard.
- 1790 - Kongres memperuntukkan dana persekutuan untuk Potomac dan mengesahkan pembangunan tempat tinggal George Washington pada 16 Julai Pemerintah Persekutuan menangani Hutang Perang Revolusi untuk negara.
- 1796 - Ahli matematik Jerman Carl Friedrich Gauss menemui bahawa semua integer positif boleh diwakili oleh hasil tambah paling banyak tiga nombor segitiga.
- 1913 - Lembah Kematian (Death Valley), California mencapai 134 °F (~56.7 °C), suhu tertinggi pernah dicatatkan di Amerika Syarikat.
- 1925 - Guru Meher Baba memulakan pembisuan 44 tahunnya sehingga kematiannya pada 1969.
- 1940 - Luftwaffe Jerman menyerang konvoi British di Selat Inggeris, memulakan Pertempuran Britain.
- 1962 - Satelit komunikasi siaran langsung aktif pertama di dunia Telstar (gambar) dilancarkan oleh NASA.
- 1985 - Selepas keributan yang ditimbulkan oleh penukaran formula kola, Coca-Cola memperkenalkan semula formula lama sebagai Coca-Cola Classic.
- 1985 - Agensi perisikan Perancis mengebom dan menenggelamkan kapal Greenpeace Rainbow Warrior yang berlabuh di Auckland, New Zealand, untuk menghalangnya masuk campur dalam ujian nuklear di Moruroa.
- 1998 - Kawasan uskup Dallas bersetuju untuk membayar AS$ 23.4 juta kepada sembilan orang bekas pembantu paderi yang menuntut bahawa mereka telah dianiayai secara seks oleh bekas paderi Rudolph Kos.
- 2010 - Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.
- 2011 - Selepas 168 tahun, edisi terakhir News of the World diterbitkan apabila akhbar tabloid British ini ditutup berikutan tuduhan menggodam mel suara pelajar sekolah dibunuh Milly Dowler, mangsa serangan 7/7 dan saudara askar British yang terkorban.
- 2011 - Kejohanan Bola Jaring Sedunia berakhir dengan Australia menewaskan New Zealand untuk kejuaraan ke-10nya.
- 2011 - Kapal persiaran Bulgaria karam di Sungai Volga di Tatarstan, Rusia, menyebabkan 129 orang maut atau hilang.
Kelahiran
- 1925 - Mahathir Mohamad, seorang Perdana Menteri Malaysia ke-4
- 1943 - Sanusi Bin Junid, seorang Menteri Besar Kedah ke-7
- 1973 - Gary Iskak, pelakon lelaki Indonesia
- 1985 - Park Chu-Young, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian
- 1099 - Rodrigo Díaz de Vivar, panglima perang Castilla