Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Balad (Arab: سورة البلد ) ialah surah ke-90 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 20 ayat. Dinamakan "Al-Balad" yang bererti Negeri diambil dari perkataan "Al-Balad" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan kota dalam ayat ini ialah kota Makkah.
Isi kandungan
- Manusia diciptakan Allah untuk berjuang menghadapi kesulitan
- Peringatan kepada manusia supaya tidak terpedaya oleh kekuasaan dan harta benda
- Beberapa peringatan kepada manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya dan bahawa Allah telah menunjukkan jalan-jalan yang akan menyampaikannya kepada kebahagiaan dan yang akan membawanya kepada kecelakaan.
Pautan Luar
Surah Sebelumnya: Surah Al-Fajr |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Asy-Syams |
Surah 90 |