Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu mengandungi senarai barisan juri profesional yang pernah dilantik oleh TV3 sebagai penganjur Anugerah Juara Lagu sepanjang ia diadakan sejak 1986. Pemilihan jemaah juri ditentukan oleh penganjur dan mewakili penggiat seni muzik dan penyiaran dalam dan luar negara.
Pengenalan
Pertandingan ini bermula dari peringkat undian popular mingguan di dalam program Muzik Muzik di mana undian dibuat oleh penonton melalui borang akhbar (1986-2002) dan undian atas talian (2003-kini). Pemarkahan terkumpul akan menentukan 30 buah lagu yang akan bertanding di peringat Separuh Akhir. Pada peringkat ini lagu-lagu yang akan mara ke peringkat akhir akan dinilai oleh juri profesional yang dilantik daripada komposer dan pengarah muzik.
Anugerah Juara Lagu menggunakan kaedah penjurian secara profesional dimana sekumpulan penggiat seni muzik dari pelbagai latar belakang dikumpulkan untuk menilai kualiti lagu yang mara ke peringkat akhir bagi menobatkan lagu juara, naib juara, tempat ketiga dan juara kategori (1992-2008). Pada malam anugerah, pemarkahan persembahan vokal dan persembahan pentas akan digabungkan bagi menentukan kejuaraan. Pemarkahan vokal terletak 100% di tangan juri, manakala persembahan pentas ditentukan sama ada menerusi undian peminat (undian akhbar, telefon, SMS, atas talian) ataupun digabung/ditentukan oleh juri profesional.
Senarai Jemaah Juri
Edisi Tahun "Lagu Juara" |
Ketua Juri | Juri Profesional | Juri Awam |
---|---|---|---|
AJL1 1986 "Sekadar Di Pinggiran" |
Johari Salleh |
|
Dipilih daripada orang awam dan figura luar industri muzik
|
AJL2 1987 "Menaruh Harapan" |
Tiada | ||
AJL3 1988 "Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu" |
|||
AJL4 1989 "Isabella" |
|||
AJL5 1990 "Janji Manismu" |
Ahmad Merican | ||
AJL6 1991 "Takdir dan Waktu" |
|||
AJL7 1992 "Pada Syurga Di Wajahmu" |
|||
AJL8 1993 "Teratai Layu Di Tasik Madu" |
Ahmad Nawab |
| |
AJL9 1994 "Tanya Sama Itu Hud Hud" |
Wah Idris |
| |
AJL10 1995 "Cinta Beralih Arah" |
Ooi Eow Jin |
|
|
AJL11 1996 "Jerat Percintaan" |
|
Tiada | |
AJL12 1997 "Ghazal Untuk Rabiah" |
| ||
AJL13 1998 "Cindai" |
|||
AJL14 1999 "Andalusia" |
Johari Salleh |
| |
AJL15 2000 "Balqis" |
| ||
AJL16 2001 "Mimpi Laila" |
|
70% juri + 30 % SMS juri awam | |
AJL17 2002 "Keliru" |
|
||
AJL18 2003 "Bunga-bunga Cinta" |
Ooi Eow Jin |
|
100% SMS Juri Awam |
AJL19 2004 "Rela Ku Pujuk" |
Farihin Abdul Fatah |
|
|
AJL20 2005 "Gemilang" |
|
50% juri profesional + 50% SMS juri awam | |
AJL21 2006 "Terlalu Istimewa" |
Azhar Borhan |
|
|
AJL22 2007 "Itu Kamu" |
|
50% juri professional + 50% SMS juri awam | |
AJL23 2008 "Lagu Untukmu" |
Azhar Abu Bakar (Azmeer) |
|
|
AJL24 2009 "Pergi" |
Fauzi Marzuki |
| |
AJL25 2010 "Tolong Ingatkan Aku" |
M. Nasir | ||
AJL26 2011 "Awan Nano" |
Azhar Abu Bakar (Azmeer) |
| |
AJL27 2012 "Terukir Di Bintang" |
|
100% SMS Undian Awam | |
AJL28 2013 "Bahagiamu Deritaku" |
|
100% SMS Undian Awam | |
AJL29 2014 "Apa Khabar" |
|
50% SMS Undian Awam | |
AJL30 2015 "Potret" |
|
100% SMS Undian Awam | |
AJL31 2016 "Lelaki Teragung" |
|
100% Undian Awam Dalam Talian | |
AJL32 2017 "Jampi" |
|
Tiada | |
AJL33 2018 "Haram" |
|
50% Undian Awam Dalam Talian | |
AJL34 2019 "Sumpah" |
Mohd Faizal Maas (Ajai) |
|
|
AJL35 2020 "Gila" |
Mokhzani Ismail |
| |
AJL36 2021 "Pelukan Angkasa" |
| ||
AJL37 2022 "Terus Hidup" |
| ||
AJL38 2023 "Hasrat" |
|
Krisis Penjurian
Penukaran format pertandingan (1991)
Pertandingan akhir Juara Lagu sejak musim pertama hingga musim keenam menggunakan kaedah undian secara bulanan bagi menentukan juara bagi setiap bulan yang akan terus mara ke peringkat akhir. Bermakna ia dikategorikan sebagai terbuka dan tiada saringan peringkat separuh akhir diadakan. Ketika awal penganjuran, beberapa lagu yang dianggap kuat telah gagal mara ke peringkat akhir kerana kekurangan undian popular. Contoh pertama adalah lagu "Sinaran" oleh Sheila Majid yang gagal mara ke akhir AJL2 kerana kekurangan undi tipis kepada juara bulan Januari 1987 - lagu "Angan-angan" nyanyian Raja Ema. Ekoran itu, Sheila tidak lagi berminat menghantar lagu untuk pertandingan ini kecuali pada tahun 1991 menerusi lagu bersama artis-artis lain "Ikhlas Tapi Jauh" yang sekali lagi bernasib tidak baik apabila tewas kepada lagu "Takdir dan Waktu" (Mega) untuk pusingan bulan November 1991[1].
Tak lama selepas itu, final AJL ke-6 (1991) itu juga menyaksikan penguasaan 80% lagu-lagu berirama rock [2] hingga menenggelamkan banyak lagu-lagu pop yang berpotensi pada ketika itu [3]. Lantaran mendapat kritikan daripada pengamal media dan pemain industri muzik, TV3 memperkenalkan format kategori dimana lagu-lagu dibahagikan kepada 3 kategori mengikut genre [4].
Jamal Abdillah dan Juri Separuh Akhir (1994)
Setelah digam RTM, penyanyi Jamal Abdillah tetap dengan pendirian tidak menyertai pertandingan Muzik Muzik selagi tidak ada pembaharuan dari segi pengadilan biarpun kemunculannya di TV3 tidak disekat[5]. Muzik Muzik juga dikritik kerana melantik barisan juri yang sama setiap tahun serta perlukan perubahan total bagi memenuhi citarasa muzik semasa [6].
Kredibiliti Komposer Saari Amri (1995)
Ketika berada di era kemuncaknya, kredibiliti komposer Saari Amri menjadi pertikaian para pemain industri terutamanya yang mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik. Pelbagai kritikan dilemparkan seperti penciptaan lagu Saari tidak progresif dan terlalu statik, walaupun lagu-lagunya popular di Malaysia dan Indonesia. Hal ini menyebabkan berlakukan persepsi terhadap komposer yang tidak mempunyai pendidikan formal seperti Saari untuk bersaing di pentas pertandingan termasuk Juara Lagu . [7]. '.
Asyik-asyik Siti (2001)
Populariti penyanyi Siti Nurhaliza sejak 1996 menyebabkan namanya sering mara ke peringkat akhir Juara Lagu biarpun beberapa lagu yang terpilih bukanlah lagu yang betul-betul kuat dan popular di radio dan diterima umum (selain daripada kelompok peminat setia). Penyertaan Siti dianggap hanya ingin memenuhi pencalonan setiap kategori. Maka sejak 1998 hingga 2001, Siti tanpa gagal mara ke peringkat akhir dengan 3 lagu sekaligus (termasuk lagu-lagu 'filler' yang tidak kuat) sekaligus memadam peluang lagu-lagu artis lain ke final. Hal itu menyebabkan tuduhan penerbitan Muzik Muzik taksub kepada Siti Nurhaliza [8]. Kemuncaknya setelah pertandingan akhir AJL ke-16, kemenangan Siti menerusi kategori Pop Rock menerusi lagu yang agak outdated (telah lama dikeluarkan) iaitu "Engkau Bagaikan Permata" dipersoalkan kerana dua calon lain - "Marilah Maria" (Def Gab C) dan "Maafkan Ku" (Ajai & Nurul) dilihat lebih popular, segar dan diterima baik pada tahun 2001 [9]. Lebih malang lagi, pengenalan sistem undian SMS 100% untuk penentuan pemenang kategori Persembahan Terbaik juga dilihat lebih memihak kepada Siti yang mempunyai fanbase yang besar, sekaligus menutup peluang dan usaha penyanyi lain [10]. Selain itu, beberapa artis dan komposer juga menyalahkan kegagalan penganjuran AJL-16 dalam menyediakan pemuzik orkestra menyebabkan beberapa lagu yang kuat gagal dipersembahkan dengan lebih gah [11].
Kontroversi Kejuaraan "Keliru" (2002)
Kemenangan lagu "Keliru" ciptaan Aidit Alfian menjadi pertikaian, terutamanya dalam kalangan peminat Siti Nurhaliza yang membawa lagu "Nirmala" di AJL-17 [12]. Hal ini menyebabkan berlaku komen balas dalam kalangan juri yang turut terkejut dengan kemenangan "Keliru" dimana sebahagian juri yang dilantik tidak faham sistem agregat yang digunakan untuk menentukan kejuaraan [13]. Berdasarkan audit, lagu "Keliru" sah bergelar juara apabila jumlah markah keseluruhannya lebih tinggi berbanding "Nirmala" dan lagu lain, biarpun secara individu beberapa juri meletakkan "Nirmala" dengan markah tertinggi [14]. Boleh dikatakan markah "Nirmala" jatuh kerana ada beberapa juri yang tidak memberikan markah yang setara dengan juri-juri yang menggemari lagu itu [15]. Akibatnya kemenangan "Keliru" dikecam oleh fanatik penyanyi nombor satu negara itu sehingga kini biarpun lagu berkenaan sebenarnya memberi rasa dan warna baharu kepada industri muzik, khusus genre pop, pada era berkenaan [16] [17]. Jemaah juri yang dilantik juga dikecam hebat oleh peminat ketika itu [18] hingga menimbulkan spekulasi dan teori konspirasi [19].
Kritikan Adnan Abu Hassan (2005)
Komposer tersohor, Adnan Abu Hassan meluahkan ketidakpuasan hati terhadap komen sebahagian juri Muzik Muzik 20 Separuh Akhir yang disifatkannya membunuh semangat dan kreativiti pengkarya seni[20].
Isu "Nafas Cahaya" (2006)
M. Nasir hampir menarik diri daripada bertanding dalam Separuh Akhir kategori Pop Rock ekoran kegagalan lagu "Nafas Cahaya" ciptaannya dan Rosli Khamis yang gagal mara ke peringkat akhir kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif seminggu sebelumnya, Nasir menyatakan ketidakpuasan hatinya ke atas mutu penjurian apatah lagi lagu tersebut tewas kepada lagu-lagu lain yang jauh lebih mudah penciptaannya [21]. Ramai peminat juga menyatakan rasa tidak puas hati gara-gara pemilihan 4 lagu kategori Pop Rock seolah tidak memihak kepada lagu-lagu bergenre R&B seperti "Caramu" (Nikki/Zahid) dan "Lemas" (Ruffedge) [22].
Isu Pilih Kasih Media Prima dan Kelayakan 'Dingin' Secara Wildcard (2008-2009)
AJL 23 menghadapi kritikan apabila dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila tiga lagu kategori Balada dari Ayu dan Faizal Tahir, dua artis lepasan rancangan realiti One in a Million di 8TV yang dinaungi Media Prima bersama TV3, layak ke AJL sedangkan lagu Dingin oleh Ziana Zain yang dikatakan lebih bagus berbanding lagu-lagu tersebut dalam kategori yang sama gagal pula. Walaupun begitu, lagu Dingin dilayakkan di saat akhir pada malam separuh akhir kategori Pop Rock, setelah didapati "berada di tangga ke-14 terbaik di kalangan semua lagu di separuh akhir, lebih baik berbanding calon lagu Pop Rock yang lain," berasaskan keputusan pengadil.[23]
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Dato' Amrin Awaluddin mengenai perihal ini, "Kami memang amat peka dan sensitif terhadap perkara-perkara seperti ini. Jika dikatakan pihak AJL mengamalkan kronism, lagu Shila, “Memori Tercipta” tidak berjaya pula ke peringkat akhir AJL23 walaupun ia popular. Ini kerana bagi panel juri, lagu tersebut tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.[24] Andai kami tidak telus, sudah pasti lagu itu juga melepasi senarai peserta akhir. Berdasarkan ulasan daripada juri profesional yang terbabit dalam penjurian pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik, dua lagu nyanyian Faizal selain Ayu adalah antara sentuhan yang menerima markah terbaik daripada mereka".[25]
Isu Lagu "Pergi" oleh Aizat (2010)
Sebelum berlangsungnya AJL ke-24, industri dikejutkan dengan kematian pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang mana hubungannya cukup akrab dengan Ketua Rangkaian TV Media Prima , Datuk Sri Farid Ridzuan yang turut menjadi salah seorang juri. Lagu "Pergi" nyanyian Aizat merupakan lagu tema filem "Talentime" arahan Yasmin, dan diangkat sebagai Juara telah menimbulkan spekulasi wujudnya tangan-tangan ghaib bilamana pemenang-pemenang terdiri daripada artis dan komposer yang berkait rapat dengan Media Prima. Contohnya kemenangan Juara Mentor TV3 Black Hanifah yang baru bergelar artis ketika itu, sebagai pemenang Vokal Terbaik serta kemenangan tempat ketiga oleh Faizal Tahir (lagu "Bencinta") yang disifatkan tiada pembaharuan dan kedengaran hampir sama seperti lagu Faizal dan Audi Mok yang sebelumnya ("Sampai Syurga" dan "Cuba"). Hal ini dinafikan oleh ketua juri Fauzi Marzuki namun impaknya, ramai penonton sudah dapat menghidu sikap pilih kasih dan favoritism penganjur [26].
Isu "Tolong Ingatkan Aku" (2010)
Penobatan lagu "Tolong Ingatkan Aku" sebagai Juara Lagu menjadi titik tengah pertikaian yang hebat, dan boleh disifatkan sebagai satu kejutan hebat dalam sejarah penganjuran AJL kerana lagu berkenaan tidak dijangka sekali akan dinobatkan sebagai juara [27]. Mengikut laporan, kemenangan Ana Raffali ini tidak disenangi sesetengah orang awam apabila sesetengah penonton di tempat acara mengebu beliau atau terus mengangkat kaki sebaik sahaja mendengari keputusannya diumumkan.[28] Apabila ditanya mengenai kontroversi ini, M. Nasir mempertahankan keputusan yang dibuat oleh pihak juri atas sebab bahawa "Tolong Ingatkan Aku" bersifat peribadi, ringkas dan ada rasa yang ingin disampaikan penggubah (yang juga si penyanyi lagu itu) sampai kepada para pendengar, justeru "lagu ini berjaya memikat hati juri kerana ia mempunyai elemen pembaharuan."[28] Tambahnya lagi, lagu itu mempunyai lirik yang penuh makna dan dihasilkan dengan penuh kejujuran. "Lirik dan melodinya amat ringkas, namun penuh kejujuran berbanding dari yang lain. Mungkin lagu ini tidak popular tetapi ia ada kekuatan yang melayakkannya untuk menang."[28]
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, seorang ahli juri, Azmeer mengatakan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu. “Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.[29] Seorang lagi ahli panel, Amy Search, menjelaskan bahawa dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal, tetapi dirinya turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu "Cinta Sempurna" diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.[29]
Krisis Penjurian Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020)
Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 mencetuskan kontroversi apabila keputusan 12 lagu yang mara ke peringkat akhir tidak menepati ramalan peminat apabila dua lagu paling popular pada tahun 2020 iaitu "Sakit" (Yonnyboii/Zynakal) dan "Sembah" (Naim Daniel) tidak terpilih. Ketua juri Azmeer dalam satu kenyatan menjelaskan pemilihan lagu ke peringkat akhir tidak mengambil kira nyanyian penyanyi mahupun populariti lagu[30]. Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan beliau dalam edisi sebelumnya dimana nyanyian dikatakan sebagai salah satu elemen penting penjurian[31]. Lagu "Sembah" pula dikatakan tidak layak kerana elemen penampilan muzik oleh gitaris Man Kidal dikatakan menenggelamkan vokal Naim[32]. Pertikaian ini juga menyebabkan wujud ura-ura mengatakan "Sakit" tidak layak ke final kerana masalah disiplin[33]. Selain mendapat kecaman warganet, beberapa artis senior seperti Dato Hattan[34], Dato AC Mizal[35], Joe Flizzow[36], usahawan Dato Sri Vida [37]dan ramai lagi meluahkan kekesalan atas ketidak telusan penjurian AJL dan menyeru barisan juri AJL digantikan dengan pengkarya yang mewakili generasi muda dan bersifat telus. Warganet juga menyeru supaya penjurian AJL lebih bersifat telus, tanpa ada sebarang campurtangan produksi mahupun pilih kasih[38]. Sementara itu pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohammedin menasihatkan artis supaya tidak bertanding jika merasakan penjurian tidak adil [39].
Ironinya, lagu "Sakit" merupakan lagu yang paling banyak distrim pada tahun 2020 dan diiktiraf oleh Recording Industry Music Malaysia (RIM) menerusi Carta RIM[40], sekaligus tidak menafikan impak besar lagu tersebut yang sememangnya menjadi siulan ramai. Sementara itu, komposer dan penyanyi Hael Husaini terpaksa berdepan kecaman dan wasangka warganet apabila didakwa memborong kek lumut yang dijual oleh penerbit Muzik-Muzik yang mana hal ini menurut warganet telah menimbulkan 'conflict of interest' ekoran tiga lagunya layak ke peringkat akhir dan seringkali menjadi pilihan juri sejak edisi ke-32[41]. Penerbit Muzik-Muzik Nurhul Huda Khalid menegaskan pihak produksi tidak akan tunduk kepada kecaman warganet malah menegaskan barisan juri separuh akhir adalah yang terbaik[42], biarpun diakui kontroversi penjurian AJL kali ini merupakan yang paling mengecewakan sejak AJL ke-17 [43]. Inilah yang dinamakan penganjuran Separuh Akhir yang paling teruk dalam sejarah AJL. Biarpun gagal, lirik lagu "Sakit" diangkat sebagai rujukan dalam kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus memberi tamparan hebat kepada jemaah juri yang tersilap menilainya [44].
Penjenamaan Semula dan Pemerkasaan Penjurian (2021)
Ekoran krisis penjurian pada edisi ke-35, program Muzik Muzik telah melalui proses penjenamaan semula dengan barisan penerbitan dan pengacaraan terbaharu [45]. Musim baharu ini di bawah kelolaan pasukan pengurusan program Aida Azira Hussein dan Amy Azhar dan diterbitkan oleh Shahrizan Razalli. Penerbit penyelaras ialah Puan Nor Shahila Harun Shah dan Penerbit Eksekutif ialah Encik Jamil Hassan [46]. Acara akhir Anugerah Juara Lagu ke-36 juga melalui beberapa perubahan antaranya menggugurkan beberapa nama lazim yang menjadi juri AJL sebelum ini serta mengehadkan penglibatan pengarah muzik dalam susunan muzik peserta. Bagi mengelakkan isu 'conflict of interest', peserta perlu menghantar susunan muzik yang ditulis oleh mereka sendiri dan pengarah muzik yang dilantik hanya menjadi pelaksana kepada persembahan peserta [47].
Rujukan
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3596674/there-s-no-proof-tv3
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/969587/juara-lagu-set-to-be-rock-battle
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/968937/what-the-fans-wanted-and-got
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/273672/sokong-tukar-format-muzik-muzik
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2454224/jamal-tetap-enggan-sertai-muzik-muzik-selagi-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3020146/penganjur-tak-peka-juri-tak-sensitif
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/645115/critics-don-t-bother-me-says-saari
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2437390/muzik-muzik-taksub-dengan-siti-nurhaliza-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2436865/sampai-bila-siti-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2439467/kenapalah-padankan-muka-siti-saja-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/598745/minus-one-punca-kalah
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2131913/nirmala-lebih-layak-menang
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2440743/-biar-orang-pertikai-kemenangan-kami-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2138005/keliru-menang-berdasar-jumlah-agregat
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2135469/pilihan-juara-lagu-tepat
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2335165/keliru-mempunyai-ciri-simplicity-johari
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3373533/keliru-bukan-gubahan-bodoh
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2335676/sikap-juri-punca-kontroversi-ajl17-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2440733/kononnya-ada-teori-konspirasi-ajl17
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2169858/-ajl-bukan-tempat-cipta-kontroversi-
- ^ https://praharaseni.blogspot.com/2006/12/m-nasir-puas-penjurian.html
- ^ https://praharaseni.blogspot.com/2006/12/m-nasir-puas-penjurian.html
- ^ Radin Sri Ghazali (2009-01-09). "Why 'Dingin'". New Straits Times. Dicapai pada 2009-01-16.[pautan mati kekal]
- ^ Wahida Asrani (2009-01-07). "Debaran AJL23 bermula, bakal tampilkan tema Iluminasi Muzik". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-11. Dicapai pada 2009-01-16.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (2009-01-09). "Penjurian sangat sensitif". Berita Harian. Dicapai pada 2009-01-16.
- ^ http://alifalfi.blogspot.com/2010/01/tiada-tangan-ghaib-dalam-ajl24.html
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/5092093/what-a-shocker-
- ^ a b c Kenapa Ana Raffali? Diarkibkan 2011-01-12 di Wayback Machine, Berita Harian, 11 Januari 2011. Dicapai pada 12 Januari 2011.
- ^ a b Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir Diarkibkan 2011-01-13 di Wayback Machine, mStar Online, 11 Januari 2011. Dicapai pada 12 Januari 2011.
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/653629/ajl-pertandingan-untuk-lagu-bukan-nyanyian-%E2%80%93%C2%A0azmeer
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/528664/saya-tak-cakap-suara-sufian-kemek
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/765903/bukan-tak-bagus
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/766802/bhplus
- ^ https://mykmu.net/2020/12/16/ajl35-hattan-kecewa-senarai-lagu-juri-perlu-fikir-luar-kotak/
- ^ https://ohbulan.com/bagi-orang-baru-mengadili-lagu-zaman-kini-dato-ac-mizal
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=WkWJOXEnh0k
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/17/datuk-vida-tumpang-sekaki-sound-juri-sfmm35-anggap-juri-039old-school039-tak-pandai-pilih-lagu-masuk-ajl35---sebagai-mantan-penaja-saya-nak-tahu-benchmark-pemilihan
- ^ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/19/jangan-bertanding-kalau-rasa-juri-akan-berlaku-tak-adil---shahrulezad-nasihat-betulkan-niat-buat-lagu-bukan-sebab-nak-masuk-ajl
- ^ https://www.instagram.com/p/CJ47fcgJu8X/
- ^ https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/01/ajl-35-saya-pun-tak-puas-hati-hael-husaini/
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/655191/azmeer-juri-sfmm35-antara-yang-terbaik
- ^ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
- ^ https://www.kosmo.com.my/2021/11/18/lagu-jadi-bahan-rujukan-spm-yonnyboii-rasa-macam-mimpi/
- ^ https://www.xtra.com.my/trending/alif-satar-daiyan-trisha-hos-baharu-muzik-muzik-36/
- ^ https://www.xtra.com.my/trending/alif-satar-daiyan-trisha-hos-baharu-muzik-muzik-36/
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=dG2l_cwKzoo