<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
31 Mei merupakan hari ke-151 (hari ke-152 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 214 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Dunia Tanpa Tembakau.
Peristiwa
- 1279 SM - Ramses II menjadi Firaun Kerajaan Baru Mesir.
- 1223 - Serangan Mongol: Angkatan Mongol menewaskan tentera gabungan Kiev, Galich dan Cuman di tebing Sungai Kalchik di Ukraine kini.
- 1678 - Godiva berarak bogel menaiki kuda (gambar) di Coventry, England.
- 1889 - Empangan South Fork runtuh, menyebabkan banjir yang meragut nyawa lebih 2,200 orang di Johnstown, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
- 1910 - Penciptaan Kesatuan Afrika Selatan.
- 1916 - Kaiserliche Marine Jerman dan Tentera Laut Diraja British bertembung dalam Pertempuran Jutland (gambar), pertempuran laut yang terbesar dalam Perang Dunia Pertama.
- 1921 - Suatu rusuhan kaum berlaku di Tulsa, Oklahoma di mana kawasan Greenwood yang pesat dan makmur diserang dan segala harta ia dimusnahkan gerombolan orang kulit putih.
- 1931 - Kesatuan Afrika Selatan dah tukar menjadi Republik Afrika Selatan.
- 1955 - Persatuan Islam Se-Malaya rasmi menjadi sebuah parti politik bagi menyertai pilihan raya umum pertama Persekutuan Tanah Melayu.
- 1974 - Syria dan Israel memeterai persetujuan pengunduran untuk menamatkan Perang Yom Kippur.
- 1977 - Sistem Saluran Paip Rentas-Alaska disiapkan.
- 1981 - Gerombolan terancang polis dan separa tentera membakar perpustakaan awam Jaffna, Sri Lanka, memusnahkan lebih 97,000 buku dan manuskrip unik.
- 2009 - Pilihan raya kecil Penanti, Malaysia diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan.
- 2010 - Demi menguatkuasakan sekatan Gaza, Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa, membunuh 9 orang di atas MV Mavi Marmara (gambar).
- 2010 - Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.
- 2013 - Asteroid (285263) 1998 QE2 dan bulannya membuat hampiran terdekatnya ke Bumi bagi dua abad akan datang.
Kelahiran
- 1857 - Paus Pius IX, seorang Paus
- 1967 - Faizal Hussein, pengarah, pelakon, dan penulis skrip
- 1981 - Daniele Bonera, pemain bola sepak Itali / A.C. Milan
Kematian
- 2001 - Hormat Rafei, seorang Menteri Besar Selangor ke-9
- 2019 - Mohd Zaki Ibrahim, seorang mantan ADUN Kelaboran, Kelantan