"Pelukan Angkasa" | ||||
---|---|---|---|---|
Single runut bunyi oleh Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah | ||||
daripada album Second Voyage | ||||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Dilancarkan | 18 September 2019 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | ||||
Syarikat | S.O.G. Production | |||
Penulis | Fazleena Hishamuddin | |||
Penggubah | Raja Nazrin Shah | |||
Penerbit | Bert Poncet | |||
Kronologi single Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah | ||||
| ||||
"Pelukan Angkasa" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pelukan Angkasa ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi muzik bebas Malaysia, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G.) bersama-sama seorang penyanyi wanita Malaysia, Shila Amzah. Lagu ini dicipta oleh Raja Nazrin Shah dan ditulis oleh Fazleena Hishamuddin.[1]
Lagu ini mula disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi S.O.G. pada 18 September 2019. Ia menjadi runut bunyi bagi filem KL Vampires[2] yang ditayangkan pada 14 November 2019. Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga S.O.G. berjudul Second Voyage.[3][4]
Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 6 Mac 2022.[5]
Rujukan
- ^ Zaidi Mohamad (7 Mac 2022). "Pelukan Angkasa ungguli AJL36". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2022.
- ^ Ramlah Zainal (6 November 2019). "Serlah nama di layar perak". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2022.
- ^ Sara Mack Lubis (8 Oktober 2021). "'Second Voyage', Harapan Sekumpulan Orang Gila (SOG) Berlayar Lebih Jauh". Getaran. Dicapai pada 7 Mac 2022.
- ^ Ku Syafik Ku Fozi (3 Oktober 2021). "Second Voyage tanda kematangan SOG, sedia bergerak lebih jauh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mac 2022.
- ^ Mohd Haikal Isa dan Mohammad Shahemy Azmi (7 Mac 2022). "Lagu 'indie' Pelukan Angkasa ungguli AJL36". Kosmo. Dicapai pada 7 Mac 2022.