Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Mujadilah (Arab: سورة المجادلة ) ialah surah ke-58 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri daripada 22 ayat. Dinamakan Al-Mujadilah yang bererti wanita yang mengajukan gugatan kerana pada awal surah ini disebutkan bantahan seorang perempuan yang menurut riwayat bernama Khaulah binti Tsa'labah terhadap sikap suaminya yang telah menziharnya. Hal ini diadukan kepada Rasulullah dan ia menuntut supaya beliau memberikan putusan yang adil dalam persoalan itu. Dinamai juga Al-Mujadalah yang bererti Perbantahan.
Surah ini mempunyai ciri berbeza dari surah lain dalam al-Quran. Dalam setiap ayat dalam surah ini, selalu terdapat lafaz Jalallah (lafaz Allah). Ada dalam satu ayat hanya terdiri dari satu lafaz, ada yang dua, atau tiga, dan bahkan ada yang lima lafaz, seperti pada ayat ke-22 dan terakhir dalam surah ini.
Isi kandungan
Hukum
- Hukum zihar dan sangsi-sangsi bagi orang yang melakukannya bila ia menarik kembali perkataannya
- Larangan menjadikan musuh Allah sebagai teman
Lain-lain
- Menjaga adab sopan santun dalam suatu majlis pertemuan
- Adab sopan santun terhadap Rasulullah s.a.w.
Pautan Luar
Surah Sebelumnya: Surah Al-Hadid |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-Hasyr |
Surah 58 |