(Dilencongkan daripada Jun 21)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
21 Jun merupakan hari ke-172 (hari ke-173 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 193 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Solstis;
- Hari Orang Asli Kebangsaan di Kanada.
- Hari Muzik Sedunia.
Peristiwa
- 217 SM - Perang Punic Kedua: Angkatan Carthage di bawah Hannibal menjalankan antara serangan hendap terbesar dalam sejarah semasa menewaskan orang Rom.
- 921 - Atas perintah Khalifah Bani Abbasiyah Al-Muqtadir, Ibnu Fadhlan bergerak dari Baghdad ke Saqalibah (tanah Rusia pada hari ini) untuk berdakwah.
- 1734 - Seorang abdi hitam yang dikenali sebagai Marie-Joseph Angélique diseksa dan kemudian digantung di Perancis Baru.
- 1788 - New Hampshire meratifikasi Perlembagaan Amerika Syarikat dan diterima sebagai negeri A.S. yang kesembilan.
- 1813 - Perang Semenanjung: Gabungan tentera Britain, Portugis dan Sepanyol pimpinan Marquis Wellington menewaskan Perancis berhampiran Vitoria, Sepanyol.
- 1864 - Perang tanah New Zealand: Kempen Tauranga tamat dengan kemenangan British.
- 1900 – Pemberontakan Boxer. Empayar China mengisytiharkan perang secara rasminya ke atas Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis dan Jepun, melalui suatu watikah daripada Maharani Balu Cixi.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Itali memulakan penjajahan ke atas Perancis yang kemudiannya tidak berjaya.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Pertempuran Okinawa berkahir apabila angkatan Tentera Darat Imperial Jepun berpecahh di kawasan Mabuni, hujung selatan pulau tersebut.
- 1985 - Greenland mula menggunakan bendera sendiri (gambar), dengan itu menambah sokongan kepada gerakan kemerdekaan daripada Denmark.
- 2000 - Pindaan Seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan yang penuh dengan perbalahan dimansuhkan di Scotland dengan undi 99:17.
- 2004 - SpaceShipOne (gambar) berjaya melakukan penerbangan angkasa lepas manusia swasta yang pertama, mencecah kawasan hampagas di angkasa pada altitud 100 km.
- 2011 - Ban Ki-moon terpilih untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kelahiran
- 1676-- Anthony Collins, filsuf dan penulis Inggeris (meninggal 1729)
- 1811 - Carlo Matteucci, ahli fiizk dan neurofisiologi Itali (meninggal 1868)
- 1826 - Frederick Hamilton-Temple-Blackwood, Gabenor Jeneral Kanada Ke-3
- 1925 - Giovanni Spadolini, wartawan dan ahli politik Itali, Perdana Menteri Itali ke-45 (meninggal 1994)
- 1863 - Max Wolf, ahli astronomi dan cendekiawan Jerman (meninggal 1932)
- 1953 - Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan ke-12
- 1928 - Wolfgang Haken, ahli matematik Jerman
- 1967 - Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand ke-28
- 1995 - Anggika Bölsterli, pelakon wanita Indonesia
- 2003 - Adhisty Zara, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia
Kematian
- 1876 - Antonio López de Santa Anna, Presiden Mexico
- 1970 - Sukarno, Presiden Indonesia yang pertama
- 2005 – Jaime Sin, kardinal Filipina (lahir 1928)
- 2010 - İlhan Selçuk, peguam, wartawan dan penulis Turki (lahir 1925)