Muzik Muzik | |
---|---|
Genre | Hiburan, muzik |
Pengacara |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 39 |
Penerbitan | |
Lokasi | Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor |
Tempoh siaran | 1 jam seminggu (2 Mac 1986 - 29 November 2011, 2 Februari 2013 - 31 Julai 2022) 30 minit seminggu (4 Februari - 10 November 2012, 7 Ogos 2022 - 31 Mac 2024, 3 November 2024) 10 minit seminggu (21 April 2024 - kini) |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 2 Mac 1986 – kini |
Muzik Muzik ialah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3 di mana lagu-lagu berbahasa Melayu, gubahan komposer dan penulis lirik Malaysia, dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton. Tidak seperti rancangan carta muzik televisyen lain yang memutarkan video muzik lagu, di Muzik Muzik, penyanyi harus merakamkan persembahan secara langsung di studio.
Kini, penggambaran Muzik Muzik bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Lagu-lagu yang paling berjaya sepanjang tahun akan layak ke acara tahunan Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada awal setiap tahun berikutnya.
Muzik Muzik yang dimulakan pada 2 Mac 1986, dua tahun selepas TV3 mula beroperasi, memasuki musim ke-39 pada tahun 2024.
Format
Format rancangan sebelum tahun 1992 ialah juara bulanan, dan digantikan dengan tiga kategori: Pop/Rock, Balada, dan Etnik Kreatif (sebelum 2000, Irama Malaysia). Pembahagian lagu mengikut kategori dimansuhkan pada tahun 2008. Kategori Pop Kreatif dan Rock bertahan pada tahun 1992 sahaja, sebelum pada tahun 1993 digantikan dengan Balada dan Pop Rock.
Lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Muzik Muzik tidak lagi dibahagi kepada kategori. Setiap minggu dimuatkan dengan carta dua puluh buah lagu hasil undian penonton, diiringi persembahan oleh pencalonan baru yang layak memasuki carta mulai minggu seterusnya. Penonton boleh mengundi melalui SMS atau borang undian di Internet.
Menjelang akhir setiap tahun, kesemua lagu yang dipertandingkan sepanjang tahun dihitung ketahanannya dalam carta dan bilangan lagu yang sama rata dalam setiap kategori dilayakkan ke peringkat Separuh Akhir. Ketika pusingan Separuh Akhir, kesemua lagu yang layak dipersembahkan lagi di hadapan sebarisan juri yang bakal menentukan siapa yang harus memasuki peringkat Akhir, iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL), dan sekali lagi, lazimnya bilangan lagu yang sama rata mengikut kategori dilayakkan ke peringkat AJL yang berprestij.
Tidak semestinya penyanyi asal sesebuah lagu perlu hadir untuk mempersembahkan lagu dendangannya, kerana Muzik Muzik dan AJL bertujuan memberi penghargaan kepada komposer dan penulis lirik lagu Malaysia. Dari tahun 1997 hingga 2005, semua lagu, sama ada berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik atau Anugerah Juara Lagu adalah berdasarkan penyanyi asal lagu tersebut.
Pengacara
Tahun | Pengacara | Penerbit |
---|---|---|
1986 | Karim Muhammad Habibah Yusof Mohamad Lokman Ida Nerina Shah Rezza |
|
1987 | Nasir Rahman Uji Rashid Ho Kwee Leng |
Azhar Borhan |
1988 | ND Lala Charmaine Agustine Zarina Jann |
|
1989 | Azwan Ali Charmaine Agustine |
Tan Guat Eyu |
1990 | ||
1991 | Azwan Ali Ferry Anugerah Makmur | |
1992 | Azwan Ali | |
1993 | Azhar Borhan | |
1994 | Azwan Ali | |
1995 | Tan Guat Eyu | |
1996 | Khairul Anuar Abdul Mutalib Maznah Zolkifli Azwan Ali |
Azwan Ali |
1997 | Shamsul Ghau Ghau Anne Hamid |
Khalijah Mohamad |
1998 | ||
1999 | Aidil Abdul Ghaffar Anne Hamid | |
2000 | Khayril Benjamin Ning Baizura Sazzy Falak | |
2001 | Shamsul Ghau Ghau Linda Rafar | |
2002 | Ary Malik | Suffian Isa |
2003 | ||
2004 | Cheryl Samad | |
2005 | ||
2006 | ||
2007 | Faizal Ismail Cheryl Samad | |
2008 | Khalijah Mohamad | |
2009 | ||
2010 | Faizal Ismail Cheryl Samad Adzriefaiz Azlan Chad (Hot FM) | |
2011 | ||
2012 | ||
2013 | AG Azmeer (Hot FM) Scha Al-Yahya | |
2014 | Nurhul Huda Khalid | |
2015 | AG Azmeer (Hot FM) | |
2016 | Juzzthin Zooey Oh | |
2017 | Hefny Sahad Sherry Alhadad |
Aida Azira Hussain/ Zamzuri Zaini |
2018 | Sherry Alhadad Haziq Hussni |
Nurhul Huda Khalid |
2019 | ||
2020 | ||
2021 | Sissy Imann Alif Satar |
Shahrizan Ghazali |
2022 | Muaz Mohamed | |
2023 | Izzue Islam | Noradillah Adeed Abdullah |
2024 | Izzadad Khan |
- ↑Nota 1 Ferry Anugerah Makmor menggantikan Azwan Ali selama 8 bulan, termasuk beberapa episod mengacara bersama Azwan yang bertugas sebagai penolong penerbit dan penulis skrip Muzik Muzik 6[1].
- ↑Nota 2 Azwan Ali yang juga penerbit Muzik Muzik 11 mengambil alih tugas sebagai pengacara setelah dua pengacaranya Khairul Anuar Abdul Mutalib dan Maznah Zolkefli meninggalkan Muzik Muzik sebelum tamat musim [2] [3]
- ↑Nota 3 Sazzy Falak [4] menggantikan Ning Baizura setelah Ning digantung daripada bersiaran ekoran masalah peribadi [5]
- ↑Nota 4 Menggantikan Fara/AG secara bergilir (beberapa episod)
- ↑Nota 5 Menggantikan Amyra ketika cuti bersalin.
- ↑Nota 6 Menggantikan Haziq dan Sherry yang diharuskan kuarantin (PKP) selama dua minggu pada bulan November 2020.
- ↑Nota 7 Sissy Imann menggantikan Daiyan Trisha sebagai pengacara baharu Muzik Muzik 36 yang telah tamat kontrak selama 6 bulan.
- ↑Nota 8 Muaz Mohamed menggantikan Alif Satar apabila bercuti atau sakit.
- ↑Nota 9 Sissy Imann mengacarakan program ini sehingga Julai 2022.
Juara Carta Mingguan
Lagu yang mendapat undian paling kerap di kedudukan nombor satu carta mingguan Muzik Muzik mengikut musim carta bersiaran mengikut tahun. Carta pusingan bulanan diperkenalkan sejak musim pertama dan kemudian carta undian secara mingguan mula diperkenalkan sejak musim ke-7 bagi menggantikan sistem pusingan tersebut. Beberapa lagu yang merentas musim dan mengumpul jumlah minggu kejuaraan apabila digabung kedua-dua musim tidak terpakai dalam pengiraaan ini, contohnya lagu "Puncak Kasih" menjadi Juara sebanyak 18 minggu di antara 1997 dan 1998.
Berikut adalah senarai lagu berprestasi terbaik dalam setiap musim bermula pada musim ke-7:-
Menandakan pemenang Juara Lagu | Tidak Bertanding di Separuh Akhir |
Tahun | Lagu | Kelayakan AJL | Komposer | Penyanyi | Jumlah Minggu Juara | |
---|---|---|---|---|---|---|
Finalis | Menang Sebarang Anugerah | |||||
1992 | "Di Alam Fana Cintamu" | Ya | Ya | Fauzi Marzuki/ Lukhman S | Kumpulan Fotograf | 17 |
1993 | "Teringin" | Ya | Tidak | Fauzi Marzuki | Shima | 9 |
1994 | "Bukan Aku Tak Cinta" | Ya | Tidak | Umarul | Kumpulan Iklim | 11 |
1995 | "Lamunan Terhenti" | Ya | Tidak | Saari Amri | Aris Ariwatan | 17 |
1996 | "Gerimis Mengundang" | Ya | Tidak | Saari Amri | Kumpulan Slam | 10 |
"Korban Cinta" | Tidak | Tidak | Johari Teh | Ziana Zain | 10 | |
1997 | "Rendang Tak Berbuah" | Tidak | Tidak | M. Nasir/ Bob Lokman | Hattan | 10 |
1998 | "Cindai" | Ya | Ya | Suhaimi Mohd Zain | Siti Nurhaliza | 19 |
1999 | "Purnama Merindu" | Ya | Ya | Azmeer | Siti Nurhaliza | 16 |
2000 | "Sha Na Na" | Ya | Tidak | Amy Mastura | Amy Mastura | 13 |
2001 | "Seandainya Masih Ada Cinta" | Ya | Ya | Ajai/ Syed ENV | Dayang Nurfaizah | 11 |
2002 | "Aladin" | Tidak | Tidak | Tam Mustafah/Loloq | Kumpulan Spider | 9 |
2003 | "Hi Hi Bye Bye" | Ya | Ya | Edry Abdul Halim | Ezlynn | 8 |
2004 | "Pulangkan" | Ya | Ya | Ajai/Habsah Hassan/Shuhaimi Baba | Misha Omar | 12 |
2005 | "Aduh Saleha" | Ya | Ya | M. Nasir/Loloq | Mawi | 7 |
2006 | "Lagu Jiwa Lagu Cinta" | Ya | Tidak | M. Nasir/Loloq | Mawi M. Nasir |
8 |
2007 | "Sembunyi" | Ya | Tidak | Aidit Alfian | Misha Omar Andy Flop Poppy |
10 |
2008 | "Sampai Syurga" | Ya | Ya | Audi Mok | Faizal Tahir | 6 |
2009 | "Kau Aku" | Ya | Ya | Aizat Amdan/Anas Amdan | Aizat Amdan | 7 |
2010 | "Selamat Malam" | Ya | Tidak | Audi Mok | Faizal Tahir | 7 |
2011 | "Awan Nano" | Ya | Ya | M. Nasir / Budhi Hekayat | Hafiz Suip | 5 |
2012 | "Andaiku Bercinta Lagi" | Ya | Tidak | Edry Abdul Halim | Kumpulan Mojo | 5 |
2013 | "Jagalah Dirimu" | Tidak | Tidak | Edry Abdul Halim | Jaclyn Victor | 7 |
2014 | "Mewangi" | Tidak | Tidak | Zulkifli Majid | Akim & The Majistret | 4 |
"Apa Khabar" | Ya | Ya | Mikael Adam Lozach/ Joe Flizzow | Joe Flizzow & SonaOne | 4 | |
2015 | "Assalamualaikum" | Ya | Ya | Faizal Tahir | Faizal Tahir | 7 |
2016 | "Hidup Dalam Mati" | Tidak | Tidak | Syamel / Edry Abdul Halim | Syamel | 6 |
2017 | "Luluh" | Ya | Tidak | Khai Bahar | Khai Bahar | 5 |
2018 | "Dia" | Tidak | Tidak | Omar K / Hael Husaini/ Ezra Kong | Dayang Nurfaizah | 5 |
"Selamat Tinggal Sayang" | Tidak | Tidak | Ridzuan Haqim Rusli | Haqiem Rusli | 5 | |
2019 | "Dinda" | Ya | Tidak | Ali Sariah | Kugiran Masdo | 7 |
2020 | "Aku Bidadari Syurga Mu" | Ya | Tidak | Ippo Hafiz / Siti Rosmizah | Siti Nurhaliza | 7 |
2021 | "Mimpi" | Ya | Ya | Ridzuan Haqim Rusli / Zaidah Awang | Haqiem Rusli | 8 |
Separuh Akhir Muzik Muzik
Separuh Akhir Muzik Muzik mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada kategori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre bertanding bagi merebut empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke-24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga minggu bagi merebut tempat sebagai 12 atau 14 (bergantung kepada juri) lagu yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan.
Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November (kemudian pada bulan Disember pada tahun 2021 (kecuali pada tahun 2022)) setiap tahun (kecuali 2000 dan 2003 di mana ia diadakan pada pertengahan Oktober). Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu. Separuh Akhir Muzik Muzik biasanya dihoskan oleh pengacara Muzik Muzik pada musim tersebut.
Perkembangan terkini
Untuk tahun 2016, bersempena dengan tahun ke-31, rancangan Muzik-Muzik memperkenalkan konsep showcase. Dengan konsep ini, lagu terbaik sepanjang bulan akan terpilih ke Separuh Akhir Muzik Muzik secara automatik.[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3126552/azwan-kembali-beraksi-di-tv3
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/576663/cari-pengacara
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3007005/maznah-angkat-kaki
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3554246/mm2000-dugaan-sazzy
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/1981488/pakaian-artis-melayu-makin-teruk
- ^ Janna Nick, Juzzthin & Zooey Pengacara Muzik-Muzik 31