<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
25 Ogos merupakan hari ke-237 (hari ke-238 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 128 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Uruguay (1825).
Peristiwa
- 1609 - Ahli astronomi Itali Galileo Galilei menunjukkan teleskop pertamanya, sejenis teleskop pembiasan, kepada pihak berkuasa Venice.
- 1912 - Parti Kuomintang diasaskan oleh Song Jiaoren dan Dr. Sun Yat-sen (gambar) di Guangdong, China.
- 1920 - Perang Poland–Soviet: Angkatan Poland di bawah Józef Piłsudski berjaya memaksa Rusia Soviet berundur dari Warsaw dalam Pertempuran Warsaw.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Paris dibebaskan oleh orang Perancis dan Pihak Berikat daripada pendudukan Jerman Nazi.
- 1989 - Kapal angkasa lepas Voyager 2 (gambar) tiba di Neptun, planet terakhir yang dilawatinya sebelum meninggalkan Sistem Suria, dan mengesahkan kewujudan gelang planet itu.
- 2009 - Pilihan raya kecil Permatang Pasir, Malaysia diadakan berikutan kematian ADUN Mohd Hamdan Abdul Rahman.
- 2011 - Lebih 50 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki membakar sebuah kasino di Monterrey, Mexico.
- 2011 - Steve Jobs meletak jawatan sebagai CEO Apple untuk menjadi pengerusinya, dan digantikan oleh Tim Cook.
Kelahiran
- 1841 - Emil Theodor Kocher, ahli fizik Switzerland, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (meninggal 1917)
- 1882 - Seán T. O'Kelly, wartawan dan Presiden Ireland ke-2 (meninggal 1966)
- 1900 - Hans Adolf Krebs, ahli biokimia Jerman, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (meninggal 1981)
- 1911 - Võ Nguyên Giáp, jeneral tentera dan Menteri Pertahanan Vietnam ke-3 (meninggal 2013)
- 1916 - Frederick Chapman Robbins, ahli virologi Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (meninggal 2003)
- 1954 - Elvis Costello, penyanyi dan produser muzik Inggeris
- 1958 - Tim Burton, pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat
- 1961 - Billy Ray Cyrus, penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat
- 1964 - Azmin Ali, ahli matematik dan ahli politik Malaysia
- 1976 - Alexander Skarsgård, pelakon Sweden
- 1984 - Florian Mohr, pemain bola sepak Jerman
- 1982 - Jung Jung-suk, pemain bola sepak Korea Selatan (meninggal 2011)
- 1989 - Kemal Palevi, pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip, dan personaliti YouTube Indonesia
- 2000 - Amanda Rawles, pelakon wanita Indonesia
Kematian
- 1822 - William Herschel, seorang ahli astronomi
- 1993 - Wan Mohamed bin Wan Teh, Menteri Besar Perak ke-7
- 2001 - Penyanyi A.S. Aaliyah Dana Haughton
- 2012 - Angkasawan A.S. Neil Armstrong, orang pertama berjalan di Bulan
- 2017 - Puan Sri Lee Kim Hua, pewaris utama mendiang Tan Sri Lim Goh Tong