Ahmad Ikhwan bin Aji (lahir 17 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Noki K-Clique adalah merupakan penyanyi dan pelakon asal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique.
Noki K-Clique | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Ikhwan bin Aji 17 Julai 1994 |
Nama lain | Ikhwan Lee |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2012–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip Hop, Underground, Mainstream |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Black Hat Cat Records |
Pengkarya berkait | K-Clique, MK K-Clique, Shiha Zikir, Kaka Azraff, Loca B |
Karier
Bakatnya dicungkil daripada rancangan Showdown musim ketiga pada tahun 2012, sebuah pertandingan tarian urban berkumpulan yang mana beliau menganggotai kumpulan Kitta Move. Beliau kemudiannya menyertai pertandingan The Band, sebuah rancangan pencarian bakat nyanyian dan tarian siaran Astro pada 2014. Kini beliau menganggotai kumpulan K Clique yang turut dibarisi tujuh ahli lain iaitu MK, Tuju, FareedPF, Gnello, SoMean, KDeaf dan NastyNas. Deretan lagu yang pernah dirakamkannya bersama K Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Memorabilia (menampilkan XNADS), Licik, Warna, Mimpi (menampilkan Alif), Beg 2 Back, Kamu Okay, Kitta Move, Merais dan Pulang (menampilkan AJ). Lagu-lagu dipopularkannya sebagai penyanyi solo pula seperti Gila (bersama Kaka Azraff dan Loca B), Poyo (bersama Danial Zaini dan Santesh), AEWO (bersama Shiha Zikir), Zoom Zoom Zoom (bersama MK, Gnello, Kidd Santhe dan CatFarish) dan Hati (bersama AJ dan Gnello). Beliau bersama K Clique pernah tercalon dalam kategori Best Southeast Asian Act di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, namun kemenangan berpihak kepada penyanyi hip hop Vietnam, Jack. Lagu Gila dendangannya bersama Kaka Azraff dan Loca B diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang berlangsung pada 14 Mac 2021. Menggunakan akaun Instagram @ikhwanlee94 yang sehingga kini mencapai lebih 230,000 pengikut
Diskografi
Single kolaborasi
Tahun | Judul | Kolaborasi | Album |
---|---|---|---|
2020 | "AEWO" | Shiha Zikir | Single |
"Hati" | AJ & Gnello | ||
"Gila" | Kaka Azraff & Loca B | ||
2021 | "Payung Pelangi" | MK K-Clique |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | War On Terror: KL Anarki | Zack | Filem pertama |
2024 | Reeza GTR | Andika | |
2025 | Soloz: Game Of Life |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Oh My Hantaran | TV9 | Drama pertama | |
2024 | Sebelum Titik Noktah | Budi | Unifi TV |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Cincin Pusaka | TV9 | Telefilem pertama |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Showdown (musim 3) | Peserta | 8TV | |
2014 | The Band | Peserta | Astro Ria | |
2019 | MeleTOP | Dirinya sendiri | Bersama K-Clique | |
Unplugged | Dirinya sendiri | |||
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Finalis | TV3 | Duet bersama MK |
2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta (Bawang Putih) | Astro Warna |
Pencapaian
Tahun | Acara | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan | Nota |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Juara Lagu | "Gila" | Menang | Juara Lagu keseluruhan bersama Kaka Azraff & Loca B. |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Finalis Top 12 | AEWO | Tercalon | Duet bersama Shiha Zikir. |
Anugerah MeleTOP Era 2021 | Lagu MeleTOP | AEWO | Menang | Duet bersama Shiha Zikir. | |
Grup/Duo MeleTOP Era | AEWO | Menang | Duet bersama Shiha Zikir. |