Emylia Rosnaida | |
---|---|
Kelahiran | Emylia Rosnaida binti Abdul Hamid 21 September 1976 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, penerbit |
Tahun aktif | 1994–2003 |
Pasangan | Dato’ AC Mizal (k. 2002) |
Anak-anak | 4 (termasuk 2 anak tiri) |
Saudara | Emelda Rosmila (adik) |
Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid (lahir 21 September 1976) ialah seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada pelakon, Emelda Rosmila dan isteri kepada Dato' AC Mizal.[1]
Kehidupan awal
Emylia Rosnaida dilahirkan di Batu Gajah, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada ibu bapanya, Rokiah Ibrahim dan Abdul Hamid Md. Ally serta berdarah kacukan Melayu-Pakistan.[2] Adiknya ialah Emelda Rosmila, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya
Emylia memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[3][4] Selepas menamatkan kerjayanya di MAS, beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai artis dengan mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 1994/1995 (yang turut disertai oleh Rozita Che Wan), namun beliau menarik diri di pusingan akhir. Selain itu, Emylia juga pernah menyertai Miss Malaysia Tourism 1994 dan berjaya memenangi tempat pertama yang melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa Miss Tourism International 1994. Pada akhir pertandingan tersebut beliau telah mendapat tempat kedua kepada perwakilan dari Australia, Michelle Leigh Holmes.
Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem Cinta Metropolitan (1996) yang dibintangi oleh kumpulan KRU. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Azlin.[5]
Selain itu, beliau dan suaminya, AC Mizal menubuhkan Emac Vision mengkhususkan kepada penerbitan filem dan televisyen dengan kerjasama Datuk Jamaluddin Ahmad yang berkhidmat sebagai pengerusi.[6]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan bekas ahli kumpulan 4U2C, AC Mizal pada 10 Oktober 2002.[7][8] Beliau dikurniakan dua anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa. Selepas perkahwinannya dengan AC, beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya seninya dan sejak itu tidak aktif lagi dalam industri hiburan, sebaliknya memilih untuk bergiat aktif di belakang tabir.[9][10]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1996 | Cinta Metropolitan | Azlin | Filem pertama |
2002 | Anak Mami The Movie | Amelia | Filem terakhir |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Sama | TV3 |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Kisah Benar (musim 17) | Min | TV3 | Episod: "Tawaran Hadiah" |
2003 | Kutub Utara Kutub Selatan | Mastura | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Pop Yeah Yeah | TV3 | Sebagai penerbit |
Rujukan
- ^ Suzi (4 Ogos 2020). "Bergelar ibu 2 anak, Datin Emylia Rosnaida makin cantik dan bahagia di sisi Dato' AC!". NONA. Dicapai pada 5 Disember 2020.
- ^ "Emylia semakin berani". Utusan Malaysia. 26 Disember 1999. Dicapai pada 5 Disember 2009.
- ^ Zurina Waji (1 September 1996). "Liku-liku Emylia". Metro Ahad. Dicapai pada 5 Disember 2020.
- ^ Freda Hasan (4 Disember 2006). "Emylia rela berlapar". CyBerita. Dicapai pada 5 Disember 2013.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (11 Oktober 1996). "Emylia bosan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (13 Jun 2006). "AC, Emylia yakin potensi Emac Vision". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020 – melalui KLiK.
- ^ "AC, Emylia selamat diijab kabul". Berita Harian. 11 Oktober 2002. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- ^ Hafizan Taib (11 Oktober 2002). "AC Mizal, Emylia nikah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (11 Jun 2015). "Emylia dedah cabaran jadi isteri AC Mizal". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2020.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (14 Jun 2015). "Emylia kekuatan AC Mizal". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2020.