Al-Masad سورة المسد | ||||
---|---|---|---|---|
Surah 111 dalam al-Quran | ||||
Maklumat surah | ||||
Erti nama surah | Gejolak Api | |||
Nama alternatif (dalam bahasa Arab) | | |||
Nama lain | Al-Masad | |||
Juz' | 30 | |||
Pembahagian |
| |||
Susunan dalam mashaf | ||||
Kedudukan | 111 | |||
| ||||
Penurunan surah | ||||
Pengelasan | Makkiyah | |||
Kandungan | ||||
Teks surah | Sura111.pdf | |||
Terjemahan | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Surah Al-Masad (Arab: سورة المسد ) adalah surat ke-111 dalam Al-Quran. Surat ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Fath. Nama Al-Lahab diambil dari kata Al-Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surat ini yang ertinya gejolak api, dan merujuk pada Abu Lahab.
Surah ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memulakan dakwah secara terbuka kepada semua penduduk Makkah dengan memanggil mereka berhimpun di Bukit Safa, sekitar tahun 613 M. Abu Lahab dengan segera mengutuk baginda.[1]
Isi kandungan
Cerita Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tidak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya yang dilakukan di dunia dan dia bersama isterinya akan binasa di dalam neraka selama-lamanya.
Terjemahan ayat
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
- مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
- سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
- وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
- فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
Rujukan
- ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras)
|format=
requires|url=
(bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 82–83.
Pautan luar
- Dengar bacaan di alquran.cz.cc
Surah Sebelumnya: Surah An-Nasr |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-Ikhlas |
Surah 111 |