Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al Mu'minuun (سورة المؤمنون) adalah surah ke-23 dari al-Quran, surah ini terdiri atas 118 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyyah. Dinamai Al Mu'minuun, kerana permulaan ayat ini manerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Isi kandungan
- Keimanan: Kepastian hari kebangkitan dan hal-hal yang terjadi pada hari kiamat; Allah SWT tidak memerlukan anak .
- Hukum-hukum: Manusia dibebani sesuai dengan kesanggupannya; rasul-rasul semuanya menyuruh manusia memakan makanan yang halal lagi baik; pokok-pokok agama yang dibawa para nabi adalah sama, hanya syariatnya yang berbeza-beza.
- Kisah-kisah: Kisah Nabi Nuh a.s.; kisah Nabi Hud a.s. kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.; kisah Nabi Isa a.s.
- Dan lain-lain: Tujuh perkara yang harus dipenuhi, oleh seorang mukmin yang ingin mendapat keberuntungan hidup di dunia mahupun di akhirat; proses kejadian manusia; tanda-tanda orang yang bersegera kepada kebaikan; nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia wajib disyukuri.
Rujukan
- Mukaddimah Al Qur'an versi terjemahan Jabatan Agama Republik Indonesia
Pautan luar
Wikisource mempunyai teks ayat suci Al-Quran beserta terjemahan bagi: |
Surah Sebelumnya: Surah Al-Hajj |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah An-Nuur |
Surah 23 |