Rekod berkaitan umur
- Penyanyi Yang Paling Muda Menjuarai Anugerah Juara Lagu
- Siti Nurhaliza, 17 tahun 11 bulan 17 hari (menyanyikan lagu 17 tahun 11 bulan 17 hari)
- Penyanyi Yang Paling Muda Bertanding Tanpa Memenangi
- Along Exists, 14 tahun 4 bulan 10 hari (menyanyikan lagu "Untukmu Ibu")
- Penyanyi Yang Paling Tua Bertanding Tanpa Memenangi
- M. Daud Kilau, 64 tahun 6 bulan 2 hari (menyanyikan lagu "Tenung Tenung Renung Renung")
- Lagu Oleh Penyanyi Yang Paling Tua Masuk Ke Peringkat Akhir
- Rosiah Chik, 74 tahun 20 hari (menyanyikan lagu "Hantaran Hati")
Kemenangan dan penyertaan berganda
- Jika mengikut format pertandingan terbuka, hanya Francissca Peter dan Manan Ngah sahaja yang pernah memenangi dua tempat utama dalam satu majlis iaitu Juara dan Naib Juara di AJL yang pertama (1986). Ezra Kong berjaya mengulangi kejayaan Manan Ngah apabila memenangi dua tempat utama dalam satu majlis iaitu Juara bersama Loca B & Noki dan Tempat Ketiga bersama Hael Husaini di AJL 35 (2020) sebagai komposer dan penulis lirik. Manakala jika mengikut format pertandingan kategori, M. Nasir pernah dua kali menang dua daripada tiga kategori genre masing-masing pada 1994 (Pop Rock & Irama Malaysia) dan 1997 (Irama Malaysia & sebagai penulis lirik untuk kategori Pop Rock) serta penyanyi Siti Nurhaliza juga sebanyak dua kali pada 1999 dan 2000 (Irama Malaysia & Balada).
- Satu-satunya keputusan yang sama untuk Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik bagi kategori Lagu Terbaik keseluruhan adalah menerusi lagu "Jerat Percintaan" nyanyian Siti Nurhaliza (Dato') pada tahun 1996. Manakala lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz pula merupakan satu-satunya pemenang Juara Lagu dan juga Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun 2013.
- Kemenangan "Gila" menjadikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai penyanyi trio pertama yang memenangi AJL.
- M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak empat kali dengan tiga lagu dinyanyikan sendiri iaitu menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" (1994), "Ghazal Untuk Rabiah" (1997), "Andalusia" (1999) dan nyanyian penyanyi lain iaitu "Awan Nano" (2011) yang dinyanyikan oleh Hafiz.
- Empat artis pernah memenangi Juara Lagu sebagai penggubah, penulis lirik dan penyanyi, iaitu M. Nasir menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" pada tahun 1994, Yasin bagi lagu "Mimpi Laila" pada tahun 2001, Ana Raffali bagi lagu "Tolong Ingatkan Aku" pada tahun 2010 dan Yuna dengan lagu "Terukir di Bintang" pada tahun 2012. Namun, Yuna hanya menyanyikan sendiri lagu tersebut pada separuh akhir Juara Lagu manakala semasa final AJL 27, Aizat Amdan telah menggantikan beliau kerana Yuna terikat dengan komitmen rakaman album di Amerika Syarikat.
- Ana Raffali merupakan komposer wanita pertama yang memenangi anugerah utama pada 2010 (Tolong Ingatkan Aku), manakala Habsah Hassan merupakan penulis lirik wanita pertama memenangi anugerah tersebut pada tahun 1987 (Menaruh Harapan).
- Misha Omar merupakan penyanyi pertama yang memenangi anugerah utama menerusi lagu sulung yang dirakamkannya. Lagu Bunga-bunga Cinta yang dirakamkan pada tahun 2002 merupakan lagu rakaman pertama Misha dan memenangi AJL pada tahun 2003. Manakala lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza bukanlah lagu pertama yang dirakamkan beliau biarpun dipetik daripada album sulung penyanyi tersebut.
- Hael Husaini merupakan penyanyi pertama memenangi anugerah utama bagi dua edisi berturut-turut menerusi Jampi (AJL32) dan Haram (bersama Dayang Nurfaizah) (AJL33). Kemenangan ini juga menjadikan beliau dan Ezra Kong sebagai komposer dan penulis lirik yang pertama mengungguli anugerah utama AJL untuk dua tahun berturut-turut.
- Sehingga tahun 2008 dimana tahun selepasnya, penyertaan kategori dibubarkan, hanya Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai AJL dalam kesemua kategori. Siti menyertai semua kategori silih berganti sejak tahun 1998 manakala Dayang menyertai kategori Pop Rock pada tahun 2001 selain memenangi kategori Balada pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif.
- Sekiranya mengambil kira penyertaan bagi kategori terbuka, hanya Dayang Nurfaizah sahaja penyanyi yang menyertai kesemua kategori iaitu 3 kategori mengikut genre dalam format kategori dan menyertai AJL ketika format terbuka.
- Noh Salleh dan Shila Amzah merupakan penyanyi yang menyertai AJL dalam 4 daripada 5 format persembahan. Noh Salleh menyertai secara solo ("Angin Kencang"), secara padusuara/duo ("In Love With You" -Aizat Amdan) , bersama kugiran ("Aku Skandal" & "Mencari Konklusi" - Kumpulan Hujan), secara padusuara berkumpulan/trio ("Pelita" - Monoloque & Azlan Rosle (A.P.I)). Manakala Shila Amzah pula menyertai secara solo (Patah Seribu dan Masih Aku Cinta) , duet/duo (Selamanya Cinta bersama Alif Satar), trio (Beribu Sesalan bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura) dan bersama kugiran (Pelukan Angkasa bersama SOG). Beliau dan Noh Salleh hanya belum mencuba nyanyian secara kolaborasi berpenampilan (featuring) untuk melengkapkan format persembahan.
- Dato' Sri Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti Nurhaliza mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).
- 23 buah lagu beliau berjaya ke peringkat separuh akhir
- 18 buah lagu beliau berjaya ke peringkat akhir
- 17 trofi telah beliau menangi
- 5 Trofi Persembahan Terbaik
- 9 Trofi Juara Kategori (4 balada, 4 irama Malaysia/etnik kreatif, 1 pop rock)
- 3 Trofi Juara Lagu
- 8 tahun berturut-turut menyertai peringkat akhir
- 7 tahun berturut-turut penyertaan lagu balada ke peringkat akhir. (1996-2002)
- 5 tahun berturut-turut penyertaan lagu irama Malaysia/etnik kreatif ke peringkat akhir. (1998-2002)
- 4 tahun berturut-turut penyertaan 3 buah lagu ke peringkat akhir. (1998-2001)
- 5 tahun tidak secara berturut-turut penyertaan lagu pop rock ke peringkat akhir. (1998-1999, 2001, 2003, 2007)
- Satu satunya kategori yang belum pernah Siti Nurhaliza menangi ialah Vokal Terbaik sejak dipertandingkan pada tahun 2002.
- Bagi format terbuka, Hafiz Suip merupakan satu-satunya penyanyi yang telah memenangi kesemua tempat dalam tahun yang berlainan. Beliau pernah memenangi Juara Lagu (Awan Nano - AJL26 & Bahagiamu Deritaku - AJL28), Naib Juara (Terimaku Seadanya - AJL31) bersama Misha Omar, Tempat Ketiga (Noktah Cinta - AJL25 & Ku Akui - AJL27), Vokal Terbaik (AJL25, AJL26, AJL27 & AJL34) dan Persembahan Terbaik (AJL28 & AJL34).
- Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz dan Dayang Nurfaizah merupakan peserta yang memenangi anugerah Vokal Terbaik lebih daripada sekali. Misha Omar menerusi penyertaannya pada tahun 2003, 2004 dan 2018, Jaclyn Victor pada tahun 2007 (duet dengan Lah Ahmad) dan 2013. Hafiz pula memenanginya pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2019 sekaligus menjadikannya penyanyi paling banyak memenangi kategori tersebut. Dayang Nurfaizah pula memenanginya pada 2014, 2015 dan 2016.
- Antara artis yang menang besar bagi sebuah lagu termasuk juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu ialah:
- 1988 - Ramlah Ram (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku"
- 1989 - Kumpulan Search (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Isabella"
- 1993 - Fauziah Latiff (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Teratai Layu di Tasik Madu"
- 1994 - M. Nasir (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Tanya Sama Itu Hud-Hud" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Bonda"
- 1995 - Aishah (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Cinta Beralih Arah"
- 1996 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Jerat Percintaan"
- 2000 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori) : "Balqis" & Juara Kategori Balada "Kau Kekasihku"
- 2003 - Misha Omar (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Bunga-Bunga Cinta"
- 2006 - Adibah Noor (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Terlalu Istimewa"
- 2009 - Aizat Amdan (Juara Lagu bagi lagu "Pergi") & (Persembahan Terbaik : "Kau Aku")
- 2011 - Hafiz Suip (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Awan Nano"
- 2013 - Hafiz Suip (Juara Lagu, Persembahan Terbaik & Juara Mobile) : "Bahagiamu Deritaku"
- 2015 - Akim & The Majistret (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Potret"
- 2016 - Dayang Nurfaizah (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Lelaki Teragung"
- Artis yang TIDAK memenangi Juara Lagu TETAPI memenangi 2 anugerah atau lebih pada satu Anugerah Juara Lagu:
- 1997 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik ) : "Aku Cinta Padamu"
- 1999 - Noraniza Idris - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
- 1999 - Siti Nurhaliza - Juara Kategori Balada "Purnama Merindu" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
- 2001 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Pop Rock) : "Engkau Bagaikan Permata" & Persembahan Terbaik : "Ya Maulai"
- 2002 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Etnik Kreatif & Persembahan Terbaik) : "Nirmala"
- 2004 - Misha Omar - Vokal Terbaik & Juara Kategori Balada "Pulangkan"
- 2005 - Hazami - Vokal Terbaik & Juara Kategori Pop Rock "Kata"
- 2005 - Mawi - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Aduh Saliha"
- 2008 - Faizal Tahir - Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada "Sampai Syurga"
- 2010 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Noktah Cinta" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Noktah Cinta"
- 2012 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Ku Akui" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Ku Akui"
- 2014 - Dayang Nurfaizah - Tempat Ketiga & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Di Pintu Syurga"
- 2018 - Misha Omar - Tempat Ketiga & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Sampai Bila"
- 2019 - Hafiz Suip - Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik "Kisah Cinta Kita"
- 2021 - Marsha Milan - Tempat Kedua & Persembahan Terbaik “Cinta"
- Antara artis yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori secara solo ialah:
- Anugerah Juara Lagu 2000:
- Siti Nurhaliza - Kategori Balada - "Kau Kekasihku" & "Nian di Hati"
- Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - "Tinting" & "Ngajat Tampi"
- Amy Mastura - Kategori Pop Rock - "Bintang Hati" & "Sha Na Na"
- Anugerah Juara Lagu 2005:
- Jaclyn Victor - Kategori Balada - "Gemilang" & "Wajah"
- Anugerah Juara Lagu 2007:
- Faizal Tahir - Kategori Balada - "Kasih Tercipta" & "Mahakarya Cinta"
- Anugerah Juara Lagu 2008:
- Faizal Tahir - Kategori Balada - "Sampai Syurga" & "Cuba"
- Anugerah Juara Lagu 2009:
- Aizat - "Pergi" & "Kau Aku"
- Anugerah Juara Lagu 2010:
- Faizal Tahir - "Hanyut" & "Selamat Malam"
- Anugerah Juara Lagu 2011:
- Yuna - "Gadis Semasa" & "Penakut"
- Anugerah Juara Lagu 2000:
- Kumpulan Exist dan Bunkface merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan:
- Kumpulan Exist:
- Anugerah Juara Lagu 1992 - "Untukmu Ibu" dengan vokalis Mamat
- Anugerah Juara Lagu 1994 - "Anugerah" dengan vokalis Mamat.
- Anugerah Juara Lagu 2002 - "Julia" dengan vokalis Ezad.
- Anugerah Juara Lagu 2003 - "Percayakan Siti" dengan vokalis Ezad.
Kumpulan Bunkface:
- Anugerah Juara Lagu 2009 - "Situasi"
- Anugerah Juara Lagu 2010 - "Ekstravaganza"
- Anugerah Juara Lagu 2014 - "Rentak Laguku"
- Anugerah Juara Lagu 2015 - "Malam Ini Kita Punya"
- Kumpulan Kool juga merupakan kumpulan muzik yang mara ke pusingan akhir Juara Lagu 4 kali berturut-turut dengan penyertaan mereka kali pertama iaitu pada Anugerah Juara Lagu 1995 menerusi lagu Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura) sekaligus menjadi juara dalam kategori Pop Rock. Pada Anugerah Juara Lagu 1996, Kumpulan Kool sekali lagi ke peringkat akhir Juara Lagu dengan lagu Bebas dan lagu ini juga berjaya menjadi juara dalam kategori Pop Rock menjadikan Kumpulan Kool antara kumpulan muzik pertama yang menjadi juara kategori 2 kali berturut-turut.
- Antara lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Kool dalam Juara Lagu ialah :
- Anugerah Juara Lagu 1995 - Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura)
- Anugerah Juara Lagu 1996 - Bebas
- Anugerah Juara Lagu 1997 - Cemburu
- Anugerah Juara Lagu 1998 - Satu Arah
Kesemua lagu-lagu ini dicalonkan dalam kategori Pop Rock, di mana lagu Kau Dan Aku dan Bebas ialah juara kategori.
- Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah AJL. Beliau memenangi kategori lirik terbaik sebanyak dua kali menerusi lagu "Menaruh Harapan" (1987) dan "Cukuplah Sekali" (1988).
Penyertaan lebih tiga kali tetapi gagal
- Dengan jumlah 7 kali penyertaan, Stacy ialah penyanyi yang paling kerap ke pentas akhir tanpa sebarang kemenangan, tetapi berjaya memenangi buat kali pertama sebagai seorang komposer menerusi lagu Cinta, nyanyian Marsha Milan atas nama "Bunga Cantik"
- Nora Ariffin telah menyertai Juara Lagu sebanyak lima kali tanpa seberang kemenangan, sebelum memenanginya buat kali pertama pada Anugerah Juara Lagu 2007, menerusi lagu Samudera. Bagaimanapun, Nora telah bertanding dengan enam lagu berbeza, termasuk dua lagu pada tahun 2001.
- Artis-artis yang pernah menyertai Juara Lagu sebanyak tiga kali tanpa memenangi sebarang anugerah:
- Stacy - 7 kali (2008, 2009, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015)
- Hazama Azmi - 7 kali (4 kali bersama The Penglipurlara: 2013, 2016, 2017 dan 2019; sekali bersama Amy Search pada tahun 2012), 2014 dan 2015 sebagai penyanyi solo
- Noh Salleh (Hujan) - 5 kali (2 kali bersama Hujan: 2009, 2010, sekali bersama API dan Aizat Amdan masing-masing pada tahun 2010 dan 2013) dan 2015 sebagai penyanyi solo
- Kumpulan Exist - 4 kali (1992, 1994, 2002, 2003)
- Bunkface - 4 kali (2009, 2010, 2014, 2015)
- Erra Fazira - 3 kali (1999, 2000, 2004)
- Anuar Zain - 3 kali (1998, 2003, 2004)
- Syura - 3 kali (2002, 2004, 2006)
- Zamani Ibrahim - 3 kali (sekali bersama Kumpulan Slam (1996), 2002 dan 2004 sebagai penyanyi solo)
- Man Bai - 3 kali (2 kali bersama Kumpulan Gersang: 1988, 1989 dan 1996 sebagai penyanyi solo)
- Mus (MAY) - 3 kali (2 kali bersama Kumpulan MAY: 1989, 2003 dan 1997 sebagai penyanyi Kumpulan Wings)
- Hattan - 3 kali (1991, 1992, 2014)
Penyertaan bukan Melayu dan luar negara
- Penyanyi bukan bumiputera yang pernah berentap ke peringkat akhir AJL ialah Alleycats (1986, 1987), Ben Nathan (1988) dan Jaclyn Victor (2005, 2007, 2011) (India) serta Vince (2004) (Cina Inggeris), Casey (1995) (Cina & India) dan Elizabeth Tan (2015).
- Penyanyi berketurunan bumiptera selain suku Melayu yang pernah menyertai pertandingan ini ialah Rich (2007, 2008), Stacy (2008 - 2010, 2012 - 2013 dan 2014), Jimmy Palikat (2012) (Kadazan-Dusun) dan Lina Kamsan (1993) (Jawa). Hanya Francissca Peter (1986 - 1988) sahaja yang berketurunan Serani yang pernah bergelar juara AJL pada 1986.
- Aubrey Suwito menjadi komposer bukan Bumiputera pertama yang memenangi anugerah utama AJL pada 2005 menerusi lagu "Gemilang", beliau berketurunan Cina Peranakan Indonesia. Manakala Pete Teo menerusi lagu "Pergi" pada 2009 menjadi komposer berketurunan Cina pertama memenangi AJL.
- Endang Es Taurina dan Rio Febrian, ialah dua penyanyi Indonesia yang pernah bertanding di peringkat akhir Juara Lagu. Endang melalui lagu "Sangkar Emas" ciptaan A. Ali dan Lukhman S. pada tahun 1990 manakala Rio tidak membuat persembahan (diwakili oleh Lah Ahmad) ketika terpilih menerusi lagu "Ceritera Cinta" pada tahun 2007. Manakala Glenn Fredly pula pernah mara ke peringkat separuh akhir Balada pada tahun 2000 menerusi lagu "Dengarkanlah" (berduet bersama Amy Mastura) ciptaan Helen Yap, namun tewas.
- Adi Priyo, vokalis dan komposer untuk kumpulan 6ixth Sense pula pernah bertanding di peringkat separuh akhir menerusi 4 buah lagu, tetapi gagal mara untuk kesemuanya. Lagu-lagu tersebut ialah "Tanpa" (AJL 23), "Khatimah Cinta" (AJL 25), "Menyesal" dan "Cinta Matiku" (AJL 26). Walau bagaimanapun, menerusi penyertaan sebagai komposer, lagu ciptaan Adi yang berjudul "Kisah Hati" nyanyian Alyah pernah mara ke AJL yang ke-26 (juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik).
- M. Nasir mula bertanding dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu "Mustika". Sebelum itu, banyak lagu M. Nasir yang dinyanyikan secara berkumpulan ataupun solo tidak dapat bertanding kerana status kerakyatan Singapura beliau. Beberapa karya beliau bersama artis Malaysia seperti Rahim Maarof, Kumpulan Search dan Nasir Jani tidak dapat dipertandingkan biarpun cukup popular pada waktu itu.
- Lagu "Puteri Ledang" nyanyian Lina Kamsan pada tahun 1993 dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Jawa. Manakala lagu "Andalusia" oleh M. Nasir pada 1999, "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman pada 2001, "Wassini" nyanyian Waheeda pada 2003, serta lagu "Taat" nyanyian Rohana Jalil pada 2005 merupakan lagu campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. "Andalusia" dan "Mimpi Laila" memenangi Juara Keseluruhan AJL manakala "Wassini" memenangi Juara Kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Lagu "Lelaki" oleh Yuna Zarai menyelitkan monolog dalam Bahasa Perancis.