Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 1976 |
Jenis | Muzium sejarah |
Maklumat pentadbiran | |
Pengarah | Tuan Haji Che Muhamad Azmi bin Ngah[1] |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | |
Bandar raya | |
Lokasi | Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu |
Maklumat pelawat | |
Bilangan pelawat | 1,000 (hari biasa) 4,000 orang (musim cuti)[2] |
Laman sesawang | |
sunting |
Muzium Negeri Terengganu yang lebih dikenali dengan nama Muzium Losong dalam kalangan penduduk tempatan ini[3] terletak di kawasan seluas 23 hektar di Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.[4] Arkitek yang memjalankan projek ialah Raja Kamarul Bahrin iaitu pemilik Senibahri Arkitek.
Visi & Misi
Berikut adalah
Visi
- Menjadikan Muzium Negeri Terengganu Muzium Terbaik di Malaysia Menjelang 2020
Misi
- Memperkasakan Muzium Sebagai Pusat Rujukan Warisan Sejarah dan Budaya Negeri Melalui Amalan Pemuziuman Yang Kreatif dan Inovatif Kepada Stakeholder dan Pelanggan
Logo
Berikut adalah
Bentuk Lambang
- Berbentuk 6 segi melambangkan 6 daerah dalam Negeri Terengganu.
Ukiran Tepi Keliling
- Berukiran awan larat perang melambangkan seni tradisi Terengganu.
Tanah Hijau
- Simbol keislaman yang berkekalan dari zaman dahulu lagi.
Jata Kebesaran Negeri Terengganu
- Mahkota yang mengandungi pedang, keris panjang, cokma, Al-Quran, buku undang-undang, tampan wali, bulan bintang melambangkan pemerintahan DiRaja yang beragama Islam.
Batu Bersurat
- Melambangkan warisan sejarah kedatangan Islam di Terengganu.
Keliling Tepi Putih Hitam
- Putih menunjukkan negeri di bawah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
- Lingkungan hitam menunjukkan rakyat
Sejarah
Muzium Negeri Terengganu ini ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Kemudian, ianya berkuatkuasa pada 1 November 1977 selepas Dewan Undangan Negeri meluluskannya pada 28 Disember 1976.
Perjalanan muzium ini bermula dengan sejarah Syed Hussein Ghulam Al Bukhari menjumpai Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu pada tahun 1902. Pada tahun 1923, Batu Bersurat itu kemudiannya dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles. Pembentukan sebuah jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal berkaitan penubuhan Muzium Negeri dilakukan pada 3 Februari 1974.
Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, usaha mengumpulkan bahan bersejarah telah dipergiatkan. Pada tahun 1981, Muzium Negeri diterajui oleh seorang kurator yang telah dilantik. Kemudian jawatan ini telah ditingkat kepada jawatan Pengarah ketika menjelang tahun 1985.
Pada bulan Julai 1992, Muzium Negara telah menyerahkan kembali Batu Bersurat Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke lokasi Kompleks Muzium Negeri Terengganu sekarang ini.[5]
Pada 16 Jun 2020, Muzium Negeri Terengganu mula dibuka kepada orang ramai walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telahpun bermula pada 10 Jun 2020 yang lalu disamping mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.[6]
Bermula 18 April 2024, Muzium Losong melancarkan perkhidmatan sistem pembayaran tanpa tunai untuk kemudahan orang ramai yang mengunjungi kompleks muzium tersebut.
Rujukan
- ^ "Carta Pengurusan Tertinggi". Muzium Negeri Terengganu. 24 April 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.
- ^ Nurfardlina Izzati Moktar (18 April 2024). "Lembaga Muzium Negeri Terengganu lancar sistem bayaran tanpa tunai". Sinar Harian. Dicapai pada 13 Mei 2024.
- ^ Cantiknya Muzium Negeri Terengganu
- ^ "Sejarah Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
- ^ "Sejarah Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
- ^ FB Terengganu State Museum - Posting bertarikh 24 Jun 2020