Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | Julai 2012[1] |
Jenis | Muzium daerah |
Saiz koleksi | (?) |
Pentauliahan | (?) |
Pegangan utama | (?) |
Maklumat pentadbiran | |
Pengasas | (?) |
Pengarah eksekutif | (?) |
Pengurus | (?) |
Pengarah | (?) |
Ketua pegawai eksekutif | (?) |
Kurator | (?) |
Arkitek | (?) |
Sejarawan | (?) |
Pemilik | Muzium Negeri Terengganu |
Kakitangan | (?) |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | |
Daerah | |
Lokasi | Jalan Sulaimani, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu |
Maklumat pelawat | |
Bilangan pelawat | (?) |
Kemudahan pengangkutan awam | (?) |
Tempat letak kereta terdekat | Ada |
Laman sesawang | (?) |
sunting |
Muzium Daerah Kemaman merupakan sebuah muzium yang terdapat di Chukai, Kemaman, Terengganu.
Sejarah
Pembinaan bangunan Muzium Daerah Kemaman pada tahun 1920an menggunakan gabungan senibina Inggeris dan Islam hingga terhasilnya satu bentuk senibina ala Moorish. Lokasi bangunan ini adalah di tengah-tengah pusat bandar di atas kawasan seluas 0.2 ekar di Lot 132, Jalan Sulaimani, Chukai, Kemaman.
Bangunan ini pernah dijadikan sebagai pejabat pengurus lombong bijij besi The Nanyo Kogyo Koshi Company yang menjalankan kegiatan perlombongan bijih besi di Macang Setahun, Kemaman.
Selepas itu, bangunan ini bertukar milik kepada sebuah bank perdagangan iaitu Malayan Banking Berhad dan dijadikan sebagai sebagai sebuah bank.
Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Terengganu telah membeli bangunan ini daripada Majlis Perbandaran Kemaman.
Pada 5 Mac 2009, kerajaan negeri telah menyerahkan bangunan tersebut kepada pihak Muzium Negeri Terengganu untuk dimajukan sebagai sebuah muzium daerah yang menjadi satu destinasi pelancongan baru ke daerah paling selatan negeri Terengganu iaitu Kemaman.
Pada 15 Oktober 2009, pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman telah melantik 2 buah syarikat untuk melakukan kerja-kerja memulihara bangunan tersebut.[2]