<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
7 Julai merupakan hari ke-188 (hari ke-189 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 177 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan :
- Hari Kemerdekaan di Kepulauan Solomon (1978)
- Tanabata di Jepun
- Malam Kupala di Rusia dan Ukraine
- Perlumbaan Lembu di Pamplona, Navarre, Sepanyol.
Peristiwa
- 1456 - Jeanne d'Arc dibebaskan daripada tuduhan bidaah yang menyeleweng, 25 tahun selepas kematiannya.
- 1846 - Perang Amerika Syarikat-Mexico: Angkatan A.S. pimpinan Laksamana Pertama John D. Sloat menduduki Monterey dan Yerba Buena, memulakan pengilhakan California.
- 1892 – Pergerakan rahsia Katipunan ditubuhkan di Manila, Filipina.
- 1898 - Akta Kongres Amerika Syarikat yang mengilhak Republik Hawaii (gambar peta), Ketetapan Newlands dimeterai presiden.
- 1937 - Peristiwa Jambatan Marco Polo di Beijing menandakan permulaan Perang China-Jepun Kedua.
- 1946 - Howard Hughes hampir maut ketika XF-11, prototaip pesawat pengintipnya, jatuh terhempas di kawasan Bukit Beverly, California.
- 1959 – Planet Zuhrah menghijabkan bintang Regulus, kedudukan Zuhrah di langit ini kemudiannya digunakan untuk menentukan diameter serta komposisi atmosfera planet tersebut.
- 1978 – Kepulauan Solomon merdeka daripada United Kingdom.
- 1985 - Pemain tenis Boris Becker menewaskan Kevin Curren untuk menjadi pemain bukan pilihan pertama dan pemain paling muda memenangi kejuaraan individu di Wimbledon.
- 2005 - Empat pengebom berani mati membunuh 52 orang dalam satu siri empat letupan terhadap sistem pengangkutan awam London.
- 2008 - Pemimpin G8 bertemu di Jepun manakala pemimpin D-8 bertemu di Malaysia.
- 2010 - Bekas diktator Panama Manuel Noriega dihukum tujuh tahun penjara kerana melabur wang haram di Perancis.
- 2012 - Lebih 160 orang maut dalam banjir kilat di Jajahan Krasnodar, Rusia.
Kelahiran
- 1907 - Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud, Menteri Besar Kelantan ke-11
- 1995 - Naomi Pratiwi, penyanyi R&B/soul, penari dan aktris Indonesia-Australia.
- 2003 - Veve Zulfikar, penyanyi Indonesia.
Kematian
- 1882 - Mikhail Skobelev, seorang jeneral Empayar Rusia
- 1965 - Moshe Sharett, Perdana Menteri Israel ke-2
- 1971 - Ub Iwerks, seorang kartunis dan juruanimasi A.S.
- 2008 - Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin, Menteri Besar Kedah ke-4