COËX | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2021–kini |
Syarikat rakaman | Armani Entertainment |
Ahli |
|
Bekas ahli | Fasihah Afiqah Shahidan (Eyqa) |
Coex (digayakan sebagai COËX) ialah sebuah kumpulan gadis Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2021 oleh Armani Entertainment.[1][2] Kumpulan ini terdiri daripada empat ahli: Nur Nabilah Qistina Zainal (Mikaela), Elysha Khan (Ely), Amylia Loh (Amy) dan Dalini Lorhendren (Dals). Asalnya ialah kumpulan 5 ahli, Fasihah Afiqah Shahidan (Eyqa) meninggalkan kumpulan itu pada November 2023. Mereka mula dikenali selepas menjadi peserta Big Stage musim kelima dan melancarkan single sulung, "Gimme That Crown". Nama kumpulan ini berasal dari istilah bahasa Inggeris, "co-exist".[1]
Sejarah
Sebelum Coex ditubuhkan, kelima-lima ahli asal kumpulan ini telahpun aktif dalam industri seni sebagai penyanyi, model, penari dan pempengaruh media sosial. Mikaela sebelum ini merupakan bekas peserta All Together Now Malaysia musim pertama dan pernah muncul bersama rakan sekumpulannya, Elysha dalam muzik video lagu "Waktu" oleh Hasif Upin. Elysha juga pernah muncul dalam muzik video "Maafkan" oleh Serbian Shah. Amy pula pernah muncul dalam muzik video lagu "Ternyata" oleh Azhar Osman.
Pada Oktober 2021, Armani Entertainment telah mengadakan ujibakat The Audition 2021 bagi mencari bakat baharu di kalangan wanita bagi membentuk sebuah kumpulan gadis baharu, susulan kejayaan kumpulan Dolla.[1] Syarikat pengurusan itu pada mulanya mahu mencari satu kumpulan dengan empat ahli dan memilih Mikaela, Eyqa, Amy dan Elysha. Bagaimanapun, Armani Entertainment mengambil keputusan untuk mencari satu kumpulan dengan lima ahli, akhirnya mereka mengambil Dals sebagai ahli yang kelima selepas keempat-empat ahli kumpulan bertemu dengannya di Instagram dan menamakan kumpulan ini sebagai Coex.[1]
Amy pada asalnya ialah ketua kumpulan ini sebelum Coex membuat penampilan sulung. Di awal penubuhan kumpulan ini, mereka banyak aktif di media sosial dengan membuat video lagu saduran, namun tidak merakamkan sebarang lagu sendiri.[1] Pada tahun 2023, mereka menjadi peserta untuk pertandingan TV realiti, Big Stage musim kelima.[3] Coex ialah salah satu daripada dua artis berkumpulan yang menjadi peserta rancangan itu, satu lagi ialah Dem Lepak Boyz.[4] Akan tetapi, mereka tersingkir di minggu ketujuh konsert.[5][6]
Pada 21 Julai 2023, Coex melancarkan single pertama mereka, "Gimme That Crown", diikuti oleh muzik video rasminya yang dikeluarkan pada 4 Ogos.[7][8] Ia menjadi rakaman pertama dan terakhir Coex bersama Eyqa.
Coex kemudian membuat persembahan di Kepci Music Fest 2023 yang berlangsung pada 26 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Konsert itu diadakan sempena sambutan jubli emas KFC Malaysia dan antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Siti Nurhaliza dan Misha Omar.[1]
Eyqa meninggalkan Coex pada November 2023. Ahli kumpulan ini kemudian mengeluarkan kenyataan di laman Instagram mereka mengenai pengundurannya pada 15 Januari 2024 dengan menyatakan bahawa pengunduran Eyqa daripada Coex ialah kerana beliau ingin mengejar kepentingan lain susulan penamatan kontraknya dengan Armani Entertainment. Kumpulan ini, pada masa yang sama, masih mengekalkan hubungan baik mereka dengan Eyqa.[9]
Single kedua mereka, "Cemburu" menyusul pada Disember. Ia menjadi single pertama mereka tanpa Eyqa. Pada Mei 2024, Coex menyumbangkan suara mereka untuk filem Paku Tanah Jawa yang bertajuk "Paku Durjana".[10][11]
Big Stage musim 5
Berikut ialah senarai persembahan Coex di Big Stage 5:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Menifesto | "Pink Venom" | Blackpink | Ke-2 |
Minggu 2 | Flex Your Beat | "Satu Malam di Temasek" | Joe Flizzow & SonaOne | Ke-5 |
Minggu 3 | Asmaraloka | "Touch" | Little Mix | Ke-11 |
Minggu 4 | Hari Jiwa Galau | "Pulang" | Insomniacks | Ke-8 |
Minggu 5 | High School Crush | "GIG" | Elite | Ke-10 |
Minggu 6 | Wow-Wa What's Next | "Selamat Jalan Romeo" | Ramlah Ram | Ke-6 |
Minggu 7 | Selebriti Memilih | "Cupid" (duet bersama Edry Abdul Halim) | Fifty Fifty | TERSINGKIR |
Ahli kumpulan
- Ahli terkini
- Nur Nabilah Qistina Zainal (Mikaela; lahir 17 November 1995) (2021–kini)
- Amylia Loh (Amy; lahir 23 Ogos 1996) (2021–kini)
- Dalini Lorhendren (Dals; lahir 9 Julai 1998) (2022–kini)
- Elysha Khan (Ely; lahir 23 September 1998) (2021–kini)
- Bekas ahli
- Fasihah Afiqah Shahidan (Eyqa; lahir 13 Julai 1997) (2021–2023)
Garis masa
Diskografi
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Gimme That Crown" | 2023 |
"Cemburu" | |
"Paku Durjana" | 2024 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b c d e f Syafil Syazwan Jefri (15 Ogos 2023). "M-Pop cara Coex". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2023.
- ^ Amri Hassan (26 Ogos 2023). ""Kami Bukan Pendatang Baharu Yang Biasa-Biasa"". Astro Gempak. Dicapai pada 26 November 2023.
- ^ Ain Mahthir (12 April 2023). "Kumpulan Coex Lincah Di Pentas Sertai Big Stage Musim 5 Jadi Perhatian, "Wow, Vokal Boleh Tahan"". Syor.com. Dicapai pada 26 November 2023.
- ^ Rubini Nagarajah (12 April 2023). "Big Stage 2023 Dibarisi 14 Penyanyi Solo Dan Juga Berkumpulan Termasuk 'Dem Lepak Boyz'". Getaran. Dicapai pada 2 Mei 2023.
- ^ Asyraf Roslan (19 Jun 2023). "Big Stage 2023: Reda tersingkir, perjalanan Coex baru bermula". Astro Awani. Dicapai pada 24 November 2023.
- ^ "Coex Akhirnya Terkeluar Big Stage 5 & Markah Hanya 57.33%, Gagal Lolos Suku Akhir". Media Hiburan. 18 Jun 2023. Dicapai pada 26 November 2023.
- ^ Fendi Ghafar (6 Ogos 2023). "COËX Melangkah Berani Bersaing Dengan 'GIMME THAT CROWN'". Suara TV. Dicapai pada 26 November 2023.
- ^ "Sehari rakam lagu di studio, Coex buktikan bukan kumpulan 'biasa-biasa'". mStar Online. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 26 November 2023.
- ^ "COEX Dulu Berlima, Sekarang Berempat? Eyka Disingkir, Tiada Komitmen?". F8 Buzz. 29 Januari 2024. Dicapai pada 26 November 2024.
- ^ "Paku Durjana: Gabungan Unik Rentak Tradisi dan Moden dalam M-POP COEX". Buzzing Malaysia. 17 Mei 2024. Dicapai pada 26 November 2024.
- ^ "COËX Hantui Pendengar Melalui 'Paku Durjana'". Syok.my. 17 Mei 2024. Dicapai pada 26 November 2024.