Timur Jauh (Bahasa Inggeris: Far East) merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk pada negara-negara yang terletak di Asia Timur.[1] Istilah ini juga sering kali dikembangkan bagi merangkumi negera-negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan, di atas alasan budaya, sebagai contoh disebabkan kerana agama Buddha merupakan agama biasa di Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan.[2]
Istilah "Timur Jauh" mula digunakan di dalam syarahan geo-politik di Eropah pada kurun ke-19, menyatakan bahawa Asia Timur sebagai "paling jauh" daripada negara "timur", melepasi Hampir Timur dan Timur Tengah. Di atas alasan yang sama, orang China dahulukala memanggil negara-negara Barat sebagai "Tàixī (泰西code: zh is deprecated )" - iaitu apa saja selepas arah barat India.