Sultan Hisamuddin Alam Shah | |
---|---|
Sultan Selangor ke-6 | |
Pemerintahan | 14 September 1945 – 1 September 1960 |
Pendahulu | Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah |
Pengganti | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Raja Muda | Tengku Abdul Aziz Shah |
Pasangan | Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad (k. 1920; m. 1960) |
Anakanda | |
Tengku Abdul Aziz Shah Tengku Azman Shah Tengku Badli Shah Tengku Hajah Raudzah Tengku Ampuan Bariah Tengku Ismail Shah Tengku Taksiah | |
Nama penuh | |
Almarhum Sultan Hisamuddin Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah | |
Tempat persemayaman | Istana Alam Shah, Klang, Selangor |
Ayahanda | Sultan Alauddin Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Raja Haji Musa |
Bonda | Cik Puan Hasnah binti Pilong |
Keputeraan | Istana Bandar Temasha, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | 13 Mei 1898
Kemangkatan | 1 September 1960 Istana Tetamu, Kuala Lumpur, Malaya | (umur 62)
Dimakamkan | 3 September 1960 Makam Diraja Klang, Klang, Selangor |
Agama | Islam Sunni |
Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Jawi: سلطان هيثم الدين عالم شاه إبن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه ; 13 Mei 1898 – 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 14 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.
Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera ketiga kepada Sultan Alauddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang kekanda.
Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Bagaimanapun, pada tahun 1942 sehingga 1945, ketika Jepun memerintah Malaya, baginda telah diturunkan takhta dan digantikan dengan saudara tiri tertuanya yang dilantik dengan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah. Dengan kembalinya pihak British, Sultan Hisamuddin Alam Shah dikembalikan ke takhta, sementara bekas Sultan Musa dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling.
Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaya pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Klang, Selangor.
Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.
Anugerah dan kehormatan
Tanah Melayu
- Tanah Melayu:
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (31 Ogos 1958)[1]
Antarabangsa
- United Kingdom:
- Pingat Jubli Perak Raja George V (1935)[2]
- Pingat Pertabalan Raja George VI (1937)[3]
- Komandan Kesatria Kehormat Darjah St Michael dan St George (KCMG) (1938)[4]
- Pingat Pertabalan Ratu Elizabeth II (1953)
- Brunei:
- Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) – Dato Laila Utama (24 September 1958)
Rujukan
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
- ^ "KING'S JUBILEE MEDAL AWARDS IN MALAYA". Straits Budget. 30 May 1935. m/s. 16.
- ^ "CORONATION MEDALS FOR MALAYA". Morning Tribune. 26 May 1937. m/s. 23.
- ^ "No. 34518". The London Gazette (Supplement). 7 June 1938. m/s. 3690.
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1938 – 1942 |
Penyandang Kemudian |
Alaeddin Sulaiman Shah | Musa Ghiatuddin Riayat Shah |
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1945 – 1960 |
Penyandang Kemudian |
Musa Ghiatuddin Riayat Shah | Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj |