Nama lain | Pincer katik Pincer kecil | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Min pin King of the toys | ||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pincer kerdil,[a] pincer katik,[b] atau pincer kecil[c] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis pincer yang berasal dari Jerman. Walaupun keserupaan visual baka ini dengan terier mainan Manchester, yang agak serupa dengan baka-baka pincer, kekal sebagai kontroversi, penyelidikan genetik (yang diterbitkan pada tahun 2007) telah menunjukkan bahawa kedua-dua baka mempunyai keleluhuran unik yang dikongsi.[1] Keleluhuran bagi terier mainan Manchester dan pincer kerdil mungkin telah menjadi terpisah secara geografi sejak berabad-abad lama dan mengekalkan keserupaan hanya melalui pembiakbakaan terpilih untuk trait-trait sama; walau apa pun, penyelidikan tahun 2017 itu juga menunjukkan bahawa kedua-dua baka kekal lebih berkait rapat dengan satu sama lain berbanding dengan kaitan dengan baka-baka lain.[2] Leluhur baka ini mungkin juga termasuk pincer Jerman, grehaun Itali, dan dachshund.[3] Asal usul pincer kerdil yang diketahui adalah di Jerman dengan rujukan kepadanya dengan istilah Zwergpinscher ("pincer kerdil") dalam dokumen-dokumen bersejarah. Dokumen-dokumen Kelab Kenel Jerman juga merujuk pincer kerdil sebagai Rehpinscher, namun istilah ini hanya digunakan untuk anjing berwarna merah rusa dengan bahagian "Reh" yang merujuk rusa merah kecil yang dahulunya terdapat di hutan-hutan Jerman. Pincer kecil berasal dari beberapa abad lalu sebagai pemburu tikus cekap untuk bangsal.
Artifak dan lukisan bersejarah menempatkan pincer kerdil sebagai baka sangat tua, tetapi pendokumenan berfakta bermula kurang daripada 200 tahun lalu, meninggalkan asal usul sebenarnya untuk diperdebatkan. Ramai sejarawan dan mereka yang telah menyelidik latar belakang baka ini bersetuju bahawa warisannya mungkin sekali betul, dengan menambahkan pincer berbulu pendek Jerman ke dalam pokok keluarganya. Kelab kenel antarabangsa, iaitu Persekutuan Kinologi Antarabangsa, menyenaraikan pincer kerdil dalam Kumpulan 2, Section 1.1 Pincer, bersama dengan anjing Dobermann, pincer Jerman, pincer Austria, dan pincer mainan lagi satu, iaitu pincer monyet.[4] Kelab-kelab kenel lain menyenaraikan pincer kerdil dalam Kumpulan Mainan atau Kumpulan Teman.
Etimologi
Salah konsep bahawa pincer katik ialah "anjing katik Dobermann" berlaku kerana pincer Dobermann (baka yang dikembangkan oleh Karl Friedrich Louis Dobermann pada sekitar tahun 1890) diperkenalkan ke Amerika Syarikat sebelum pincer katik. Pada tahun 1919, pincer katik diperkenalkan ke dalam gelanggang pertunjukan AKC. Pada masa itu, tanpa pengetahuan bahawa ia dirujuk secara rasmi di Jerman sebagai Zwergpinscher ("pincer kerdil"), AKC merujuk baka ini sebagai hanya "Pinscher" dan menyenaraikannya dalam kategori lain-lain. Apabila Miniature Pinscher Club of America (MPCA) diwujudkan pada tahun 1929 (tahun pengenalan rasmi baka ini ke dalam AKC), mereka mempetisyenkan agar pincer katik diletakkan dalam Kumpulan Mainan. Perihal AKC, bahawa anjing ini "mesti terlihat seperti anjing Dobermann dalam saiz katik", membawa kepada salah konsep yang umum kini bahawa baka ini ialah "pincer katik Dobermann".
Nama asli untuk baka ini di Amerika Syarikat ialah "Pinscher (Toy)" ("pincer (mainan)") sehingga tahun 1972 apabila nama itu diubah secara rasmi kepada Miniature Pinscher ("pincer katik").[5]
Sejarah
Pendokumenan baka ini bermula kurang daripada 200 tahun lalu.[3] Ia digunakan secara tradisional untuk memburu mencit, cicak, burung kecil, arnab, dan haiwan perosak dan merupakan anjing pemburu. Terdapat lukisan oleh Jean Bungartz yang diterbitkan pada tahun 1888 yang membandingkan pincer kerdil dengan pincer Jerman.
Penampilan
Pincer kerdil dari segi struktur ialah anjing cukup seimbang, kukuh, padat, bergandingan pendek, berlapis bulu licin. Ia secara semula jadi cukup rapi, cergas, dan berwaspada. Trait utamanya merupakan aksi mirip kuda Hackney, animasi tanpa ketakutan, pemilikan diri lengkap, dan kehadiran bersemangat. Tungkainya patut lurus tanpa bengkok ke dalam atau ke luar. Ia juga diketahui mempunyai kebimbangan perpisahan.[6] Pincer kerdil kerap mempunyai ekor dan telinga terpotong, walaupun AKC tidak lagi mensyaratkan pemotongan telinga untuk pertunjukan. Ia juga kadang-kadang dapat mempunyai telinga tegak semula jadi.
Saiz
Menurut American Kennel Club, pincer katik patut setinggi 10–12 1⁄2 inci (25–32 cm) dengan ketinggian yang paling diingini sebanyak 11–11 1⁄2 inci (28–29 cm) pada titik tertinggi tulang belikat. Panjangnya adalah sama dengan ketinggian, walaupun betina mungkin lebih panjang sedikit.[6] Berat unggul ialah 8–10 paun (3.6–4.5 kg).[7] Terdapat juga pincer kerdil cawan teh yang kira-kira separuh daripada saiz pincer kerdil normal.
Bulu dan warna
Lapis bulunya pendek dan licin tanpa lapis bulu bawah. Warna tersedia termasuk merah padu, merah rusa, merah rusa biru, merah rusa coklat, merah rusa perang kekuning-kuningan, serta hitam, kelabu, coklat, biru dan perang kekuning-kuningan dengan titik-titik sawo matang atau titik-titik karat. Untuk penunjukan di Amerika Syarikat, AKC menyingkirkan semua warna kecuali warna padu atau merah rusa dan hitam atau coklat dengan titik-titik karat.[8] Pinscher-Schnauzer Club, yang mengekalkan piawaian untuk penunjukan di Jerman, mempunyai sekatan sama.[9] Di United Kingdom, biru dengan titik-titik karat diizinkan dalam gelanggang pertunjukan.[10] Tompok-tompok putih lebih besar daripada setengah inci atau tompok-tompok hitam pada titik-titik itu merupakan syarat penyingkiran untuk penunjukan di kebanyakan negara. Merle bukan pewarnaan yang diterima untuk baka ini.
-
Pincer kerdil dalam pertunjukan pengakuran, dengan telinga tegak semula jadi dan ekor terpotong
-
Pincer kerdil hitam, teling tidak terpotong dan ekor seberat kira-kira 4.1 kg (9.0 lb)
-
Pincer kerdil jantan dewasa dengan lapis bulu perang dan hitam dengan telinga dan ekor terpotong
-
Anak-anak pincer kerdil
Penjagaan
Penjagaan bulu adalah mudah, kerana lapis bulu licin berbulu pendek memerlukan sedikit perhatian, hanya memerlukan pemberusan dan penggunaan syampu.[6] Mesti ada perhatian dalam cuaca sejuk. Sweater atau selimut bayi dapat membantu untuk mengekalkan pincer kerdil daripada menjadi terlalu sejuk.[11] Pincer kerdil ialah baka giat dan memerlukan akses ke halaman berpagar atau dibawa berjalan kaki setiap hari.[12] Sesetengah pincer kerdil terdedah kepada berat badan berlebihan, jadi ada keperluan untuk memerhatikan pengambilan kalori dan tahap berat badan.[13] Ganjaran dapat menjadi bantuan penting dalam pelatihan, tetapi pemberian terlalu banyak ganjaran dapat menyebabkan obesiti.[13]
Perangai
Pincer kerdil adalah untuk pemilik anjing berpengalaman. Ramai orang memandang rendah tentang penjagaan, masa, dan usaha yang diperlukan untuk membesarkan pincer kerdil. Pincer kerdil ialah baka yang tegas, mudah bergaul, aktif, dan berdikari.[12] Pincer kerdil bertenaga dan memerlukan halaman berpagar untuk berlari di dalamnya; ia sesuai sebagai anjing ketangkasan. Ia merupakan ahli lepas diri hebat dan sesetengah orang mengesyorkan kenel dengan penutup di atasnya supaya ia dapat berlari di dalam.[12] Ia merupakan anjing pengawal bagus kerana ia berwaspada dan menurigai orang asing.[6][14] Ia dapat semudahnya memberikan amaran kepada pemiliknya tentang kehadiran seseorang, kegembiraannya, atau kesunyiannya dengan salakan bernada tinggi.[15] Ada syor bahawa orang dewasa dan remaja, bukan pula kanak-kanak kecil, bermain dengan pincer kerdil kerana kanak-kanak kecil bermain dengan kasar.[perlu rujukan] Pincer kerdil ialah baka degil dalam soal pelatihan, tetapi setelah terlatih, ia mematuhi perintah dengan baik.
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.7 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[16] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[17]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
- ^ Maka, pincer kerdil bukan versi "skala mengecil" bagi pincer Dobermann yang lebih besar, walaupun kedua-dua mungkin mengongsi sedikit keleluhuran terkini. Oleh itu, penyelidikan genetik mengecualikan hubungan ketara antara pincer kerdil dengan baka-baka seperti dachshund dan grehaun Itali, yang sebelumnya dicadangkan oleh para sejarawan dan para penyelidik lain bagi baka ini (American Kennel Club)
- ^ a b "Miniature Pinscher History" [Sejarah Pincer Katik]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2014. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: ZWERGPINSCHER (185)" [Tatanama baka FCI: PINCER KERDIL (185)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Miniature Pinscher History" [Sejarah Pincer Katik]. Miniature Pinscher Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ a b c d "Miniature Pinscher Breed Standard" [Piawaian Baka Pincer Katik]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Ideal Weight Ranges" [Julat Berat Unggul]. Association for Pet Obesity Prevention (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Miniature Pinscher - Colors and Markings" [Pincer Katik - Warna dan Tanda]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Zwergpinscher Standard" [Piawaian Pincer Kerdil] (PDF). Pinscher-Schnauzer Klub (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Oktober 2016. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Kennel Club UK Miniature Pinscher Breed Standard" [Piawaian Baka Pincer Katik United Kingdom The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Miniature Pinscher" [Pincer Kerdil]. Animal-World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ a b c Sandhorst, Cindy. "Miniature Pinscher Breed Profile" [Profil Baka Pincer Katik]. Rescue Every Dog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ a b "Miniature Pinscher" [Pincer Kerdil]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Miniature Pinscher - Did you know?" [Pincer Katik - Tahukah anda?]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Do Miniature Pinschers Bark A Lot? - Miniature Pinscher Barking Problems - Pet Net ID" [Adakah Pincer Katik Banyak Menyalak? - Masalah Salakan Pincer Katik - Pet Net ID] (dalam bahasa Inggeris). 21 November 2020. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo Emidio; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo Felice; Podaliri Vulpiani, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni Loris; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 267743971 Check|s2cid=
value (bantuan).
Pautan luar
- Kategori berkenaan Pincer kerdil di Wikimedia Commons