Soloz: Game of Life | |
---|---|
![]() Teaser Pawagam | |
Pengarah | Syafiq Yusof |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Rahila Ali |
Dibintangi | |
Sinematografi | Oscar Tong |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 139 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM8 juta |
Pecah panggung | RM5.5 juta |
Soloz: Game of Life ialah sebuah filem biografi dan drama sukan elektronik Malaysia 2025, diarahkan oleh Syafiq Yusof[1] dan diterbitkan oleh Key Billions, diedarkan oleh Skop Productions serta mendapat penajaan dari Moonton.[2][3][4] Filem ini dibintangi oleh Hun Haqeem, Ikmal Amry, Syafie Naswip, Noki K-Clique, Hafeez Mikail, Jaa Suzuran, Wafiy, Imran Aqil, Kahoe Hon, Nia Atasha dan Jihaa Sham.
Soloz: Game of Life ditayangkan pada 23 Januari 2025 di Brunei, Malaysia dan Singapura.[5][6]
Sinopsis
Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar tentang perjalanan seorang remaja yang dikenali sebagai Muhammad Faris Zakaria, dia juga dikenal sebagai Soloz untuk melalui cabaran kehidupan sebagai pemain E-sukan profesional.[7][8]
Game of Life mendedahkan persaingan hebat antara The Boss dengan pasukan dari Singapura, Vengeance. Soloz bersama rakan sepasukannya harus lebih banyak belajar dan bekerja keras dalam manis dan pahitnya kehidupan, nilai persahabatan agar berjaya dalam kemenangan.
Plot
Semasa Soloz/Faris (Hun Haqeem) masih bersekolah, dia memiliki mimpi untuk berjaya sebagai pemain game yang menghasilkan banyak wang. Dikenal sebagai anak yang agak nakal, Soloz sering pergi ke kafe siber. Serius akan keinginan mencari kerjaya dengan bermain video game. Dari tempat ini Soloz menemukan Francais permainan yang bernama Mobile Legends: Bang Bang. Cerita mencapai titik penting di mana semasa penstriman, orang yang melihat strimnya terus meningkat meskipun dia hanya menyiarkan strim dari kampung.
Perlahan nama Soloz naik dan dia berjaya menewaskan Team Saurian, salah satu Kelab kafe siber paling kuat di Negeri Sembilan. Soloz dan teman dekatnya sudah semakin serius meneruskan jalan yang mereka pilih. Hal ini memunculkan kemarahan dan kekhawatiran sang ibu (Lisdawati), sang ayah berbeza pandangan (Fauzi Nawawi). Beliau mendukung penuh keinginan daripada sang anak.
Jalan menuju kejayaan bagi The Boss (pasukan Soloz, Malaysia) memang curam. Mereka telah bersemuka dengan Team The Vengeance (pasukan Singapura) yang kaptennya ialah Mr. X/Irfan (Ikmal Amry). Tewasnya Mr. X oleh Soloz untuk julung kali, hanyalah awal daripada pertarungan hebat yang melelahkan fizik dan batin. Maryam (Jihaa Sham) juga tidak seberapa senang dengan pilihan sang jejaka idaman yang tetap ingin bermain game. Soloz dihadapkan dalam dilema dan drama yang sulit.
Pelakon dan watak
- Hun Haqeem sebagai Soloz[9], seorang anak dari kampung Negeri Sembilan yang ingin berjaya sebagai pemain esports profesional. Namanya mulai terserlah selepas kemenangannya ke atas Team Saurian (terkuat di Negeri Sembilan) dan Team Vengeance.
- Ikmal Amry sebagai Irfan, seorang yang egois dari Singapura. Dia berdarah Melayu dan berjanji akan membalas Soloz.
- Syafie Naswip sebagai Fizul, teman Soloz.
- Noki K-Clique sebagai Safwan, ingin berjaya ke peringkat puncak esports Asia Tenggara. Dia tidak mendapat izin dari kedua orang tuanya untuk mencari kerjaya dengan bermain game. Telefon miliknya dibaling oleh bapanya.
- Hafeez Mikail sebagai DaddyHood[10], teman Soloz. Bertubuh kecil tetapi mempunyai keinginan yang besar untuk berjaya.
- Jaa Suzuran sebagai Wafiey, suka melawak dan baik hati.
- Wafiy sebagai Afiq, teman Soloz
- Imran Aqil sebagai Anding, teman Soloz
- Kahoe Hon sebagai Ivan, rakan Irfan. Dia mengatakan kalau Irfan itu over dramatic dan selalu mencari perkara dengan Soloz. Irfan menjawab kalau dia kurang serius dan harus berlatih lebih keras.
- Nia Atasha sebagai Emma, rakan Irfan, awalnya ia lebih bersetuju pada Ivan tetapi kemudian mengiyakan keinginannya.
- Jihaa Sham sebagai Maryam, awalnya tidak bersetuju pada pilihan Soloz untuk tetap bermain.
- Fimie Don sebagai Xavier
- Ezra Kairo sebagai Cypher
- Hezza-Ezzickry Helmy aka Zic Empty Page sebagai Franco
- Gbril sebagai Gbril
- Zaid Erakad sebagai Erakad
- Fauzi Nawawi sebagai Zakaria
- Lisdawati sebagai Lailatul
- Arash Mohamad sebagai Ibrahim
- Azizah Mahzan sebagai Mak Cik Flat
- Anne Abdullah sebagai Ibu Safwan, menyokong keputusan suami.
- Luis Amante Pinero sebagai Ayah Safwan, ingin Safwan bekerja seperti orang lain. Dia membaling telefon Safwan kerana anaknya yang dirasa keras kepala itu.
- Mhia Farhana sebagai Sara
- Mikael Noah sebagai Irfan (5 tahun)
- Iman Zarif Akram sebagai Soloz (kecil)
- Aiman Laphel sebagai Pengacara MPL
- Jane Teoh sebagai Pengacara Asia Heroes
- Farid Amirul sebagai Penyampai Hadiah Asia Heroes
Penampilan khas
- Remy Ishak sebagai Abang Ketam
- Soloz sebagai peminat pasukan Singapura[11]
- Putera Ammar Qayyim (Mars, atlet e-sukan Malaysia) sebagai pembawa air
Beberapa watak dalam permainan video Mobile Legends: Bang Bang ikut muncul seperti Helcurt, Faney dan wira yang biasa dipilih Soloz semasa bermain (Gusion).[12]
Penerbitan
Animasi
Filem ini akan menampilkan animasi 3D dan CGI dalam pertarungan MLBB yang dibuat oleh Moonton.[13] Syarikat itu memastikan bahawa tidak akan keluar dari aspek teknikal dan garis panduan permainan yang sudah biasa bagi pemain setia.
Perancangan
Filem ini diumumkan di Kuala Lumpur pada 26 Mac 2023 oleh perkongsian antara Key Billions Sdn. Bhd sebagai pembuat filem dan Moonton Co. Ltd. sebagai pemilik francais Mobile Legends: Bang Bang.[14] Syafiq Yusof mengatakan bahwa tajuk yang ia sedang arahkan ini ialah genre yang paling mencabar. Masih banyak masyarakat yang memandang negatif kepada pekerjaan e-sukan.[15] Rahila Ali sebagai penerbit filem berharap filem ini dapat diguna sebagai inspirasi untuk bertahan dari cabaran. Bagi beliau, "Soloz: Game of Life" bukan hanya sekedar animasi 3D dengan pelakon, tetapi kisah yang menyerlahkan potensi besar kerjaya e-sukan profesional.[16]
Beberapa pelakon seperti Hun Haqeem dan Jaa Suzuran yang melakonkan watak Wafiey memuji peribadi yang sering dipanggil Faris itu. Dia sering mengingatkan kepada pelakon dalam pembuatan filem agar jangan sampai melupakan sholat. "Kita tetap kena sholat untuk mengimbangi dunia dan akhirat," jawab Hun.[17]
Runut bunyi
Lagu tema untuk Soloz: Game of Life yang bertajuk, Untuk Semua Jiwa telah dikeluarkan pada Disember 2024.[18] Lagu itu dinyanyikan oleh Hun Haqeem dan Noki K-Clique.[19] Lagu kedua bertajuk, To The Finish Line telah terbit pada Januari 2025[20] oleh Vanessa Reynauld dan Rebel Asia.[21]
Rujukan
- ^ "Syafiq Yusof teliti hasilkan 'Soloz: Game of Life', papar realiti kehidupan 'gamers' - Wayang | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-01-05. Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ travelguide, 1steurope (2024-12-17). "Soloz Game of Life adalah film pertama MLBB di dunia". Games Travel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Soloz's journey to Mobile Legends: Bang Bang fame to be adapted into film, Game of Life, directed by Syafiq Yusof-Develop games and fun for players all over the world". en.moonton.com. Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ Dee, Bro (2025-01-19). "WAYANG BRUNEI: SOLOZ: GAME OF LIFE". WAYANG BRUNEI. Dicapai pada 2025-01-24.
- ^ "Xbox Developer Direct steals the show, while 'Soloz: Game of Life' breaks esports stigma". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2025-01-25. Dicapai pada 2025-01-25.
- ^ Chua, Dennis (2025-01-27). "#SHOWBIZ: Syafiq's latest movie unveils uncommon hero | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-27.
- ^ "Filem Soloz: Game Of Life". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-31. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "MBO Cinemas". mbocinemas.com. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Bakal tayang Jan 2025! Kisah kejayaan Soloz diangkat ke layar perak melalui Game of Life". Lifestyle Asia Malaysia. 2025-01-06. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Harimau Malaya (2025-01-21), "Walaupun karakter Daddyhood wujud tapi saya cipta sendiri dalam filem ini!", dicapai pada 2025-01-25
- ^ "Filem Soloz: Game of Life Tayang 23 Januari, Ramai Dah Tak Sabar!". gempak.com (dalam bahasa Bambara). 2025-01-04. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ TGV Cinemas (2025-01-10), SOLOZ Game of Life - Official Trailer, dicapai pada 2025-01-14
- ^ BERNAMA (2025-05-01). "Filem Soloz: Game Of Life Janjikan Pengalaman Segar, Berbeza Buat Penonton". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Siakap Keli". siakapkeli.my. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "(HIBURAN) Soloz: Game of Life – Kisah Benar Kejayaan: Inspirasi Mengejar Impian Dan Cita-cita Sentuhan Unik Syafiq Yusof Dalam Genre Berbeza | Galaksi Media". Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Bebit, Subky HJ (10 Januari 2025). "Inspirasi mengejar impian melalui filem Soloz: Game of Life". Kelkatut TV. Dicapai pada 14 Januari 2025.
- ^ Nordin, Norhayati (2025-01-11). "Ideanya luar biasa". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Apple Music 上Hun Haqeem & Noki的歌曲《Untuk Semua Jiwa (From "Soloz Game Of Life")》 (dalam bahasa Cina), 2024-12-13, dicapai pada 2025-01-14
- ^ sonymusicMYVEVO (2025-01-13), Hun Haqeem, Noki - Untuk Semua Jiwa (OST "Soloz Game Of Life") | Official Lyric Video, dicapai pada 2025-01-14
- ^ "Vanessa Reynauld and Rebel Asia, two of Malaysia's rising music stars, team up in new single for new movie "Soloz Game of Life"". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2025-01-12. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Ghafar, Fendi (2025-01-11). ""To the Finish Line" – Kolaborasi luar biasa Vanessa Reynauld & Rebel Asia berani mencabar sempadan muzik". suara.tv (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.