Emilio Aguinaldo | |
---|---|
Dalam jawatan 23 Januari 1899 – 1 April 1901 | |
Naib Presiden | tiada |
Didahului oleh | tiada |
Digantikan oleh | Manuel L. Quezon |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 22 Mac 1869 Cavite El Viejo (Kawit), Cavite |
Mati | 6 Februari 1964 Bandaraya Quezon, Metro Manila |
Parti politik | tiada |
Pasangan | (1) Hilaria del Rosario (meninggal dunia) (2) Maria Agoncillo |
Tandatangan | |
Emilio Aguinaldo y Famy (22 Mac 1869 – 6 Februari 1964) ialah seorang jeneral, ahli politik, dan pejuang kemerdekaan. Beliau memainkan peranan yang utama dalam Revolusi Filipina terhadap penjajah Sepanyol, serta dalam Perang Filipina-Amerika Syarikat menentang pendudukan Amerika Syarikat.
Di negara Filipina, Aguinaldo dianggap sebagai Presiden Filipina yang pertama serta yang termuda, walaupun kerajaannya gagal untuk mendapat sebarang pengiktirafan daripada negara-negara asing.
Kehidupan awal dan kerjaya
Dilahirkan di Cavite El Viejo (kini Kawit), provinsi Cavite, kepada Carlos Aguinaldo dan Trinidad Famy, Aguinaldo merupakan anak ketujuh dalam sebuah keluarga Mestizo-Cina yang terdiri daripada lapan adik-beradik. Ayahnya adalah gobernadorcillo (ketua bandar) dan sebagai kaum minoriti, mereka menikmati kehidupan yang agak kaya dan berkuasa.
Aguinaldo menerima pendidikan asasnya daripada nenek saudara dan kemudian menyertai sekolah rendah di tempal asalnya. Pada tahun 1880, beliau belajar di Colegio de San Juan de Letran, sebuah sekolah menengah, tetapi terpaksa menamatkan pendidikannya pada tahun ketiga ketika ayahnya meninggal dunia untuk membantu ibunya mengurus ladang.
Ketika berumur 17 tahun, Emilio dipilih sebagai cabeza de barangay untuk Binakayan, bario yang paling maju di Cavite El Viejo. Beliau memegang jawatan itu selama lapan tahun, sementara melibatkan diri dalam perkapalan antara pulau, dan membuat perjalanan sejauh selatan sehingga Kepulauan Sulu.
Pada tahun 1893, Undang-undang Maura diluluskan untuk menyusun semula kerajaan-kerajaan bandar dengan tujuan untuk menyebabkan kerajaan-kerajaan itu lebih berkesan dan bebas. Gelaran ketua bandar ditukar daripada gobernadorcillo kepada Kapitan Perbandaran pada tahun 1895. Pada 1 Januari 1895, Aguinaldo dipilih sebagai ketua bandar dan menjadi orang pertama untuk memegang jawatan Kapitan Perbandaran di Cavite El Viejo.
Aguinaldo berkahwin dengan Hilaria Del Rosario (1877-1921) pada tahun 1896 dan mereka dikurniakan dengan lima orang anak: Miguel, Carmen, Emilio Jr., Maria and Cristina. Selepas kematian isterinya, beliau berkahwin dengan Maria Agoncillo.
Galeri
Rujukan
- Aguinaldo, Emilio (1964). Mga Gunita ng Himagsikan.
- Zaide, Gregorio F. (1984). Philippine History and Government. Percetakan National Bookstore.
Pautan luar
- Projek Jawatan Presiden Filipina
- Tokoh-tokoh Filipina dalam Sejarah - Emilio Aguinaldo
- Karya-karya oleh Emilio Aguinaldo di Projek Gutenberg
- Kolej Emilio Aguinaldo
Didahului oleh (tidak rasmi) Andrés Bonifacio |
Presiden Filipina January 1899 – April 1901 |
Diikuti oleh: (kosong) kemudian Manuel L. Quezon |