Moto | Rahmatan lil-`Alamin |
---|---|
Jenis | Universiti Swasta |
Ditubuhkan pada | 1999 |
Canselor | DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Naib Canselor | Prof. Dato' Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof |
Lokasi | , |
Warna | Biru.putih dan kuning |
Laman sesawang | Portal rasmi USAS |
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (Arab: جامعة السلطان أزلن شاه) merupakan sebuah universiti Islam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Antara objektif terawal penubuhan USAS ialah untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi agama cemerlang yang mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan. [1]
Sejarah
Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 1986.
Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999.
KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.
Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR di atas sebidang tanah seluas 50 ekar yang diwakafkan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan berjumlah RM 66 juta siap pada tahun 2008. Pada 16 Julai 2009, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan kampus tetap KISDAR.
KISDAR kemudian dinaik taraf kepada kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) pada 4 Mac 2013. Tiga tahun kemudian pada 10 Jun 2016, YAB. Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan KUISAS sebagai universiti penuh berkuat kuasa secara serta merta. Susulan itu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) secara rasmi ditubuhkan pada 15 Jun 2016.
Profil Korporat
USAS telah dinaik taraf dan beroperasi secara rasmi sebagai universiti penuh pada 15 Jun 2016 setelah melalui fasa sebagai sebuah kolej (Kolej Islam Darul Ridzuan, KISDAR) dan kolej universiti (Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, KUISAS). Sehingga ke hari ini, USAS telah melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang pengajian. Pencapaian ini menjadi testimonial USAS telah mendapat tempat di mata masyarakat.
Visi
Menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu.
Misi
Pendidikan
Menghasilkan graduan yang mempunyai kemantapan amal, keluhuran akhlak, keluasan ilmu dan kematangan profesionalisme, di samping memenuhi piawaian keperluan lapangan kerja.
Penyelidikan
Menyediakan suasana kondusif bagi para sarjana untuk meneroka, memperkukuh dan memperbaharui kebenaran melalui aktiviti penyelidikan.
Masyarakat
Menjuarai isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan nilai-nilai sejagat.
Pengantarabangsaan
Mengantarabangsakan semua kegiatan universiti.
Objektif
Objektif penubuhan USAS adalah untuk:-
- Menawarkan pengajian tinggi dan mengambil apa-apa tindakan yang bersampingan dengannya selaras dengan semua peruntukan Akta dan Perlembagaan USAS.
- Mengembangkan pelbagai jenis ilmu pengetahuan naqliah dan akliah yang selari dengan pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah melalui pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.
- Melaksanakan semua perkara yang perlu bagi mencapai objektif di atas, yang dibenarkan oleh undang-undang.
Falsafah
- Menghayati dan menyebarkan konsep Rahmatan Lil ’Alamin (Rahmat ke Seluruh Alam) selari dengan jejak perjalanan Rasulullah S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 107, yang menjadi moto Universiti.
- Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ihsan.
- Memperkasa dan mendukung pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah yang berdasarkan iktikad Asya’irah dan Maturidiyah dalam bidang akidah, mazhab Syafi’i dalam bidang fiqh, dan manhaj Imam al-Junayd dan Imam al-Ghazali dalam bidang tasawuf, serta ulama muktabar lain yang sealiran dengan mereka; dalam semua bidang ilmu, penerbitan, kenyataan secara lisan atau media, dan aktiviti-aktiviti Universiti.
Dasar Kualiti
- USAS komited dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kepada pelanggan dengan cekap dan berkesan sejajar dengan visi dan misi.
- USAS hendaklah melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MS ISO 9001:2015.
Pengurusan Universiti
Sistem pentadbiran USAS yang telus, komprehensif dan berkesan menunjukkan kesungguhan setiap lapisan warga universiti dalam menegakkan moto universiti "Rahmatan Lil 'Alamin".
Canselor
- Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Pro-Canselor
- Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara)Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin[2]
- YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin KardiNordin Bin Kardi]][3]
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Azlan Shah
- YABhg. Prof Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor
- Prof. Dato' Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof
Timbalan Naib Canselor Akademik & Penyelidikan
- Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel Bin Mydin Meera
Timbalan Naib Canselor Pentadbiran & Kewangan
- Prof Madya Dr. Haji Anas Bin Md. Yusof
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri
- Prof Madya Dr Shamsul Jamili Bin Yeop
Mantan Rektor/ Naib Canselor
Nama | Tarikh Mula Khidmat | Tarikh Tamat Khidmat |
---|---|---|
YBhg. Dato' Hj Wan Zahidi bin Wan Teh | 7 Februari 2002 | 30 Jun 2005 |
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain | 25 Oktober 2005 | 6 Januari 2011 |
YBhg. Prof. Dr. Jamil bin Hashim | 6 Januari 2011 | 1 Jun 2014 |
YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Nordin Kardi | 2014 | 2023 |
Fakulti dan Pusat Pengajian
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial
Fakulti Pengajian Islam bertanggungjawab menawarkan program akademik dan mata pelajaran Pengajian Islam seperti yang ditetapkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Fakulti Pengajian Islam dibahagikan kepada empat buah jabatan dan satu unit:-
- Jabatan Usuluddin
- Jabatan Syariah
- Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab
- Jabatan Sains Kemanusiaan
- Unit Pentadbiran Am
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat mempunyai dua jabatan iaitu:
- Jabatan Pengurusan
- Jabatan Teknologi Maklumat.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi berilmu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan teknologi. Selain menumpukan kepada penyelesaian masalah, program-program pengajian di bawah fakulti juga menerapkan nilai-nilai Islam di dalam proses pembelajarannya yang memberikan nilai tambah kepada mahasiswa.
Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi
Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) merupakan pusat akademik di Universiti Sultan Azlan Shah yang disokong oleh Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Inggeris dan Pusat Asasi.
PBPA menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program Pengajian Asasi. Program ini dirangka dan ditawarkan sebagai keperluan dan persediaan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. PBPA menawarkan pelbagai kursus bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab untuk keperluan fakulti pengajian. Beberapa kursus, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk memenuhi syarat pengajian. PBPA turut menawarkan kursus-kursus bahasa untuk staf universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.
Selain itu, PBPA juga menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan adalah daripada bahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya. Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan meliputi pelbagai bentuk seperti manuskrip, rencana, dokumen, risalah, dan sebagainya.
Jabatan Pascasiswazah, Penyelidikan dan Perundangan
Jabatan Pengajian Pascasiswazah, Penyelidikan dan Perundingan dahulunya dikenali sebagai Pusat Kembangan. Jabatan ini distrukturkan kepada dua unit iaitu Unit Pengajian Pascasiswazah serta Unit Penyelidikan dan Perundingan.
Unit Pengajian Pascasiswazah bertanggungjawab dalam mengendalikan semua urusan berkaitan pengurusan akademik, peperiksaan, pendaftaran pelajar pascasiswazah, penjadualan kelas, viva-voce serta urusan yang melibatkan sistem akademik mahasiswa dan ahli akademik. Unit Pengajian Pascasiswazah bermatlamat untuk memastikan perkara-perkara yang berkaitan pembelajaran serta pengurusan akademik mahasiswa dan ahli akademik berjalan lancar dari masa ke masa dan memastikan mahasiswa bergraduat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Unit Penyelidikan dan Perundingan pula bermatlamat untuk memperkukuhkan peranan dan menjadikan USAS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan dan perundingan.
Pusat Pengajian Terbuka dan Pembelajaran Professional
Sebagai sebuah pusat pengajian terbuka dan jarak jauh yang cekap dan kondusif serta memenuhi aspirasi pendidikan masyarakat. Pusat ini menyediakan peluang pembelajaran yang fleksibel kepada pelajar tanpa mengira lokasi dan masa. Objektif
- Menawarkan program yang memenuhi pasaran industri semasa.
- Merekabentuk kandungan yang berkualiti, menarik dan interaktif bagi para pelajar.
- Menyediakan fasilitator yang cekap, mesra dan berpengetahuan bagi program yang diikuti.
- Menyediakan platform e-pembelajaran dan system sokongan yang membimbing pelajar dan mesra pengguna.
Senarai Program
Program Prasiswazah
BIL | NAMA PROGRAM | KOD MQA |
1 | ASASI SASTERA | MQA/FA 7979 |
2 | DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM | A10729 |
3 | DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH | A9460 |
4 | DIPLOMA USULUDDIN | A9458 |
5 | DIPLOMA KAUNSELING ISLAMI | A10736 |
6 | DIPLOMA KOMUNIKASI ISLAM | A10737 |
7 | DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WA AL-QIRAAT | MQA/FA0883 |
8 | DIPLOMA BAHASA ARAB DENGAN PENDIDIKAN | MQA/FA2496 |
9 | DIPLOMA PERAKAUNAN | A9461 |
10 | DIPLOMA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM | A9457 |
11 | DIPLOMA PENTADBIRAN PERNIAGAAN | A10728 |
12 | DIPLOMA PENGURUSAN MUAMALAT | A10738 |
13 | DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT | A9559 |
14 | DIPLOMA MULTIMEDIA DENGAN DAKWAH (Dahulu Dikenali Sebagai Diploma Multimedia Dan Dakwah) | MQA/FA9790 |
15 | IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN ISLAM (KEPUJIAN) | MQA/FA4115 |
16 | IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEUSAHAWANAN | MQA/FA12875 |
17 | IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN | MQA/FA12872 |
18 | IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) | MQA/FA6478 |
19 | IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM | MQA/FA3738 |
20 | IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN (HADIS) | MQA/FA3739 |
21 | IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) | MQA/FA5681 |
22 | IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH GUNAAN | MQA/FA5003 |
23 | IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (KEPUJIAN) | MQA/FA6474 |
24 | IJAZAH SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) | MQA/PA9312 |
25 | IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) | MQA/PA8441 |
26 | IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN | MQA/PA4673 |
27 | IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB (KEPUJIAN) | MQA/PA8792 |
28 | IJAZAH SARJANA MUDA INDUSTRI PERTANIAN (KEPUJIAN) | MQA/PA12252 |
29 | IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | MQA/PA 11907 |
Program Pascasiswazah
BIL | NAMA PROGRAM | KOD MQA |
1 | DIPLOMA PASCASISWAZAH AMALAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN SYARIE | MQA/PA11908 |
2 | MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION | MQA/FA5002 |
3 | MASTER OF MANAGEMENT | MQA/FA5286 |
4 | MASTER OF INFORMATION TECHNOLOGY MANAGEMENT | MQA/FA5680 |
5 | MASTER OF APPLIED SYARIAH | MQA/FA6475 |
6 | MASTER OF USULUDDIN | MQA/FA7600 |
7 | MASTER OF ISLAMIC FINANCE | MQA/PA8495 |
8 | MASTER OF EDUCATION | MQA/PA8793 |
9 | MASTER OF PSYCHOLOGY | MQA/PA9746 |
10 | Ph.D IN USULUDDIN | MQA/FA9599 |
11 | Ph.D IN MANAGEMENT | MQA/FA6477 |
12 | Ph.D IN APPLIED SYARIAH | MQA/PA6475 |
13 | Ph.D IN SCIENCE | MQA/FA6479 |
14 | DOCTOR OF PHILOSOPHY IN PSYCHOLOGY | MQA/PA9747 |
Rujukan
- ^ "Falsafah, Wawasan & Objektif". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2023.
- ^ "Pro-Chancellor – USAS | Universiti Sultan Azlan Shah" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-22.
- ^ "Pro-Chancellor – USAS | Universiti Sultan Azlan Shah" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-22.