Reeza GTR (Gadis Turbo Romantis) atau Reeza GTR merupakan sebuah filem aksi komedi 2024 arahan Dr. Ahmad Idham. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 17 Oktober 2024.[1]
Reeza GTR | |
---|---|
Pengarah | Dr. Ahmad Idham |
Penulis | Panel Skrip GBSSB |
Dihasilkan oleh | Dr. Ahmad Idham Grand Brilliance Studio Sdn Bhd |
Dibintangi | Alif Satar Sophia Albarakbah |
Sinematografi | Mohd Helmi Mohd Yusof |
Disunting oleh | Ahmad Mustadha Samigon Ahmad Aydeel Ahmad Idham Elman Wafi Ng |
Diedarkan oleh | Grand Brilliance Studio Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 17 Oktober 2024 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Sinopsis
Reeza (Alif Satar) seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja di bengkel stor lelongan kereta tarik. Walaupun memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan, Reeza terpaksa akur dengan persaingan sengit dan peluang pekerjaan yang sangat terhad. Dengan usia yang semakin meningkat, Reeza hanya mampu mengimpikan seseorang yang akan menerima dirinya tanpa mengira status kerjayanya. Namun, kehidupannya berubah drastik apabila sebuah kereta yang ditariknya membawa satu kejutan besar. Ketika membuka bonet kereta tersebut, Reeza terkejut menemui seorang gadis cantik, Myra (Sophia Albarakbah) yang menyorok di dalamnya. Perwatakan Myra yang penuh misteri menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran Reeza. Siapakah sebenarnya gadis bernama Myra ini?
Pelakon
- Alif Satar sebagai Reeza Abdullah
- Sophia Albarakbah sebagai Myra Karmila
- Dato Sri Eizlan Yusof sebagai Ayah Eman
- Yassin Yahya sebagai Yoe
- Man Raja Lawak sebagai Bedal
- Ropie Cecupak sebagai Pak Ober
- Noki K-Clique sebagai Andika
- Mas Anizan sebagai Ibu Marissa, Ibu angkat Reeza
- Nelissa Nizam sebagai Marissa, Adik angkat Reeza
Penampilan Khas
- Cat Farish sebagai Boss Maarof
- Niezam Zaidi sebagai Abang Long Khai
- Chiwan Chilok sebagai En. Samsun (Polis Trafik, tidak dikreditkan)
- Azrul Cham sebagai Pemandu Bas
Rujukan
- ^ https://www.myinfotaip.com/2024/09/reeza-gtr.html. myinfotaip. Dicapai pada 21 April 2025