Kerangka | |
---|---|
Kependekan | YNY |
Cogan kata | Menjana modal insan cemerlang |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan Bukan Kerajaan |
Status undang-undang | Yayasan |
Tujuan | Kemanusiaan, Pendidikan |
Bahasa rasmi | Bahasa Malaysia |
Tapak web | Yayasan Nurul Yaqeen |
Sejarah | |
Dibentuk | 12 Mac 1991 |
Pengurusan | |
Pengasas dan Pengerusi | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan Pengerusi | Noorainee Abdul Rahman |
Organisasi utama | Lembaga Pemegang Amanah |
Lokasi | |
(Optional) | |
Ibu pejabat | 2 Jalan 3/27F Desa Setapak Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Yayasan Nurul Yaqeen diperbadankan pada 12 Mac 1991[1] dan diasaskan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu merupakan Menteri Besar Johor ke-13 dan Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang. Penubuhan yayasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian ekonomi, pendidikan, kepimpinan, kerohanian, keperibadian, dan kebudayaan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu.[2]
Sumbangan
Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital
Projek ini bermula selepas Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada ketika itu merupakan isteri kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan perlunya ada satu platform yang lebih baik bagi para kanak-kanak yang mendapat rawatan di hospital untuk meneruskan pembelajaran mereka. Beliau kemudiannya mengilhamkan satu projek dan menjadi penaung kepada projek tersebut yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Ia adalah satu kerjasama antara Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.[3]
Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah memuktamadkan nama rasmi program ini sebagai Sekolah Dalam Hospital. Ianya di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Khas sejajar dengan fungsi dan peranannya dalam kementerian tersebut.[4]
Anugerah Tesis Terbaik
Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen anjuran bersama ISDEV, Universiti Sains Malaysia adalah satu pengiktirafan buat siswazah yang telah menghasilkan tesis terbaik di peringkat kebangsaan. Selain daripada itu, Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana juga turut diperkenalkan pada tahun 2009 lalu.[5]
Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad
Yayasan ini juga telah menubuhkan sebuah kursi kepimpinan Islam di atas nama Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad, ayahanda kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kursi ini telah dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00 bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Penubuhan Kursi Tuan Haji Mohd Yassin bin Muhammad
- ^ "Tujuan penubuhan YNY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-20. Dicapai pada 2020-05-09.
- ^ Video korporat pengenalan Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital
- ^ Sekolah Dalam Hospital
- ^ Senarai penerima Anugerah Tesis Terbaik YNY dan TSMY
- ^ Penubuhan Kursi Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad