Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berusia 13 hingga 17 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan kemahiran, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat remaja.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri manusia remaja
- Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa.
Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial. - Suka berangan-angan.
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. - Senang terpengaruh oleh emosi.
Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Hal ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
Remaja selalunya senang untuk terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Sifat ingin tahu mereka juga membuatkan mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan. Remaja selalunya berumur 13–17. 18 tahun dan ke atas dipanggil sebagai dewasa.
Faktor Baka kepada Perkembangan Remaja
- Fizikal Tubuh Badan
- Penyakit
- Kecerdasan
- Temperamen (pembawaan)
- Faktor Baka
- Persekitaran
- Pengalaman Awal
- Masyarakat [1]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Yahaya, Azizi (2021). Memahami Tingkah Laku Remaja. Kota Kinabalu: UNEVERSITI MALAYSIA SABAH. m/s. 4–14. ISBN 9789672962526.