Gang Starz merupakan sebuah rancangan realiti TV yang telah disiarkan selama dua musim di TV3 pada setiap hari Ahad jam 9:00 malam. Gang Starz merupakan satu pencarian bakat berkumpulan terbaik dari negara-negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura sejak musim pertama, diikuti Filipina dan Thailand pada musim kedua.
Gangstarz | |
---|---|
Format |
|
Pengacara | Putri Andreanna (2007) Faizal Tahir (2007-2008) Fara Fauzana (2008) |
Juri | Arab (2007) Vernon Kerdit (2007) Maple Loo (2007) Ajai (2008) Sheikh Haikel (2008) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 37 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhd Sufian Che Isa |
Tempoh siaran | 2 jam (per episod) |
Syarikat penerbitan | Media Prima Berhad |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 Februari 2007 – 24 Ogos 2008 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mentor (musim 2) |
Diikuti oleh | Mentor (musim 3) |
Format rancangan
Gang Starz adalah merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian berkumpulan yang disertai oleh tiga buah negara dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim pertama, dan diikuti dua lagi negara iaitu Filipina dan Thailand pada musim kedua. Program ini memberikan ganjaran wang tunai sebanyak USD 100,000 (RM350,000) kepada juaranya.
Persembahan
Kesemua kumpulan ini akan bertanding setiap minggu dihadapan juri tetap dan juri jemputan. Persembahan mereka akan dinilai dan dikomen oleh barisan juri tersebut.
Format undian & permarkahan
Pertandingan ini mengamalkan permarkahan oleh juri sebanyak 50%, manakala 50% lagi adalah hasil undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap konsert mingguan berlangsung. Peserta yang me dapat markah dan undian terendah akan disingkirkan.
Senarai pemenang
Musim Pertama (2007)
- Juara: The Lima (Indonesia)
- Naib Juara: Mendua (Indonesia)
- Tempat Ketiga: Flava (Malaysia)
- Tempat Keempat: Infinatez (Malaysia)
Musim Kedua (2008)
- Juara: One Nation Emcees (Malaysia)
- Naib Juara: Akasia (Malaysia)
- Tempat Ketiga: 3.5 (Filipina)
- Tempat Keempat: Paragon Child (Filipina)
- Tempat Kelima: D'Reborn (Indonesia)
Musim pertama (2007)
Senarai peserta
Gang Starz Akhir
Gang Starz akhir diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada 17 Jun 2007 bermula jam 8.30 malam. Rancangan ini disiarkan secara lansung oleh TV3 dan lambat sejam disiarkan oleh Televisi Pendidikan Indonesia (TPI). Tiga pegacara memeriahkan pertandingan akhir ini iaitu Anne, Faizal Tahir serta pengacara dari Indonesia, Melanie Putria. 4 kumpulan akan bertanding merebut USD 100,000 iaitu
- The Lima (Indonesia) - menjadi juara pertama Gang Starz, berduet dengan Mas Idayu menerusi lagu Memori Daun Pisang.
- Mendua (Indonesia) - naib juara, berduet dengan Faizal Tahir dengan lagu Maha Karya Cinta
- Flava (Malaysia) - tempat ketiga, berduet dengan Jay Jay dengan lagu Joget Angan Tak Sudah
- Infinatez (Malaysia) - tempat keempat, berduet dengan Nurul dengan lagu Seiring dan Sejalan
Antara artis yang membuat persembahan ialah gabungan Ning Baizura, Nikki dan Yanie Mentor serta penyanyi dari Indonesia, Agnes Monica. Juri pada malam itu ialah Vernon Kedit, Maple Loo dan Arab serta daripada dua juri undangan Erwin Gutawa dari Indonesia dan penyanyi dan komposer Singapura, Sheikh Haikal.
Tidak ketinggalan aksi bertenaga bekas peserta Gang Starz, Colabr8 dengan lagu mereka (Malam Pesta Kancing Suasa), Luscious (Jelingan Manja), 1st Edition (Hitori), Demolition Squad (Rompe), N’ Quint (Lelaki Buaya Darat), Pianka (Lady Marmalade), G18 (Sedang Ingin Bercinta), Equal Star (Naik Kereta Ku) dan Evoke (Papa Jahat).
Musim kedua (2008)
Musim kedua ini kini disertai kumpulan vokal dari dua negara baru, iaitu Filipina dan Thailand, di samping tiga negara asal dari musim pertama.
Senarai peserta
|
|