Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Setiap tahun sebuah lagu akan dipilih sebagai Juara Keseluruhan dan diangkat sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun.
Syarat Pertandingan
Penggubah dan penulis lirik yang dipilih sebagai Juara Keseluruhan mestilah warganegara Malaysia yang menerbitkan rakaman lagu terbaru dalam tempoh pertandingan Muzik Muzik secara mingguan di TV3. Penulis lirik dimestikan menulis lirik dalam bahasa Melayu dan elemen bahasa asing hendaklah tidak lebih daripada 40%. Sementara penyanyi yang menyampaikan lagu dipertandingkan tidak semestinya warganegara Malaysia atau penyanyi asal. Penggubah bebas memilih penyanyi yang akan mempersembahkan lagu ciptaan mereka secara langsung ketika pertandingan.
Penerima
Tahun | Judul Lagu | Penyanyi Asal | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Penerbit Rakaman | Album | Label | Nuansa Muzik |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Sekadar Di Pinggiran | Francissca Peter | Abdul Manan Ngah (Manan Ngah) | Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S.) | Abdul Manan Ngah (Manan Ngah) | "Sekadar Di Pinggiran" (1986) | WEA (kini Warner Music) | Pop |
1987 | Menaruh Harapan | Zaiton Sameon | A. Ali | Habsah Hassan | A. Ali | "Menaruh Harapan'" (1987) | FGM/BMG Music (kini Sony Music) | Pop |
1988 | Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu | Ramlah Ram | Ahmad Nawab | Abdul Jalil Salleh (Juwie) | Ahmad Nawab | "Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" (1988) | PMC/ BMG Music (kini Sony Music) | Pop |
1989 | Isabella | Kumpulan Search | Amy, Yazit, Kid, Din & Nasir | Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | "Fenomena" (1989) | PMC / BMG Music (kini Sony Music) | Rock, Orkestra |
1990 | Janji Manismu | Aishah | Omar Mohamed (Adam Ahmad) | Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) | Adnan Abu Hassan | "Aishah" (1990) | CBS (kini Sony Music) | Pop |
1991 | Takdir dan Waktu | Kumpulan Mega | Rahim Othman | Abdul Jalil Salleh (Juwie) | Rahim Othman | "Ilustrasi" (1991) | Jojo's/ BMG Music (kini Sony Music) | Rock |
1992 | Pada Syurga di Wajahmu | Nash Elias | Fauzi Marzuki | Mohd. Fauzi Darus (Jay Jay) | Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) | "Nash" (1992) | WEA (kini Warner Music) | Rock, Pop |
1993 | Teratai Layu Di Tasik Madu | Fauziah Latiff | Omar Mohamed (Adam Ahmad) | Syed Mohd Amin Syed Hashim (S. Amin Shahab) | Adnan Abu Hassan | "Epilog Memori Gelita" (1993) | Happy Records/ EMI (kini Universal) | Pop |
1994 | Tanya Sama Itu Hud Hud | M. Nasir | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) & Wan Rastari | "Canggung Mendonan" (1994) | BMG Music (kini Sony Music) | Pop, Folks, Tradisional |
1995 | Cinta Beralih Arah | Aishah | Jaafar Abdul Rahman (Jari Idris) | Habsah Hassan | Jaafar Abdul Rahman (Jari Idris) | "Wajah" (1995) | Sony Music | Pop, Ketuhanan |
1996 | Jerat Percintaan | Siti Nurhaliza | Adnan Abu Hassan | Norhani Md Jamil (Hani MJ) Othman Zainuddin |
Adnan Abu Hassan | "Siti Nurhaliza" (1996) | Suria Records (SRC) / Universal | Pop |
1997 | Ghazal Untuk Rabiah | Jamal Abdillah dan M. Nasir | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) Jamal Ubaidillah Ali (Jamal Abdillah) |
Rosli Khamis (Cenderawasih) | Nasser Abu Kassim | "Suratan Kasih" (1995) | Warner Music | Tradisional |
1998 | Cindai | Siti Nurhaliza | Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) | Hairul Anuar Harun | Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) | "Cindai" (1997) | Suria Records (SRC) / Universal | Tradisional |
1999 | Andalusia | M. Nasir | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Rosli Khamis (Loloq) | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | "Terbaik M. Nasir" (1998) | BMG Music (kini Sony Music) | Pop, Folks, Tradisional |
2000 | Balqis | Siti Nurhaliza | Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) | Hairul Anuar Harun | Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) | "Sahmura" (2000) | Suria Records (SRC) / Universal | Pop, Tradisional |
2001 | Mimpi Laila | Yasin Sulaiman | Yasin Sulaiman | Yasin Sulaiman | Nasser Abu Kassim & Yasin Sulaiman | "Mimpi Laila" (2001) | MIG Records (kini Warner Music) | Pop, Folks, Tradisional |
2002 | Keliru | Ajai & Nurul | Aidit Alfian | Aidit Alfian | Mohd Faizal Maas (Ajai) | "Ajai & Nurul" (2002) | Warner Music | Pop, Kontemporari |
2003 | Bunga-bunga Cinta | Misha Omar | Adnan Abu Hassan | Adnan Abu Hassan | Adnan Abu Hassan | "Misha" (2002) | BMG Music (kini Sony Music) | Pop, R&B |
2004 | Relaku Pujuk | Kumpulan Spider | Rustam Mustafah (Tam) | Mohd Khirin Omar (Keon) | Mokhtaza Ahmad | "Nazraku" (2004) | NAR Records | Pop, Rock |
2005 | Gemilang | Jaclyn Victor | Aubrey Suwito | Asmin Mudin | Mohd Said Ramli M.S. | "Gemilang" (2004) | Sony Music | Pop, Gospel |
2006 | Terlalu Istimewa | Adibah Noor | Azlan Abu Hassan | Adibah Noor | Azlan Abu Hassan | "Terlalu Istimewa" (2005) | ANE | Pop |
2007 | Itu Kamu | Kumpulan Estranged | Richael Lawrence Gimbang, Din Hormatov, Nor Hanafi, Azwin Andy Malik |
Richael Lawrence Gimbang | Richael Lawrence Gimbang, Din Hormatov |
"In Hating Memory" (2007) | EAD | Pop, Rock, Alternatif |
2008 | Lagu Untukmu | Kumpulan Meet Uncle Hussain | Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja), Tassiq Saidi Hashim (Tass), Azlan Rosle (Lan) |
Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja,) Tassiq Saidi Hashim (Tass) |
Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja), Tassiq Saidi Hashim (Tass) |
"KAMI: The Album" (2007) | Positive Tone/EMI (kini Universal) | Rock, Runut Bunyi |
2009 | Pergi | Aizat Amdan | Pete Teo | Amran Omar | Pete Teo | "OST Talentime" (2009) | Universal | Pop, Runut Bunyi |
2010 | Tolong Ingatkan Aku | Ana Raffali | Ana Nurhidayah Mohd Raffali (Ana Raffali) | Ana Nurhidayah Mohd Raffali (Ana Raffali) | Aidit Alfian | "Ketika Aku Kecil" (2010) | Universal | Pop, Puisi |
2011 | Awan Nano | Hafiz Suip | Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) | Hasmi Hashim (Budi Hekayat) | M. Nasir | "Masih Jelas" (2009) | Astro Entertainment / Warner Music | Pop |
2012 | Terukir Di Bintang | Yuna Zarai | Yunalis Mat Zarai (Yuna Zarai) | Yunalis Mat Zarai (Yuna Zarai) | Mohd Hezry Mohd Hafidz (AG Coco) | "Terukir Di Bintang" (2012) | FMC | Pop, Jazz |
2013 | Bahagiamu Deritaku | Hafiz Suip | Rozman Shafie (LY) | Norahayati Hashim (Baiduri) | Khairul Anwar Salleh & Putri Yasmin | " Luahan Hati Anak Seni" (2013) | Astro Entertainment / Warner Music | Pop |
2014 | Apa Khabar | Joe Flizzow & Sonaone | Mikael Adam Lozach (SonaOne) | Johan Ishak (Joe Flizzow) | Mikael Adam Lozach (SonaOne) | " Havoc" (2013) | Kartel Records/ Sony Music | Hip-Hop, R&B |
2015 | Potret | Kumpulan Akim & The Majistret | Afiq Hakim Ahmad (Akim Ahmad / Hang Nadim) | Afham Zulhusmi Ahmad (Kamar Empayar) | Auranzeb | " Patriot" (2015) | Nova Music | Rock, Pop |
2016 | Lelaki Teragung | Dayang Nurfaizah | Natasyah Ahmad | Rudy Imran Shamsuddin (Iman Imran) | Fauzi Samad (Poji Samad) & Adi Priyo Sambodo | "Dayang Nurfaizah" (2017) | Indigital | Pop |
2017 | Jampi | Hael Husaini | Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi | Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi | Ezra Kong Yi Jia | diterbitkan dalam bentuk single | Rocketfuel | Pop, Rock |
2018 | Haram | Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi | Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi | Ezra Kong Yi Jia | diterbitkan dalam bentuk single | Rocketfuel | Pop, R&B |
2019 | Sumpah | Naim Daniel | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) & Muhammad Naim Daniel Baharin | Muhammad Naim Daniel Baharin | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) | diterbitkan dalam bentuk single | World Peace Entertainment | Pop |
2020 | Gila | Kaka Azraff, Noki dan Loca B | Ezra Kong Yi Jia , Ahmad Ikhwan Aji (Noki) & Nabilah Hani Azali (Loca B) | Ezra Kong Yi Jia , Ahmad Ikhwan Aji (Noki) & Nabilah Hani Azali (Loca B) | Ezra Kong Yi Jia | diterbitkan dalam bentuk single | Warner Music Malaysia Entertainment | Hip Hop |
2021 | Pelukan Angkasa | Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah | Raja Nazrin Shah Raja Azaham | Fazleena Hishamuddin | Bert Poncet | "Second Voyage" (2021) | Auranzeb | Metal / Hard Rock |
2022 | Terus Hidup | Aina Abdul | Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) | Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) | Nadhirah Chin Abdullah (Jenny Chin) | diterbitkan dalam bentuk single | Aina Abdul Entertainment / Mekar Jaya Enterprise / Indigital | Pop |
2023 | Hasrat | Amir Jahari | Muhammad Amirullah Jahari (Amir Jahari) | Muhammad Amirullah Jahari (Amir Jahari) | Mohd Hezry Mohd Hafidz (AG Coco) | Runut Bunyi Filem "Imaginur" (2023) | Luncai Emas / Sekalo Music Production / Kasi Gegar Entertainment | Folk, Pop, Runut Bunyi, Puisi |
Rekod
Kuantiti
- Syarikat rakaman Sony Music mendahului jumlah hak cipta bagi lagu juara iaitu dengan 11 buah lagu manakala 7 buah lagu masing-masing dipunyai oleh syarikat Universal Music dan Warner Music.
- Lagu "Terlalu Istimewa" dan "Itu Kamu" diterbitkan dan diedarkan sepenuhnya secara bebas (indie).
- M. Nasir merupakan komposer yang paling banyak memenangi trofi AJL iaitu sebanyak empat (4) kali. 3 kali dinyanyikan sendiri 1994, 1997 (duet bersama Jamal Abdillah), 1999 dan sekali dinyanyikan artis lain iaitu Hafiz menerusi Awan Nano pada AJL 26 (2011).
- Seramai lima (5) orang penulis lirik berkongsi jumlah kemenangan utama paling banyak iaitu sebanyak dua (2) trofi. Mereka ialah Abdul Jalil Salleh (dikenali sebagai Mama Juwie), Bob Lokman, Habsah Hassan, S. Amin Shahab dan Hairul Anuar Harun.
- Habsah Hassan merupakan pemenang penulis lirik wanita pertama, manakala Ana Raffali merupakan pencipta lagu wanita pertama memenangi anugerah keseluruhan.
- Abdul Jalil Salleh (Mama Juwie) merupakan penulis lirik pertama memenangi anugerah keseluruhan lebih daripada satu (1) kali iaitu pada 1988 dan 1991.
- Adam Ahmad merupakan komposer pertama memenangi anugerah keseluruhan sebanyak lebih daripada satu (1) kali iaitu pada 1990 dan 1993.
- Aishah ialah penyanyi pertama memenangi anugerah keseluruhan lebih sekali iaitu pada 1990 dan 1995.
- M. Nasir menjadi penyanyi pertama memenangi anugerah utama (sebagai penyanyi) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1994, 1997 dan 1999, diikuti oleh penyanyi Siti Nurhaliza pada tahun 1996, 1998 dan 2000.
- Aizat Amdan merupakan satu-satunya penyanyi gantian yang berjaya memenangi anugerah utama pada tahun 2012. Aizat menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang kerana Yuna mempunyai komitmen rakaman album di USA.
- M. Nasir merupakan pemenang anugerah keseluruhan pertama yang mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikan/merakamkan sendiri lagu ciptaannya pada edisi 1994. Ini diikuti oleh Yasin Sulaiman (2001), Richael Lawrence Gimbang (2007), Nik Mustaza Nik Mustapha (2008), Ana Raffali (2010), Yuna Zarai (2012), Aina Abdul (2022) dan Amir Jahari (2023). Tetapi Yuna hanya menyanyi di peringkat Separuh Akhir sahaja kerana komitmennya di USA.
- Selain menulis lirik, Richael Lawrence Gimbang memenangi anugerah keseluruhan pada tahun 2007 (Itu Kamu) menerusi penglibatannya dalam lagu tersebut sebagai pencipta lagu dan penyanyi utama kumpulan Estranged. Nik Mustaza Nik Mustapha juga serupa, tetapi beliau bukan penyanyi utama kumpulannya, sebaliknya sebagai pemain gitar utama.
- Adam Ahmad, Adnan Abu Hassan, Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan dan Pete Teo merupakan komposer yang juga bergelar penyanyi tetapi tidak menyanyikan lagu ciptaan mereka yang memenangi anugerah utama.
Runut Bunyi
- Empat (4) buah lagu memenangi anugerah utama merupakan lagu tema asal sesebuah filem. Lagu-lagu tersebut ialah Ghazal Untuk Rabiah bagi filem Ghazal Untuk Rabiah (1997), Lagu Untukmu (filem Kami pada 2008), Pergi (filem Talentime pada 2009) dan Hasrat (filem Imaginur pada 2023)..
- Lagu Isabella pula merupakan lagu pemenang yang pertama diadaptasikan ke dalam filem iaitu menerusi dua buah filem Isabella dan Fenomena pada tahun 1990. Sementara ada beberapa lagu yang dimuatkan ke dalam filem setelah diterbitkan contohnya seperti Janji Manismu dimuatkan selepas itu dalam filem Syakila (1992), Mimpi Laila (filem No Problem pada 2001) dan Bunga-bunga Cinta (filem Gerak Khas 3 pada 2005).
- Zaiton Sameon merupakan bekas pemenang yang kisah hidupnya diadaptasi ke dalam bentuk filem pada tahun 2012 (filem Zaiton Ceritaku) di mana filem tersebut memuatkan lakonan semula babak persembahan lagu Menaruh Harapan di AJL.
Etnik
- Aubrey Suwito merupakan komposer bukan bumiputera yang pertama memenangi anugerah utama secara persendirian di mana beliau mempunyai campuran darah Cina dan Peranakan (Indonesia). Ini diikuti oleh komposer Pete Teo (Cina) dan Ezra Kong (Cina).
- Ahmad Nawab, Adam Ahmad dan Omar Khan merupakan komposer bumiputera yang memenangi anugerah ini biarpun mereka mempunyai darah campuran India/Pakistan. Selain mereka, terdapat juga pemenang yang berrdarah campur seperti Azwin Andy Malik (campuran Melayu dan Cina), Yasin Sulaiman (campuran Melayu dan Australia) dan SonaOne (campuran Melayu dan Perancis) tetapi dikira sebagai bumiputera.
- Untuk pemenang menerusi nyanyian, Francesca Peter mendahului penyanyi bukan Bumiputera iaitu Cindia (Kacukan Cina dan India) diikuti oleh Jaclyn Victor. Jaclyn berbangsa India.
- Tony Bernado Alberto, berbangsa Cina merupakan salah seorang ahli Kumpulan Spider merupakan artis bukan bumiputera pertama memenangi anugerah utama sebagai artis (ahli kumpulan).
Usia & Penglibatan
- Ahmad Nawab memenangi anugerah keseluruhan pada usia 55 tahun merupakan pemenang paling tua setakat ini, diikuti oleh M. Nasir pada usia 54 tahun.
- Naim Daniel berusia 22 tahun ketika memenangi anugerah keseluruhan sebagai pencipta lagu dan penulis lirik sekaligus menjadi pemenang paling muda setakat ini, merampas gelaran yang sebelumnya dipegang oleh Ana Raffali (24 tahun). Turutan ini diikuti oleh Richael Lawrence Gimbang, Azwin Andy Malik, Nor Hanafi dan Akim Ahmad(25 tahun) diikuti Adam Ahmad, Yasin Sulaiman, Azlan Rosle (The Typewriter), Yuna Zarai dan Mikhail Adam Lozach (SonaOne) (26 tahun).
- Aishah dan Ana Raffali merupakan penulis lirik paling muda memenangi anugerah utama iaitu pada usia 24 tahun.
- Naim Daniel merupakam satu-satunya pemenang , baik sebagai komposer mahupun penyanyi yang mana asalnya bermula sebagai seorang pelakon TV.
- Siti Nurhaliza merupakan penyanyi paling muda pernah memenangi anugerah utama iaitu pada usia 17 tahun dan mengulanginya sekali lagi ketika berusia 19 dan 21 tahun. Penyanyi muda lain yang mengungguli anugerah utama ialah Aizat Amdan pada usia 20 tahun serta Hafiz Suip dan Misha Omar (21 tahun).
- Misha Omar merupakan penyanyi rakaman pertama yang memenangi anugerah ini menerusi lagu pertama yang dirakamkannya. Lagu Bunga-bunga Cinta merupakan lagu yang pertama dirakamkan beliau sebelum muncul dengan album solo pada tahun 2002. Selain Misha, Siti Nurhaliza, Adibah Noor, kumpulan Meet Uncle Hussain dan penyanyi Ana Raffali serta Hafiz Suip merupakan pemenang anugerah keseluruhan yang lagunya dipetik daripada album debut masing-masing.
- Aishah, Nash, Yasin Sulaiman, Jaclyn Victor, Hael Husaini dan kumpulan Estranged tidak dikira memenangi anugerah utama menerusi album debut kerana masing-masing pernah merakamkan album sama ada bersama kumpulan ataupun secara bebas sebelum bergelar penyanyi solo/berkumpulan yang baru.
Sejarah
- Lagu Isabella didakwa merupakan lagu ciptaan asal M.Nasir tetapi hakciptanya diberikan kepada Kumpulan Search sekaligus melayakkan lagu ini bertanding di Muzik Muzik kerana syarat kelayakan adalah komposer dan penulis lirik hendaklah berkerakyatan Malaysia. M. Nasir yang ketika itu rakyat Singapura hanya mendapat kerakyatan Malaysia pada 1990. Hal sama juga dikatakan berlaku kepada pemenang edisi ke-31 dimana lagu Lelaki Teragung dikatakan dicipta oleh suami pemenang (Natasyah) iaitu komposer Adi Priyo Sambodo (pemastautin tetap Malaysia asal Indonesia).
- Lagu Sumpah menjadi lagu juara pertama yang dipertikai penciptaan asal apabila ia didakwa diplagiat. Dakwaan dilakukan oleh penyanyi Dayana Amerda beberapa bulan selepas lagu tersebut dilancarkan dan kemudian ia berbangkit sekali lagi selepas meraih kejuaraan di AJL. Pihak World Peace Entertainment menafikan dakwaan plagiat kerana lagu tersebut telahpun didaftarkan hakciptanya.