Raysha Rizrose | |
---|---|
Kelahiran | Farza Naquraisha binti Mohd Fariz 22 Jun 1996 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pusat pendidikan | Sekolah Kebangsaan Taman Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 170 cm (5 ka 7 in) |
Pasangan | Nabil Jeffri (k. 2023) |
Ibu | Rosmizai Mohd Noor |
Bapa | Muhammad Fariz Arshad |
Saudara | Nelissa Senrose (Kakak kandung seibu) Uqasha Senrose (kakak kandung seibu) Nelydia Senrose (kakak kandung seibu) Danitra Rizrose (adik) Qirana Rizrose (adik) Arjuna Rizrose (adik) Ramada Manrose (sepupu belah ibu) Oktovia Manrose (sepupu belah ibu) Aprena Manrose (sepupu belah ibu) |
Keluarga | Rosnah Mohd Noor (ibu saudara) |
Raysha Rizrose (lahir Farza Naquraisha binti Mohd Fariz; 22 Jun 1996) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih kemasyhuran setelah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015.[1] Raysha ialah adik kandung seibu pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.[2][3] Beliau terkenal dengan menjayakan peranan utama dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (2017), Zahir Tak Terucap (2018), Dia Menantu Rahsia (2019) dan Ryan Aralyn (2020).[4][5]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Farza Naquraisha binti Mohd Fariz pada Sabtu, 22 Jun 1996 Masihi bersamaan 5 Safar 1417 Hijrah di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Bapa beliau, Mohd Fariz Iskandar berdarah campuran Melayu dan Cina-Indonesia dan ibunya, Rosmizai Mohd Noor berketurunan Siam. Rosmizai ialah adik kepada pelakon veteran Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Sewaktu zaman persekolahannya di SMK Pandan Indah, beliau pernah bergiat aktif dalam pertandingan pidato dan debat. Kakak beliau—Uqasha dan Nelydia Senrose juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[6][7][8]
Kerjaya
Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, yang merupakan kemunculan sulung beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun.
Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.[9][10][11] Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu. Selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan sama.[12][13]
Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[14] Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.[15]
Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang diadakan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja.[16] Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3.[17] Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.[18]
Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018.[19]
Beliau berlakon bersama Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan dalam drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia sebagai Melissa, yang bersiaran di TV3 dari 29 Januari hingga 7 Mac 2019.
Raysha bakal tampil dengan sebuah lagu baru untuk runut bunyi filem Seandainya Kau Ada di mana beliau merupakan salah seorang pelakon utamanya bersama Fendy Bakry dan Ruhainies Farehah. Beliau muncul dalam drama Ryan Aralyn lakonan bersama Zul Ariffin yang bersiaran di TV3 dari 25 September 2020 sehingga 3 November 2020.[20]
Pada tahun 2021, beliau memegang watak sebagai Jasmine dalam drama Terlerai Noktah, seterusnya membintangi filem Hantu Ke Lima sebagai Auni Qaisara Putri. Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Elizabeth Tan, Ikmal Amry dan Alicia Amin dalam drama seram Ex Aku Pontianak yang mana beliau melakonkan watak sebagai Suraya, seorang penjejak pontianak yang memiliki kuasa istimewa boleh menghapuskan makhluk halus itu.[21][22]
Raysha kemudian muncul dalam drama Bisik Bisik Gelora yang menggandingkan beliau bersama Redza Rosli. Menerusi drama ini, beliau melakonkan watak sebagai Banin Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.[23]
Kehidupan peribadi
Dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada Mei 2015, Raysha mendedahkan alasan beliau untuk tidak menyambung pelajaran demi menyertai Dewi Remaja: "Saya sepatutnya sambung belajar bulan depan tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,".[24] Raysha turut mendedahkan amat mengagumi Lisa Surihani dan menyifatkannya sebagai seorang yang "minimalis".[25]
Sejak 2013, beliau menjalin hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri.[26] Pada 22 Februari 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan Nabil dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan itu berlangsung pada jam 8.52 malam di Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, pada majlis tertutup di sebuah hotel.[27]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Tolong Awek Aku Pontianak | Zaidah | Filem pertama |
2016 | Dukun Doktor Dani | Fikha | |
2021 | Seandainya Kau Ada | Nur Syahirah | |
Hantu Ke Lima | Auni Qaisara Putri | ||
2024 | Roxana | Roxana |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Pak Su Man | Mimi | TV AlHijrah | Penampilan drama TV pertama |
2017 | Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | Yuhanis | TV3 | |
Apa Dah Jadi | Alana | TV2 | ||
Misi Laksa dan Laksam | Mek Su | TV3 | ||
2018 | Zahir Tak Terucap | Aishah | ||
Cintaku di Bumi Izmir | Sharifah Suzan Sevgi | Hypp Sensasi | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Melissa | TV3 | |
2019–2020 | Cindai | Yasmin | ||
2020 | Ryan Aralyn | Aralyn | ||
2021 | Terlerai Noktah | Jasmine | ||
2022 | Ex Aku Pontianak | Suraya | Astro Ria | |
Bisik Bisik Gelora | Banin Arumi | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Isteriku Miss Sally | Sherry | TV1 | Telefilem pertama |
Batas | Nik La | TV2 | ||
2017 | Apa Dah Jadi | Alana | TV1 | |
2018 | Jodoh Tak Salah Alamat | Diana / Rabiatul Adawiyah | TV3 | |
Simpang Sejenak | Suri | |||
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya | Yuhanis | |||
Mr. Smiley | Moon | TV2 | ||
Pendosa Ingin Ke Syurga | Juanita | TV3 | ||
2023 | Bisik-Bisik Gelora Raya | Banin Arumi |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014–2015 | Dewi Remaja | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Ria | |
2018 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri | TV1 | Tetamu jemputan |
Diskografi
Tahun | Tajuk |
---|---|
2014 | "Sampai Mati" |
2019 | "Cinta Luar Biasa" |
2021 | "Cinta Sejati" |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Dewi Remaja 2014/15 | — | Dirinya sendiri | Juara |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pasangan Serasi Drama (bersama Idris Khan) | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Biodata Raysha Rizrose". Ishak Hashimi. 1 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-15. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ Qarami Hashim (9 November 2017). "Raysha bongkar rahsia: "Uqasha gadis jujur, Nelydia kuat menangis"". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 27 November 2017.
- ^ Rafiq Mazlan (1 Ogos 2017). "Raysha Rizrose selesa tanpa gosip". Sinar Harian. Dicapai pada 27 November 2017.
- ^ Najiy Jefri (24 Jun 2020). "Elak kisah sensasi". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
- ^ Haryati Karim (12 Februari 2022). "Nilai bintang Raysha Rizrose". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
- ^ Norhaizan Ahmad (11 Julai 2017). ""Kami Bukan Adik-beradik Tiri Sebab Kami Seibu Lain Bapa" — Ini Penjelasan Raysha Tentang Statusnya: Adik Tiri atau Kandung?". InTrend. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ Najiy Jefri (5 Februari 2018). "Raysha bersinar". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (4 Oktober 2015). "Kanvas seni Raysha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-26. Dicapai pada 13 Disember 2015.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2016). "Inspirasi dewi Raysha". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
Seorang lagi keluarga Senrose ke bidang glamor
- ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2015). "Adik Nelydia dan Uqasha menang Dewi Remaja". Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (24 Mei 2015). Detik penentuan Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
- ^ Feride Hikmet Atak (25 Mei 2015). "Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015". mSTAR Online. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ "Masuk 'Dewi Remaja', Raysha Rizrose akui bukan untuk jadi pelakon". The Malay Mail. 4 Ogos 2016. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Ogos 2017). "Tiada cinta Azrel-Raysha". Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (21 November 2016). "Raysha Rizrose bebas daripada Astro". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2017.
- ^ "Pertama kali ke layar perak". Kosmo!. 31 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-18. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
- ^ Zulhilmi Jalil (4 Februari 2018). "Raysha teroka bidang nyanyian". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ Budiey (5 Jun 2017). "Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2018.
- ^ Najiy Jefri (4 September 2018). "Raysha beri laluan kepada kakak". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ Najiy Jefri (24 Jun 2020). Elak kisah sensasi Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2020.
- ^ Norhayati Nordin (27 Januari 2022). "Raysha tak suka kongsi". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ Norhayati Nordin (2 Februari 2022). "Raysha Rizrose nak kahwin bila dah bersedia..." Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ Najiy Jefri (18 Jun 2022). "Raysha boleh menyanyi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Julai 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Mei 2015). "Alasan Raysha Rizrose tak sambung belajar". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2015). "Raysha Rizrose kagumi Lisa Surihani". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2018.
- ^ Wahi Aziz (1 Jun 2015). "Raysha perlu lebih berhati-hati". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ Farizan Zainal (22 Februari 2023). "Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri Dengan Sekali Lafaz". Rotikaya. Dicapai pada 27 Februari 2023.
Pautan luar
- Raysha Rizrose di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Raysha Rizrose di Facebook
- Raysha Rizrose di Twitter
- Raysha Rizrose di Instagram
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Neelofa |
Dewi Remaja 2014/2015 |
Diikuti oleh: Haneesya Hanee (ditarik balik) |
- Kelahiran 1996
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Orang dari Selangor
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Siam
- Orang Malaysia berketurunan Indonesia
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Peserta Dewi Remaja