Loca B | |
|---|---|
| Nama lahir | Nabilah Hani binti Azali |
| Kelahiran | 28 Mei 1992 Malaysia |
| Genre | |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Syarikat rakaman | Black Hat Cat Records |
| Kegiatan berkaitan |
|
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Nabilah Hani Azali atau lebih dikenali dengan nama pentas Loca B ialah seorang penyanyi hip hop wanita Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi penampilannya sebagai penyanyi rap bersama ahli kumpulan K-Clique, Noki dalam lagu "Gila" oleh Kaka Azraff.[1]
Kerjaya
Penglibatan Loca B dalam bidang muzik pada mulanya tidak direstui keluarganya, namun beliau berjaya membuktikan kepada keluarganya bahawa industri muzik boleh membawanya pergi lebih jauh.[1] Pada tahun 2019, Loca B muncul dengan single pertamanya, "Dendam Wanita".
Loca B paling dikenali menerusi gandingannya bersama Noki K-Clique sebagai penyanyi rap dalam lagu "Gila" nyanyian Kaka Azraff. Lagu ini berjaya menjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sekaligus menjadikan Loca B sebagai penyanyi hip hop wanita Malaysia pertama yang menjulang trofi AJL.[1][2][3]
Bakat
Loca B dikenali dengan mengetengahkan muzik hip hop dengan kefasihannya terhadap muzik rap. Antara inspirasinya dalam bidang muzik ialah Siti Nurhaliza yang amat dikaguminya.[1]
Kehidupan peribadi
Loca B pernah menimba ilmu di Universiti Southampton, England.[1] Beliau mempunyai dua anak dari dua perkahwinan. Beliau berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique, Muhd Azree Shah Awang Zamree (Tuju) pada Mac 2020 dan dikurniakan Bintang Aiko.[4] Loca mempunyai seorang anak lelaki, Yusuf Alexander dari perkahwinan terdahulu.[5]
Loca B dalam satu hantaran di Instagramnya, mengakui telah menutup peringatan media sosial kerana mahukan ketenangan.[6]
Diskografi
Single
| Tajuk | Tahun |
|---|---|
| "Dendam Wanita" | 2019 |
| "Tak Keysah" (duet bersama Kayda Aziz dan Bubu Natassia) | |
| "Cinta 3 Pagi" | |
| "Permaisuri" (duet bersama Nina Nadira) | 2020 |
Single kolaborasi
| Tajuk | Tahun | Penyanyi |
|---|---|---|
| "Mahal" | 2019 | Charis Ow |
| "Cute (Stop Lah Being So Cute)" | 2020 | Harith Zazman |
| "Gila" (bersama Noki K-Clique) | Kaka Azraff |
Rujukan
- ^ a b c d e Mohd Haikal Isa (28 Mac 2021). "Jiwa muzik saya kuat - Loca B". Kosmo!. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ Haryani Ismail (15 Mac 2021). "Lagu perjuangan, motivasi pandemik 'Gila' juarai AJL35". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ Georgie Joseph (16 Mac 2021). "Gila terus 'menggila'". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ Budiey (11 Januari 2021). ""Kami kahwin secara sah" - Loca B dedah punca merahsiakan perkahwinan dengan Tuju". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (8 Januari 2021). "Loca B tak mahu terlaku terbuka kongsi kisah peribadi - "Saya ibu tunggal sebelum berkahwin dengan Tuju"". mStar Online. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ "Media sosial meresahkan Loca B". Kosmo!. 2 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.









