Tambunan | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | تمبونن |
• Cina | 担布南 |
Etimologi: Puak Gombunan dan puak Tamadon | |
Cogan kata: Sentiasa Mengamalkan Perkhidmatan Bertimbang Rasa dan Bertanggungjawab | |
Koordinat: 5°40′26.47″N 116°21′53.58″E / 5.6740194°N 116.3648833°EKoordinat: 5°40′26.47″N 116°21′53.58″E / 5.6740194°N 116.3648833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman |
Daerah | Tambunan |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Tambunan |
• Pegawai Daerah | Blasius Sobitun Makajil |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GBS-STAR) (Tambunan) Gabungan Bersatu Sabah |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,347 km2 (520 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 35,667 |
Populasi daerah Tambunan (2010) | |
Zon waktu | MST |
Kod kawasan | 087 |
Tamu Mingguan | Khamis |
Nombor plat | SA (1980-2018) SY (2018-2023) SJ (2023-) SU |
Laman sesawang | www www |
Tambunan merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Tambunan, Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Pekan Tambunan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Tambunan. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 1,347 orang penduduk di Pekan Tambunan pada tahun 2010. Kebanyakan daripada penduduk ini adalah daripada Kaum Dusun.
Demografi
Etnik
Jumlah penduduk sekitar Tambunan
Menurut sumber banci pada tahun 2010, jumlah populasi penduduk di kawasan Tambunan mempunyai penduduk seramai 2,553 dan majoriti daripada etnik Kadazan-Dusun. Maklumat banci ini akan dikemaskini pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mendapatkan data bilangan statistik penduduk terkini.[1]
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Tambunan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010 | 121 | 1,516 | 114 | 71 | 235 | 96 | - | 9 | 391 | 2,553 |
2020 (Akan Datang) |
Jantina
Berikut merupakan jumlah penduduk daerah Tambunan pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[2] | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
2010 | 17,859 | 17,808 | 35,667 |
Geografi
Dari segi geografi ,Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi terletak di bahagian Pendalaman Sabah. Jarak 80km dari kota kinabalu (Ibu Negeri), jarak di sebelah barat 48km, jarak dari Ranau di sebelah utara,dan jarak 48km dari keningau di selatan.
Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung. Gunung Kinabalu (4018M) yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara. Dari segi Budaya, berbagai-bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama, adat resam dan asal usul puak-puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang. Kisah asal-usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan/Dusun di Tambunan.
Iklim
Data iklim untuk Tambunan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 30 (86) |
31 (87) |
32 (89) |
32 (90) |
32 (90) |
32 (89) |
32 (89) |
32 (89) |
32 (89) |
31 (88) |
31 (87) |
30 (86) |
31 (88) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 19 (67) |
18 (65) |
19 (66) |
19 (67) |
20 (68) |
19 (67) |
19 (66) |
19 (66) |
19 (67) |
19 (67) |
19 (67) |
20 (68) |
19 (67) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 150 (5.8) |
94 (3.7) |
150 (5.8) |
190 (7.5) |
210 (8.2) |
190 (7.3) |
130 (5.1) |
120 (4.9) |
160 (6.4) |
180 (7) |
170 (6.8) |
150 (6) |
1,890 (74.4) |
Sumber: Weatherbase [3] |
Budaya
Tamu
Tamu mingguan pekan Tambunan diadakan pada malam hari rabu dan siang hari khamis.[4] [5] Pusat jualan tamu pekan Tambunan daripada hasil-hasil masyarakat kampung.[4]
Rujukan
- ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2018. Dicapai pada 14 Februari 2020.
- ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012.
- ^ "Weatherbase: Historical Weather for Tambunan, Malaysia". Weatherbase. 2011. Retrieved on 24 November 2011.
- ^ a b "Tamu Pekan Tambunan". ww2.sabah.gov.my/pd.tbn. Dicapai pada 26 Februari 2020.
- ^ "Things to do Tamu (Weekly Market) in Sabah". sabahtourism.com. 15 Mei 2018. Dicapai pada 26 Februari 2020.
Pautan luar
- Peta kedudukan Tambunan
- Kategori berkenaan Tambunan di Wikimedia Commons