Separuh Akhir Muzik Muzik 23 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-23. Kesemua lagu yang dipertandingkan adalah lagu-lagu popular ciptaan tempatan sepanjang tahun 2008.
Senarai Lagu Semi-Finalis Muzik Muzik 23
Saringan pada peringkat separuh akhir mempertandingkan 12 lagu bagi kategori Balada dan Pop Rock manakala 10 lagu bagi kategori Etnik Kreatif bagi kelayakan ke peringkat akhir. Kategori Etnik Kreatif dilangsungkan pada 28 November 2008 manakala kategori Balada adalah pada 5 Disember dan kategori Pop Rock adalah pada 12 Disember 2008. Peringkat separuh akhir ini akan diacarakan bersama oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.[1]
Format pemarkahan bagi saringan separuh akhir berdasarkan markah persembahan pada malam tersebut dengan markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan. Bagi yang mendapat markah tertinggi, mereka adalah layak untuk ke peringkat akhir dan akan melakukan persembahan bagi merebut gelaran tertinggi iaitu "Juara Lagu".
Berikut merupakan lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 23 (nama pemenang diwarnai emas):
Etnik Kreatif
Balada
Pop Rock
# | Lagu | Artis | Komposer | Penulis Lirik | Nota |
---|---|---|---|---|---|
1 | Kalis Rindu | Elyana | Aidit Alfian | Ad Samad | |
2 | Mila Bila Cinta | Mila | Audi Mok | Ad Samad | |
3 | Separuh Masa | The Lima | Edry Abd Halim | Edry Abdul Halim | Flava menggantikan The Lima |
4 | Bukti | Fiq | Tony Iskandar | Loloq | |
5 | Cinta Si Rama-Rama | Hattan | Edrie Hashim | Edrie Hashim | |
6 | Lagu Untukmu | Meet Uncle Hussain | Taja, Tass, Lan | Taja, Tass | |
7 | Yang Pernah | Estranged | Estranged | Estranged | |
8 | Mabuk | Spider | Tam Spider | Loloq | |
9 | Bukan Di Sini** | Sofaz | Sofaz | Sofaz | |
10 | Aku Lebih Tahu | Mila | Ajai | Loloq | |
11 | Aku Stacy | Stacy | Intan Norul Azlin | Intan Norul Azlin, Layla Ismail | |
12 | Rimas | The Fabulous Cats | Cat Farish | Roxy Tail | |
13 | Ku Merindu | Shah & Ella | Syed Elias Syed Ahmad | Syed Elias Syed Ahmad | Menarik diri dari pertandingan |
↑* Lagu Dingin asalnya tidak berjaya dari Kategori Balada di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, tetapi layak ke AJL 2008 secara mengejut pada saat-saat akhir di separuh akhir Pop Rock.[2]
↑** Tempat yang diambil lagu "Bukan Di Sini" asalnya diberi kepada lagu "Ku Merindu" ciptaan dan lirik Datuk Syed Elias Syed Ahmad yang dirakam oleh Ella dan Syed Fadhley Shah, tetapi dimaklumkan bahawa Ella terpaksa menarik diri gara-gara terpaksa berdepan dengan "komitmen" lain yang ditetapkan terdahulu pada hari pertandingan.[3]
Untuk peringkat final bagi lagu-lagu lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-23.
Lihat Juga
- ^ Norliza Mohamad Zakaria (2008-11-26). "AJL23: Dominasi penyanyi realiti". Utusan Malaysia.[pautan mati kekal]
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (2008-12-15). "Terkejut Dingin ke final AJL". Berita Harian. Dicapai pada 2008-12-20.
- ^ Rudy Imran Shamsudin. "Shah kecewa, tarik diri". Harian Metro. Dicapai pada 2009-01-23.