Sekadar di Pinggiran merupakan album studio ketiga oleh Francissca Peter pada tahun 1986. Pada tahun 2011, Warner Music Malaysia telah mengeluarkan semula album ini di dalam bentuk cakera padat yang terdapat pada set kotak Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter.[1]
Album yang dikeluarkan Warner Music Malaysia ini telah meraih status Double Platinum.
Pembaca di Malaysia telah mengundi lagu "Sekadar Di Pinggiran" sebagai "Lagu Terbaik Sepanjang Tahun", serta "Ku Ke Udara Lagi" sebagai "Lagu Ketiga Terbaik Sepanjang Tahun" hasil anjuran akhbar New Straits Times secara harian. Album "Sekadar Di Pinggiran" telah diundi sebagai "Album Terbaik Sepanjang Tahun" manakala beliau telah memenangi "Artis Terbaik Sepanjang Tahun".[2]
Sekadar Di Pinggiran telah menjadi lagu terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1986,[3] dan Asean Song Festival pada tahun 1987.[4]