Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Mulk (Arab: سورة الملك ) ialah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 30 ayat. Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.
Isi kandungan
- Hidup dan mati ujian bagi manusia
- Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan
- Perintah Allah untuk memperhatikan isi alam semesta
- Azab yang diancamkan terhadap orang-orang kafir
- Janji Allah kepada orang-orang mukmin
- Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bagi manusia untuk mencari rezeki
- Peringatan Allah kepada manusia tentang sedikitnya mereka yang bersyukur kepada nikmat Allah.
Hadith
Tafsir al-Quran yang paling pertama dan utama ialah hadith Nabi Muhammad ﷺ [1][2] dan hadith itu ialah "percakapan"; perlakuan, percakapan atau tradisi baginda yang direkod dan disahkan oleh sanad; dengan sirah, ia merangkumi sunnah dan pernyataan syariah dan tafsir. Walaupun ulama mendakwa yang bagida ada mengulas hampir keseluruhan al-Qur'an, sesetengah ulama yang lain termasuk Imam Al-Ghazali memetik hanya sebilangan hadith, lantas menunjukkan yang baginda hanya mengulas sebahagian sahaja daripada Qur'an.[3] Tidak kira apa jua keadannya, bilangan hadith yang lebih banyak mengangkat kepentingan sesuatu surah itu dari suatu sudut. Surah ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam seruan dan amalan Nabi Muhammad ﷺ , yang boleh dilihat melalui beberapa potong hadith.
- Imam Ahmad menulis daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda, "Sesungguhnya, terdapat satu surah di dalam al-Quran itu mengandungi 30 ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehinggalah dia diampunkan. (Ia itu): ‘Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan. (Surat Al-Mulk 67)"[4][5][6]
- Nabi Muhammad ﷺ bersabda, "Terdapat satu surah di dalam al-Quran yang mempunyai hanya tiga puluh ayat. Ia melindungi sesiapa yang membacanya sehingga dia dimasukkan ke syurga"[7]
- Anas ibn Malik melaporkan bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda, "Terdapat satu surah yang akan merayu untuk pembacanya sehingga ia akan menyebabkan orang itu masuk syurga."[8]
- Nabi Muhammad ﷺ bersabda, "Surah al-Mulk ialah pelindung dari azab kubur."[9]
- Jabir berkata bahawa menjadi kelaziman untuk baginda tidak tidur sehinggalah baginda membaca Tabarakalladzi Biyadihil Mulk (Al-Mulk) dan Alif Laam Meem Tanzeel (Surah As-Sajadah).[10]
- Baginda selalu membaca Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk sebelum tidur.[11]
- Abdullah Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda, "Hatiku ingin supaya surah al-Mulk berada di dalam hati setiap orang dari kalangan umatku". [12]
- Ibn Abbas berkata yang salah seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ memasang khemah di atas sebuah kubur tanpa menyedari yang ianya ialah kubur dan di dalamnya terdapat seorang yang sedang membaca Surah Tabarakalladzi Biyadihil Mulk sehingga habis. Beliau pergi dan memberitahu baginda yang lalu bersabda, "Ia (surah Al-Mulk) itu Pertahanan, ia pelindung yang melindungi dari azab Allah Taala".[13]
- Khalid bin Madam berkata tentang surah Al-Mulk dan As-Sajadah yang kedua-dua surah ini akan berebut demi pembacaya di dalam kubur dan berkata, "Ya Allah! Jika kami berada dalam Kitab-Mu, terimalah syafaat kami untuknya. Jika tidak, keluarkanlah kami darinya." Surah ini akan mengembangkan sayap mereka seperti burung dan menyelamatkan pembacanya daripada azab kubur."[14]
- Diriwayatkan dari Abdullah ibn Mas'ud bahawa: Sesiapa yang membaca Tabarakalladzi Biyadihil Mulk [iaitu Surah al-Mulk] setiap malam, Allah akan melindunginya dari azab kubur. Pada zaman Rasulullah ﷺ , kami memanggilnya al-mani’ah (yang melindungis). Dalam Kitab Allah, ia adalah surah yang sesiapa membacanya setiap malam amat beruntung.[15][16]
- Abdullah ibn Mas’ud diriwayatkan berkata, "Seorang lelaki akan didekati di dalam kubur dari kakinya dan dari dadanya dan dari kepalanya. Setiap kali itu Surah ini akan melindunginya dengan berkata, 'Kamu tidak boleh melakukan apa-apa kepadanya, dia dahulu pernah mebaca Surah Mulk'."
- Abdullah ibn Mas'ud kemudian berkata lagi, "Ia dipanggil Al-maani'ah. Kerana ia melindungi dari balasan kubur.'[17]
- Ibn Umar berkata pernah Nabi Muhammad ayat kedua ("Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya...") dan apabila baginda sampai kepada perkataan "lebih baik amalnya", baginda berhenti dan menerangkan "lebih baik amalnya" ialah orang yang menahan diri dari perkara yang Allah larang dan setiasa bersedia untuk taat kepada-Nya."
- Yahya meriwayatkan kepadaku daripada Malik dari Ibn Shihab yang Humayd ibn Abd ar-Rahman ibn Awf memberitahunya bahawa Surah al-Ikhlas (Surah ke-112) bersamaan dengan sepertiga Qur'an, dan Surah al-Mulk (Surah ke-67) merayu untuk tuan(pembaca)nya.[18]
Rujukan
- ^ Tafsir#Muhammad
- ^ Şatibi, El-muvafakat
- ^ Muhsin Demirci, Tefsir Usulü, 120
- ^ [This Hadith was collected by At-Tirmidhi and the four Sunan Compilers. At-Tirmidhi said concerning it, “This is a Hasan Hadith.”]
- ^ (Jami` at-Tirmidhi Hadith 2891) Imaam at-Tirmidhi has classified this narration as Hasan (sound) and Imaam Ibn Hibban and Abu Abdullah al-Hakim Nishapuri regarded it as Sahih (authentic). See Saheeh ibn Hibbaan vol. 3, p. 67-69 and Al-Mustadrak alaa al-Sahihain vol. 2, p. 498
- ^ Abu Dawood, Imam Ahmad, at-Tirmidhi, Riyad as-Salihin by Imam Al-Nawawi Ch.183 #1016
- ^ Fath al Qadir 5/257, Sahihul Jamiea 1/680, Tabrani in Al-Awsat & Ibn Mardawaith
- ^ Al-Tabarani
- ^ Sahihul Jamiea 1/680, Abu Abdullah al-Hakim Nishapuri - Al-Mustadrak alaa al-Sahihain 2/498 & Al-Nasa'i
- ^ Ahmad, Tirmidhi and Sunan al-Darimi
- ^ At-Tirmithi, An-Nasa’i. See also Al-Albani, Sahihul-Jami As-Saghir 4/255
- ^ [Hakim, al-Hisnul Haseen by the cassical scholar Muhammad al-Jazri]
- ^ at-Tirmidhi
- ^ Mishkat al-Misbah
- ^ Al-Nasa'i
- ^ [Sahih at-Targhib wat-Tarhib, no. 1475]
- ^ (Mustadrak al-Haakim vol.2, p. 498). Abu Abdullah al-Hakim Nishapuri mengelaskan riwayat ini sebagai Sahih dan Haafiz Zahabiy mengesahkannya.
- ^ Imam Malik : Muwatta Bab No: 15, The Quran, Hadith no: 19 Narrated by Imam Malik
Pautan Luar
Surah Sebelumnya: Surah At-Tahrim |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-Qalam |
Surah 67 |