Anugerah Juara Lagu ke-11 | |
---|---|
Tarikh | 28 Disember 1996 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Pengacara | Salih Yaacob Fauziah Ahmad Daud |
Tempoh Tayangan | 2 jam 30 minit |
Juara Lagu | "Jerat Percintaan" |
Juara Lagu 1996 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1996. Pertandingan ini berlangsung pada waktu petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Salih Yaacob dan Fauziah Ahmad Daud. Edisi ini juga merupakan satu-satunya acara Juara Lagu yang diterbitkan oleh lagenda pengacaraan negara Azwan Ali sebelum meninggalkan TV3 pada tahun 1997. Beliau merupakan bekas pengacara Muzik Muzik dan Juara Lagu dari edisi ke-4 hingga ke -10.
Finalis
Untuk melihat senarai semi-finalis Juara Lagu 1996, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1996.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-11:
Kategori | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Irama Malaysia | "Bulan Cinta" | Ruslan Mamat (Fitri) | Ruslan Mamat (Fitri) | Kumpulan Eva | "1001 Cinta"[1] | Warner - WEA | Finalis |
Irama Malaysia | "Syair Cak Pong" | ND Lala | ND Lala | ND Lala | "Bila Lagi?" [2] | Suria Records | Juara Kategori |
Irama Malaysia | "Ah! Rindu Lagi" | Ruslan Mamat (Nabila) | Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) | Amelina | "Asyik" [3] | Warner - WEA | Finalis |
Irama Malaysia | "Demam Cinta" | Zai | Azura Aziz | Azura Aziz | "Demam Cinta" | Universal - Ponycanyon | Finalis |
Balada | "Kemelut Di Muara Kasih" | Saari Amri | Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S) | Ziana Zain | "Setia Ku Di Sini" [4] | Sony Music - BMG | Finalis |
Balada | "Jerat Percintaan" | Adnan Abu Hassan | Othman Zainuddin Norhani Md Jamil (Hani MJ) |
Siti Nurhaliza | "Siti Nurhaliza - Vol 1" [5] | Suria Records | Juara Juara Kategori Persembahan Terbaik |
Balada | "Gerimis Mengundang" | Saari Amri | Saari Amri | Kumpulan Slam | "Terbaik" [6] | Universal - BMG / Matahari | Finalis |
Balada | "Romantis" | Kamaruzzaman Hussain (Lan Laga) | Abdul Jalil Salleh (Juwie) | Kumpulan Spring | "Spring 5" [7] | Sony Music | Finalis |
Pop Rock | "Sahabat" | Zulkifli Mahat | Amran Omar | Fauziah Latiff | "Sahabat" [8] | Universal - Happy Records | Finalis |
Pop Rock | "Sebenarnya" | Asmin Mudin | Asmin Mudin | Man Bai | "Man Bai" [9] | Warner - WEA | Finalis |
Pop Rock | "Janji Seorang Kekasih" | Ruslan Imam | Nurol Nadzir | Adilla Idris | "Pelangi Kasih" [10] | Rock Records - SCS | Finalis |
Pop Rock | "Bebas" | Shaiful Azri Mohd Ariffin (Riot) Yap Yu Pit (Helen Yap) |
Hasnol Hassan Ariff (Hasnol/Anol) | Kumpulan Kool | "KOOL" [11] | Sony Music | Juara Kategori |
Pemenang
- Juara Keseluruhan: "Jerat Percintaan" - (Adnan Abu Hassan / Siti Nurhaliza)
- Juara Kategori:
- Irama Malaysia: "Syair Cak Pong" - N.D. Lala
- Balada: "Jerat Percintaan" - Siti Nurhaliza
- Pop Rock: "Bebas" - Kumpulan Kool
- Persembahan Terbaik: Siti Nurhaliza - "Jerat Percintaan"
Jemaah Juri
Ketua Juri: Ooi Eow Jin
Barisan Juri:
- M. Nasir
- Habsah Hassan
- Nik Safiah Karim
- Makuto Kubota (Jepun)
- Arie Wibowo (Indonesia)
- Vehnee Saturno (Filipina)
- Ahmad Nawab
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Trivia
- Edisi ini menampilkan penyertaan pertama kali Siti Nurhaliza & Ratu Dangdut Malaysia, Amelina.
- Edisi ini juga menampilkan kemunculan semula Man Bai dalam AJL, tetapi sebagai artis solo.
- Edisi ini menampilkan persaingan sengit diantara Ziana Zain & Siti Nurhaliza.
- Edisi ini juga merupakan penampilan terakhir Fauziah Latiff bertanding di pentas akhir AJL. Ini juga kali pertama beliau gagal memenangi sebarang anugerah selepas kemenangannya di edisi ke-8 pada 1993.
- Sebanyak 2 Kumpulan/Band yang layak sertai AJL kali ini, iaitu Kumpulan Slam & Kumpulan Spring, tetapi berentap didalam kategori Balada.
- Kumpulan Kool dan N.D. Lala kedua-duanya memenangi kategori yang sama pada tahun 1995 manakala Siti Nurhaliza pada tahun tersebut, mendendangkan lagu Aishah pada peringkat akhir bintang RTM yang merupakan pemenang kategori balada bagi AJL tahun itu. Malah, Siti Nurhaliza telah menggondol anugerah yang sama dimenangi Aishah pada tahun 1995 termasuk Juara Lagu.
- Biarpun Jerat Percintaan merupakan lagu daripada album sulung Siti, tetapi itu bukanlah lagu pertama yang dirakamkan oleh penyanyi ini. Dalam pembikinan album sulungnya, Siti telah merakamkan lagu Jawapan Di Persimpangan yang juga dijadikan sebagai single pertama beliau. Pada tahun 2003, penyanyi Misha Omar membuat rekod tersendiri apabila rakaman suara pertamanya menerusi lagu Bunga-bunga Cinta meraih kejayaan sebagai juara keseluruhan.
- AJL 1996 berlangsung di saat-saat genting ketika Siti Nurhaliza sedang berhadapan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siti hampir-hampir menarik diri daripada pertandingan berkenaan kerana "gerun" dengan SPM dan dengan pencabar terdekat, Ziana Zain. [12]
- Anuar Zain, adik lelaki Ziana Zain, muncul dalam persembahan Jerat Percintaan. Beliau berdiri di belakang kerusi sambil tangannya terikat.
- Barisan juri AJL11 terdiri daripada juri-juri dari Malaysia dan wakil dari negara tetangga. Mereka adalah Makuto Kubota (Jepun), Vehnee Saturno (Filipina), Arie Wibowo (Indonesia), Nik Safiah Karim, Habsah Hassan, M. Nasir, Ahmad Nawab dan ketua juri Ooi Eow Jin .
Rujukan
- ^ https://www.discogs.com/Eva-1001-Cinta/master/1530463
- ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2011/03/nd-lala-bila-lagi-1996.html
- ^ https://www.discogs.com/Amelina-Asyik/release/8800197
- ^ https://www.discogs.com/Ziana-Zain-Setia-Ku-Di-Sini/master/1368178
- ^ https://www.discogs.com/Siti-Nurhaliza-Siti-Nurhaliza/master/1140938
- ^ https://www.discogs.com/Slam-Terbaik/release/15930084
- ^ https://www.discogs.com/Spring-Spring-5/release/7143674
- ^ https://www.discogs.com/Fauziah-Latiff-Sahabat/master/1684704
- ^ https://www.discogs.com/Man-Bai-Man-Bai/master/1722950
- ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2012/05/adilla-pelangi-kasih.html
- ^ https://www.discogs.com/Kool-Kool/release/13301560
- ^ Utusan Malaysia Online: Juara Lagu menoleh 18 malam yang mendebarkan