Anugerah Juara Lagu ke-9 | |
---|---|
Tarikh | 16 Disember 1994 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Pengacara | Azwan Ali Salih Yaacob Sharifah Haslinda (Dibantu oleh: Shamsul Ghau Ghau, Jayamani Kandasamy & Mazlan Pet Pet) |
Tempoh Tayangan | 2 jam 30 minit |
Juara Lagu | "Tanya Sama itu Hud-hud" |
Juara Lagu 1994 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1994. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, lokasi yang sama dari tahun sebelumnya, pada 16 Disember 1994. Azwan Ali masih kekal sebagai pengacara, tetapi digandingkan dengan Salih Yaacob dan Sharifah Haslinda. Selain itu, ia dibantu oleh Jayamani Kandasamy, Mazlan Pet Pet dan Shamsul Ghau Ghau.
Finalis
Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1994, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-9:
Kategori | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Irama Malaysia | "Jangan Main Mata" | Din | Abdul Jalil Salleh (Juwie) | Rohana Jalil | "Jangan Main Mata"[1] | New Southern Records | Finalis |
Balada | "Curiga" | Jari Idris | Mahzan B | Ning Baizura | "Dekat Padamu" [2] | Sony Music | Juara Kategori |
Pop Rock | "Anugerah" | Azhrul Nasir (Along/G-Nola) | Norkhayati Hashim (Baiduri) | Kumpulan Exists | "Anugerah" [3] | Universal - BMG / Jojo's | Finalis |
Irama Malaysia | "Selamat Jalan Romeo" | Iwan Syahman (Toyak) | Ruslan Mamat (Nabila) | Ramlah Ram | "Dangdut" [4] | Sony Music - BMG | Finalis |
Balada | "Naluri Cinta" | Awang BPR | Habsah Hassan | Rohana Jalil To'ki |
"Jangan Main Mata"[5] | New Southern Records | Finalis |
Pop Rock | "Mungkin" | Badiq Sheikh Hamzah | Nasibah Asri | Ning Baizura | "Dekat Padamu" [6] | Sony Music | Finalis |
Irama Malaysia | "Ratib Orang Lautan" | Shahrin Salehuddin (Sheqal) | Shahrin Salehuddin (Sheqal) | Sheqal | "Cahaya" [7] | Sony Music - BMG | Finalis |
Balada | "Usang" | Fauzi Marzuki | Amran Omar | Rahim Maarof | "Rahim Maarof" [8] | Universal - EMI | Finalis |
Pop Rock | "Mengerti" | Norman Abdul Halim Yusry Abdul Halim |
Norman Abdul Halim Yusry Abdul Halim |
Kumpulan KRU | "ReKRUed" [9] | Universal - EMI | Finalis |
Irama Malaysia | "Bonda" | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Rosli Khamis (Nurbisa /Loloq) | M. Nasir | "Canggung Mendonan" [10] | Sony Music - BMG | Juara Kategori |
Balada | "Bukan Aku Tak Cinta" | Saidin Omar (Adinda Amiro) | Saidin Omar (Rashid Somantri) | Kumpulan Iklim (digantikan oleh Adilla Idris) |
"Dunia Iklim" [11] | Rock Records - SCS | Finalis |
Pop Rock | "Tanya Sama Itu Hud Hud" | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | "Canggung Mendonan" [12] | Sony Music - BMG | Juara Juara Kategori Persembahan Terbaik |
Kemenangan
- Juara Keseluruhan: "Tanya Sama itu Hud-hud" - M. Nasir
- Juara Kategori:
- Irama Malaysia: "Bonda" - M. Nasir / Loloq / M. Nasir
- Balada: "Curiga" - Jari Idris / Mahzan B/ Ning Baizura
- Pop Rock: "Tanya Sama itu Hud-hud" - M. Nasir
- Persembahan Terbaik: M. Nasir - "Tanya Sama itu Hud-hud"
Jemaah Juri
Ketua Juri : Wah Idris
Barisan Juri:
- Roslan Aziz
- Freddie Fernandes
- Khairil Johari Johar
- Purnama Booty
- Dr Ariff Ahmad
- Julie Sudiro
- Sabawati (Ketua Audit)
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Trivia
- Kategori Pop Rock memenangi Juara Lagu buat pertama kali iaitu menerusi lagi "Tanya Sama Itu Hud-Hud" oleh Sifu Muzik Malaysia, M.Nasir.
- Edisi ini merupakan Kemuncak permulaan kejayaan 'SIFU' M.Nasir dalam Sejarah AJL dengan memenangi 4 anugerah, Juara Lagu, Juara Kategori Pop Rock & Irama Malaysia, & Persembahan Terbaik. Dan beliau sahaja dalam sejarah AJL memenangi 4 anugerah dalam 1 malam AJL.
- M.Nasir juga merupakan antara 4 artis yang memenangi AJL sebagai Penyanyi, Komposer & Penulis Lirik (Singer-Songwriter).
- Edisi kali ini juga menampilkan seramai 6 pengacara mengendalikan AJL ini.
- Edisi ini juga merupakan buat pertama kali & terakhir penyertaan KRU sebagai Finalis dalam AJL.
- Hanya 2 Kumpulan/Band Rock yang layak masuk ke pentas akhir AJL ini, iaitu Kumpulan Exist & Kumpulan Iklim. Manakala KRU merupakan kumpulan 'boyband' pertama dalam sejarah AJL menyertai AJL. Kumpulan Iklim pula tidak dapat beraksi pada pentas akhir AJL, digantikan oleh Adilla Idris dalam kategori Balada.
- Lagu "Selamat Jalan Romeo" oleh Ramlah Ram & "Jangan Main Mata" oleh Rohana Jalil merupakan lagu terawal berunsur dangdut koplo yang layak masuk ke pentas akhir AJL yang bertanding dalam kategori Irama Malaysia, lantas memberikan inspirasi kepada komposer, penulis lirik & penyanyi lain untuk membuat lagu berentak dangdut. Untuk rekod, lagu dangdut yang pernah bertanding sebelum ini lebih berentak perlahan/klasik seperti "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" dan "Janganlah Menghancurkan" nyanyian Shidee.
- Edisi ini juga buat pertama kali, penulis lirik terhebat, Loloq menyertai AJL, tetapi menggunakan nama Nurbisa sebagai nama samaran/pena selepas digam di stesen TV. Dan edisi ini juga merupakan pertama kali Loloq merangkul anugerah AJL dengan memenangi kategori Irama Malaysia dengan lagu "Bonda" nyanyian M.Nasir.
- Edisi ini juga menampilkan persaingan sengit diantara Bintang meningkat populariti di Malaysia, M.Nasir dengan pendatang baru dalam industri muzik, Ning Baizura dengan kedua-dua mereka dapat menyertai AJL ini dengan 2 buah lagu mereka dalam kategori Pop Rock.
- M.Nasir juga merupakan penyanyi /peserta pertama menggunakan konsep "konsert santai", iaitu berinteraksi dengan penonton semasa ketika membuat persembahan. .
- ^ https://open.spotify.com/album/4HIE7m9yfEnYDpwLNOjras
- ^ https://www.discogs.com/Ning-Baizura-Dekat-Padamu/master/1736400
- ^ https://www.discogs.com/Exist-Anugerah/master/1620674
- ^ https://www.discogs.com/Ramlah-Ram-Dangdut/release/9101682
- ^ https://open.spotify.com/album/4HIE7m9yfEnYDpwLNOjras
- ^ https://www.discogs.com/Ning-Baizura-Dekat-Padamu/master/1736400
- ^ https://www.discogs.com/Sheqal-Cahaya/master/1019754
- ^ https://www.discogs.com/Rahim-Maarof-Rahim-Maarof/release/7684763
- ^ https://www.discogs.com/KRU-ReKRUed/master/1673370
- ^ https://www.discogs.com/M-Nasir-Canggung-Mendonan/release/5649014
- ^ https://www.discogs.com/Iklim-Dunia-Iklim/release/7685507
- ^ https://www.discogs.com/M-Nasir-Canggung-Mendonan/release/5649014