Mohammad Hatta | |
---|---|
(umur 48) | |
Naib Presiden Indonesia | |
Dalam jawatan 18 Ogos 1945 – 1 Disember 1956 | |
Presiden | Sukarno |
Digantikan oleh | Hamengkubuwono IX |
Perdana Menteri Indonesia ke-3 | |
Dalam jawatan 29 Januari 1948 – 5 September 1950 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Amir Sjarifoeddin |
Digantikan oleh | Susanto Tirtoprodjo (memangku) |
4th Menteri Pertahanan Indonesia | |
Dalam jawatan 29 Januari 1948 – 4 Ogos 1949 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Amir Sjarifoeddin |
Digantikan oleh | Hamengkubuwono IX |
4th Menteri Luar Indonesia | |
Dalam jawatan 20 Disember 1949 – 6 September 1950 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Agus Salim |
Digantikan oleh | Mohammad Roem |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bukittinggi, West Sumatera, Dutch East Indies | 12 Ogos 1902
Mati | 14 Mac 1980 Jakarta, Indonesia | (umur 77)
Kewarganegaraan | Indonesia |
Parti politik | Bebas |
Pasangan | Rahmi Rachim |
Anak | Meutia Hatta Gemala Hatta Halida Hatta |
Tandatangan | |
Dr. H. Mohammad Hatta (12 Ogos 1902 - 14 Mac 1980), lebih dikenali sebagai Bung Hatta, ialah Naib Presiden Indonesia yang pertama yang dikenang sebagai Bapa Koperasi Indonesia. Nama lahirnya Muhammad Athar. Hatta meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden pada tahun 1956 kerana berselisih dengan Presiden Sukarno.
Pada 27 November 1956, Hatta dianugerahkan dengan Doktor Kehormat Undang-undang daripada Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta. Pidato pengukuhannya berjudul “Lampau dan Datang”.
Anak perempuannya yang bernama Meutia Hatta menjawat sebagai Menteri Negara Pemberdayaan Perempuan dalam Kabinet Indonesia Bersatu, pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Latar belakang dan pendidikan
Dilahirkan kepada sebuah keluarga ulama di Sumatera Barat kedua orang tua beliau berasal dari Pidie dan telah lama menetap di sumatera barat, Hatta menempuh pendidikan dasarnya di Sekolah Melayu, Bukittinggi dan kemudian pada tahun-tahun 1913-1916, melanjutkan pendidikannya di Sekolah Europeesche Lagere (ELS) di Kota Padang. Pada saat berusia 13 tahun, beliau telah lulus ujian masuk ke HBS (setaraf dengan SMA) di Batavia (kini Jakarta), namun ibunya menginginkan Hatta agar tetap di Padang dahulu, mengingat usianya yang masih muda. Akhirnya, Hatta melanjutkan pendidikannya di MULO (Padang), baru kemudian pada tahun 1919, beliau ke Batavia untuk belajar di HBS. Hatta menyelesaikan pendidikannya dengan keputusan yang cemerlang dan pada tahun 1921, beliau ke Rotterdam, Belanda untuk mengejar ilmu perdagangan di Nederland Handelshogeschool (Pusat Pengajian Perdagangan Rotterdam, kini Erasmus Universiteit). Di Belanda, beliau kemudian tinggal selama 11 tahun.[1]
Perjuangan
Di Kota Padang
Semasa masih belajar di sekolah menengah di Kota Padang, Hatta telah aktif dalam berbagai-bagai pertubuhan. Ketika hanya berumur 15 tahun, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang aktivis politik apabila dilantik sebagai bendahari untuk cawangan Jong Sumatranen Bond (JSB) di Padang. Kesedaran politiknya semakin berkembang kerana sentiasa menghadiri ceramah-ceramah pertemuan-pertemuan politik. Hatta juga mula menimbun pengetahuannya terhadap perkembangan masyarakat dan politik Indonesia melalui membaca berbagai-bagai akhbar, baik akhbar Padang mahupun akhbar Batavia. Oleh sebab itu, beliau mengenali pemikiran Tjokroaminoto daripada akhbar Utusan Hindia, dan Agus Salim daripada akhbar Neratja.
Salah satu tokoh politik yang menjadi tokoh pujaannya ketika itu ialah Abdul Moeis. "Aku kagum melihat cara Abdul Moeis berpidato, aku asyik mendengar suaranya yang merdu setengah parau, terpesona oleh ayun katanya. Sampai saat itu aku belum pernah mendengar pidato yang begitu hebat menarik perhatian dan membakar semangat,” kata Hatta dalam kisah kenangannya. Abdul Moeis ialah pengarang roman kesateriaan Salah Asuhan, aktivis parti Sarekat Islam, anggota Volksraad, serta aktivis dalam majalah Hindia Sarekat, dan akhbar Kaoem Moeda, Neratja, Hindia Baroe, Utusan Melayu, serta juga Peroebahan.
Di Batavia
Pada usia 17 tahun, Hatta lulus dari sekolah menengah (MULO) dan kemudian bertolak ke Batavia untuk melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Dagang Prins Hendrik. Di Batavia, beliau aktif dalam pertubuhan induk Jong Sumatranen Bond (JSB), dan sekali lagi dilantik sebagai Bendahari. Hatta semakin tajam pemikirannya kerana selain daripada diasah dengan berbagai-bagai bacaan serta pengalamannya sebagai Bendahari JSB Pusat, beliau juga mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh pergerakan asal Minangkabau yang bermukim di Batavia, serta dengan Bahder Djohan, teman sesama anggota JSB. Pada setiap hari Sabtu, beliau dan Bahder Djohan akan mengelilingi kota dan semasa itu, mereka bertukar-tukar fikiran tentang berbagai-bagai hal mengenai tanah air. Topik yang kerap dibincangkan mereka adalah tentang memajukan bahasa Melayu. Menurut Bahder Djohan, sebuah majalah perlu dimulakan supaya dapat mencapai maklamat ini. Judul majalah itu telah awal-awal difikirkan oleh Bahder Djohan dan dinamainya Malaya. Seterusnya, mereka membahagikan kerja, dengan Bahder Djohan menumpukan perhatiannya kepada tugas penyuntingan majalah, manakala Hatta mengutamakan tugas pengurusan dan pembiayaan penerbitan. Namun, "Kerana berbagai-bagai hal, cita-cita kami itu tak dapat diteruskan," kata Hatta lagi dalam kisah kenangannya.
Di Belanda
Hatta mula menetap di Belanda pada September 1921 dan dengan segera menyertai Indische Vereeniging (Perhimpunan Hindia). Pada saat itu, telah tersedia iklim aktivisme di pertubuhan itu. Sebelumnya, Indische Vereeniging yang diasaskan pada tahun 1908 tidak melebihi sebuah wadah untuk pertemuan para pelajar asal Indonesia. Suasana pergerakan mulai mewarnai Indische Vereeniging sejak ketibaan tiga orang tokoh Indische Partij (Suwardi Suryaningrat, Douwes Dekker, dan Tjipto Mangunkusumo) di Belanda pada 1913, akibat kritikan mereka dalam akhbar De Expres. Suasana itu tercipta apabila Suwardi Suryaningrat (Ki Hadjar Dewantara) menerbitkan majalah Hindia Poetra melalui Indische Vereeniging pada tahun 1916. Hindia Poetra yang bersemboyan "Ma’moerlah Tanah Hindia! Kekallah Anak-Rakjatnya!" memberikan maklumat kepada para pelajar asal tanah air tentang keadaan-keadaan di Nusantara, tidak ketinggalannya juga menyisipkan kritikan-kritikan terhadap sikap penjajah Belanda di sana.
Dalam Indische Vereeniging, kegiatan Hatta tidak lagi tersekat oleh ikatan kedaerahan kerana pertubuhan ini benar-benar bersifat aktivisme. Tambahan pula, nama "Indische" — meskipun masih menimbulkan masalah — mencerminkan perpaduan wilayah, iaitu gugusan kepulauan di Nusantara yang secara politik diikat oleh sistem kolonialisme Belanda.
Pada 19 Februari 1922, Hatta dilantik sebagai Bendahari pertubuhan Indische Vereeniging ketika Hermen Kartawisastra menggantikan Dr. Soetomo sebagai pengurus pertubuhan ini. Pertukaran pimpinan tersebut mempunyai erti yang penting bagi masa hadapan pertubuhan ini kerana pada saat inilah, para ahlinya memutuskan untuk menggantikan nama Indische Vereeniging menjadi Indonesische Vereeniging dan selanjutnya menggantikan nama Nederland Indie menjadi "Indonesia". Sebuah pemilihan nama bangsa diadakan. Dalam forum itu, salah seorang anggota Indonesische Vereeniging mengatakan bahawa "dari sekarang kita mula membangun Indonesia dan meniadakan Hindia atau Nederland Indie".
Semasa menjawat Bendahari JSB Pusat di Batavia, Hatta telah menjalin hubungan dan kerjasama dengan akhar Neratja. Hubungan itu terus berlanjut melalui surat-menyurat meskipun beliau di Rotterdam, Belanda. Pada pertengahan tahun 1922, terjadi satu peristiwa yang menggemparkan Eropah. Turki yang dipandang sebagai sebuah kerajaan yang sedang jatuh ( "Pesakit Eropah" ) mengundurkan tentera Yunani yang dibantu oleh United Kingdom. Rentetan peristiwa itu, Hatta memantau lalu menulis sebuah siri rencana untuk akhbar Neratja di Batavia. Siri rencananya itu menarik perhatian khalayak pembaca, bahkan banyak akhbar di tanah airnya yang mengutip tulisan-tulisannya.
Pada tahun 1927, Hatta menyertai "Liga Menentang Imperialisme dan Kolonialisme di Belanda" dan di sinilah, beliau bersahabat dengan Jawaharlal Nehru, nasionalis India. Kegiatannya dalam pertubuhan ini menyebabkan Hatta ditangkap oleh pemerintah Belanda. Hatta akhirnya dibebaskan selepas menyampaikan pidato pembelaannya yang terkenal: Indonesia Bebas.
Kepulangan ke Indonesia
Pada tahun 1932, Hatta kembali ke Indonesia dan menyertai Kelab Pendidikan Nasional Indonesia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran politik rakyat Indonesia melalui proses persediaan asas. Belanda kembali menangkap Hatta, bersama Sutan Sjahrir, ketua Kelab Pendidikan Nasional Indonesia pada bulan Februari 1934. Hatta dibuang ke Digul dan kemudian ke Banda selama enam tahun.
Pada tahun 1945, Hatta dilantik dengan sebulat suara sebagai Naib Presiden Indonesia yang pertama, bersama Sukarno yang menjadi Presiden.
Bibliografi
- Arniati Prasedyawati Herkusumo (1982). Chuo Sangi-in: Dewan Pertimbang Pusat Pada Masa Pendudukan Jepang [Chuo Sangi-in: The Central Advisory Council during the Japanese Occupation] (dalam bahasa Indonesian). Jakarta, Indonesia: PT. Rosda Jayaputra.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Kahin, George McTurnan (1961) [1952]. Nationalism and Revolution in Indonesia. Ithaca, New York: Cornell University Press.
- Kahin, George Mc. T (1980). "In Memoriam: Mohammad Hatta (1902–1980)". Indonesia. 30: 113–120.
- Mrazek, Rudolf (1994). Sjahrir: politics in exile in Indonesia. (SEAP Cornel South East Asia program. ISBN 0-87727-713-3.
- Mohammad Hatta (1957). The Co-operative Movement in Indonesia. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press.
- Mohammad Hatta (November 1961). "Colonialism and the Danger of War". Asian Survey. 1 (9): 10–14. doi:10.2307/3023504. JSTOR 3023504.
- Mohammad Hatta (March 1965). "One Indonesian View of the Malaysia Issue". Asian Survey. 5 (3): 139–143. doi:10.2307/2642403. JSTOR 2642403.
- Stutje, Klaas (2015). "To Maintain an Independent Course: Inter-war Indonesian Nationalism and International Communism on a Dutch-European Stage". Dutch Crossing: Journal of Low Countries Studies (dalam bahasa Belanda). 39 (3): 204–220. doi:10.1080/03096564.2015.1101298. S2CID 146939108.
- Ricklefs, M.C. (2008) [1981]. A History of Modern Indonesia Since c.1300 (ed. 4th). London: MacMillan. ISBN 978-0-230-54685-1.
- Sudarmanto, Y.B. (1996). Jejak-Jejak Pahlawan dari Sultan Agung hingga Syekh Yusuf (The Footsteps of Heroes from Sultan Agung to Syekh Yusuf) (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Grasindo. ISBN 979-553-111-5.
- Weismann, Itzchak (2009). The Naqshbandiyya: Orthodoxy and Activism in a Worldwide Sufi Tradition. Abingdon-on-Thames: Routledge. ISBN 978-0-415-48992-8.
Pautan luar
- (Indonesia) Laman web TokohIndonesia : Bung Hatta
- (Indonesia) Menteri Luar Negeri Drs. Muhamad Hatta Diarkibkan 2007-01-20 di Wayback Machine
Didahului oleh: tidak ada |
Naib Presiden Republik Indonesia 1945-1956 |
Digantikan oleh: Sri Sultan Hamengkubuwono IX |
Didahului oleh: Amir Sjarifoeddin |
Perdana Menteri Indonesia 1948–1950 |
Digantikan oleh: Abdul Halim |
Didahului oleh: Agus Salim |
Menteri Luar Negeri Indonesia 1949 - 1950 |
Digantikan oleh: Mohammad Roem |
- ^ Hatta, Mohammad (2002). Mohammad Hatta: memoir : terbitan khusus satu abad Bung Hatta (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Hatta. ISBN 978-979-97081-0-6.