Anugerah Juara Lagu ke-20 | |
---|---|
Tarikh | 5 Februari 2006 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Pengacara | Amy Mastura Farah Fauzana Ezlynn Hans Isaac Ally Iskandar |
Tempoh Tayangan | 2 jam 30 minit (siaran langsung) 1 jam (siaran ulangan) |
Juara Lagu | "Gemilang" |
Anugerah Juara Lagu ke-20 merupakan program hiburan berbentuk pertandingan lagu yang berprestij telah diadakan pada 5 Februari 2006 dan disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 8.30 malam sehingga 11 malam. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu mengekalkan tradisi mempertandingkan semua 12 lagu dalam tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada & Pop Rock.
11 orang penyanyi telah mempertandingkan lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke-20 ini yang bukan hanya telah memberikan satu bentuk persaingan yang sihat, malah pertandingan ini menyaksikan satu persembahan mantap, bertenaga, kreatif dan inovatif dan semuanya terserlah dengan iringan 33 pemuzik yang dipimpin oleh maestro muzik terkenal, Ramli M.S.
Konsep
"Evolusi Muzik Berterusan" telah dijadikan tema atau konsep bagi Anugerah Juara Lagu kali ini. Secara dasarnya takrifnya ialah "proses perkembangan" atau "proses pergerakan mengikut zaman" dan sahih ia adalah persesuaian apabila dijadikan konsep untuk anugerah kali ini kerana itulah yang disaksikan sepanjang 20 tahun yang dibina menerusi program ini.
Evolusi yang dicipta menerusi AJL memberikan refleksi kepada perkembangan muzik, budaya dan seni yang sentiasa bergerak di atas landasan positif di mana ia sentiasa memanjat tangga modenisasi dengan berpaksikan kreativiti tetapi dalam pada masa yang sama masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang selalu menjadi kebanggaan kita, rakyat Malaysia.
Konsep evolusi direalisasikan dalam AJL 20 yang secara harafiah menjejaki proses perkembangan seni muzik itu dari era Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke era Pop Yeh Yeh dan kemudian meniti era Pop Hindustani sebelum disuntik era Blues, Pop, Rock, Rap, Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Hip Hop sehinggalah ke era Fusion dan Progresif.
Pengacaraan
Kali ini, tugas mengacara tidak akan diletakkan sepenuhnya di bahu Cheryl Samad, sebaliknya beliau telah dibantu oleh beberapa pengacara jemputan lain di kalangan personaliti tanah air seperti Amy Mastura, Farah Fauzana, Ezlynn, Hans Isaac dan Ally Iskandar yang menemani Cheryl secara bergilir dengan menampilkan fesyen yang menunjukkan pelbagai genre muzik dan budaya telah dialami oleh aliran muzik Malaysia.
Finalis
Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-20 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 20.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-20:
Kategori | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Irama Malaysia Etnik Kreatif |
"Semalakama" | Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) | Kamarulzaman Taib (Ce'kem) | Zehra Zambri | "Zehra Zambri"[1] | Interglobal Music | Finalis |
Balada | "Elegi Sepi" | Azlan Abu Hassan | Julfekar Ahmad Shah | Azharina Azhar | "Nina" [2] | Sony Music - Millenium Art | |
Pop Rock | "Pop Ye Ye" | Charma Adizalilullah Abdullah Ahmad (Lah Ahmad) Zafri Nazaruddin Damien Seet (Damien Mikhail) |
Charma Adizalilullah Zafri Nazaruddin |
Kumpulan V.E menampilkanJoe Flizzow Filsuf Daly |
"For You" | Universal Music - EMI / Positive Tone | |
Irama Malaysia Etnik Kreatif |
"Taat" | Rosli Md Kasa (Rosli Selasih) | Mohd Amin Ibrahim (Tok Wan) | Rohana Jalil | "Taat" [3] | Universal Music - MPM / MASA | |
Balada | "Awan Yang Terpilu" | Lim Lei Tin (Lin Li Zhen ) | Rosli Khamis (Loloq) | Ning Baizura | "Erti Pertemuan" [4] | Warner Music | |
Pop Rock | "Tak Tahu" | Edry Abdul Halim | Adam | "Adam" [5] | KRU Records | ||
Irama Malaysia Etnik Kreatif |
"Ayuh! Juragan" | Noraniza Idris | Ahmad Fedtri Yahya | Noraniza Idris | "Sawo Matang" [6] | Universal Music- Gerak Budaya Records | |
Balada | "Wajah" | Othman Mohammad | Habsah Hassan | Jaclyn Victor | — [7] | Sony Music - Monkey Bone | |
Pop Rock | "Gaia" | Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil (Pacai) | Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil (Pacai) Zainal Abidin Mohamed |
Zainalabidin | "Puteri" [8] | Warner Music | |
Irama Malaysia Etnik Kreatif |
"Aduh Saliha" | Mohamad Nasir Mohamed (M. Nasir) | Rosli Khamis (Loloq) | Mawi | "Best Of Mawi World" [9] | LIFE Records - Maestro | Juara Kategori Persembahan Terbaik |
Balada | "Gemilang" | Teh Boon Eng @ Aubrey Naga Suwito (Aubrey Suwito) | Asmin Mudin | Jaclyn Victor | "Gemilang [10] | Sony Music - BMG | Juara Juara Kategori |
Pop Rock | "Kata" | Norkamal Hazami Ahmad Trisno Asyraf Zainal Abidin Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) |
Norkamal Hazami Ahmad Trisno Asyraf Zainal Abidin |
Hazami | "Kata" [11] | Warner Music | Juara Kategori Vokal Terbaik |
Pemenang
- Juara Lagu: "Gemilang" (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor)
- Kategori:
- Irama Malaysia dan Etnik Kreatif: "Aduh Saliha" (M. Nasir/Loloq/Mawi)
- Balada: "Gemilang" (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor)
- Pop Rock: "Kata" (Hazami, Tris & Arab/Hazami)
- Vokal Terbaik: Hazami ("Kata")
- Persembahan Terbaik: Mawi ("Aduh Saliha")
Jemaah Juri
Ketua Juri: Farihin Abdul Fatah
- Lukhman S
- Siso
- Amran Omar
- Siti Nurhaliza
- Anita Sarawak
- Ajai
- Erwin Gutawa
- Roslan Aziz
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Trivia
- Mawi, Hazami, Jaclyn Victor masing-masing memenangi 2 kategori
- Tiada kumpulan muzik (band) layak ke AJL kali ini
- Rohana Jalil mencipta rekod apabila menjadi penyanyi pertama yang membuat kemunculan di AJL dalam tiga dekad berturut-turut iaitu penyertaan di era 80an, 90an dan 2000an.
- Pada awalnya Hans Isaac akan menjadi sebahagian daripada hos AJL 20 namun dia menarik diri pada saat akhir,lalu tempatnya diganti oleh Ally Iskandar.
- Amy Mastura menunjukkan contoh professionalism yang baik apabila terus mengacara biarpun mempunyai masalah kehilangan suara akibat selsema dan batuk. Amy beraksi dengan suara serak yang menimbulkan saat-saat lucu dalam majlis tersebut.
- ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2012/05/zehra-zamri-zehra-zamri.html
- ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/11/azharina-azhar-nina.html
- ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/10/rohana-jalil-taat.html
- ^ https://www.discogs.com/Ning-Erti-Pertemuan/release/15908020
- ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/10/adam-adam.html
- ^ https://www.discogs.com/Noraniza-Idris-Sawo-Matang/release/7290044
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=41KGpOPWamA
- ^ https://www.discogs.com/Zainal-Abidin-Puteri/release/7847466
- ^ https://www.discogs.com/Mawi-The-Best-of-Mawi-World/release/13788725
- ^ https://www.discogs.com/Jaclyn-Victor-Gemilang/release/9878178
- ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2012/06/hazami-kata-2005.html?m=1