Fouziah Gous | |
---|---|
فواوزيه ڬواس | |
Kelahiran | Nor Fouziah binti Mohd Gous 11 Disember 1982 |
Pendidikan | Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic |
Pekerjaan | Pelakon, Pengacara, Usahawan |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Mohd. Zhafran Md Yusof (k. 2013) |
Anak-anak | 2 |
Hajah Nor Fouziah Mohd Gous (lahir 11 Disember 1982) merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan wanita Malaysia.
Keluarga
Fouziah Gous merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Beliau berdarah kacukan Pakistan di sebelah bapanya dan Cina di sebelah ibunya.
Pendidikan
Fouziah Gous mendapat pendidikan dalam Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic dan beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Kerjaya
Fouziah Gous bermula sebagai model sebelum menerjuni dunia lakonan. Dia merupakan seorang pelakon yang aktif dalam bidang lakonan terutama drama dan filem.
Usahawan
Pada tahun 2012, Fouziah Gous menubuhkan FG Walet di bawah syarikat Zhafou Global Sdn Bhd, yang menghasilkan produk Sarang Burung Premium berasaskan 100% bahan semula jadi tanpa pengawet atau bahan kimia. Menggunakan teknologi pembotolan vakum, FG Walet mengekalkan kesegaran produk dan memanjangkan jangka hayat, serta diiktiraf dengan pensijilan HALAL, MESTI, HACCP dan GMP.
Sebagai pengasas dan duta jenama, beliau telah mengangkat FG Walet sebagai jenama Sarang Burung Halal pertama yang memenangi anugerah, dipasarkan secara meluas melalui pasar raya besar, stesen minyak, farmasi, kedai serbaneka dan saluran beli-belah televisyen.
Stay Young Feel Young™ ialah tanda dagangan rasmi FG Walet yang melambangkan komitmen jenama terhadap kesihatan dan kecantikan semula jadi.
Kini dengan lebih 19 variasi produk, FG Walet tersedia di lebih 13,000 lokasi di dalam dan luar negara termasuk Singapura, Brunei dan Vietnam, serta dijual melalui rangkaian seperti Petronas, Shell, Aeon, 7-Eleven, Circle K, dan FamilyMart.
Anugerah dalam Perniagaan
Anugerah Inovasi Produk MIHAS 2023 (Produk & Perkhidmatan)
Minuman Sarang Burung Halal Terbaik oleh Astro
Anugerah Superbrands – Malaysia's Choice 2020
Asia Halal Brand Awards 2019 – Sarang Burung Berkhasiat Terbaik
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Bujang Senang | Pekerja di syarikat Azlan | Filem pertama, pelakon tambahan |
2007 | Otai | Jururawat | |
2009 | Sifu & Tongga | Mila | |
Skrip 7707 | Syida | ||
2010 | 2 Hati 1 Jiwa | Lana | |
2011 | Ratu The Movie | Fauziah | |
Rasuk | Melati | ||
2013 | Kerat 14 | Shasha | |
2014 | Hantu Bukit Cina | Luna | |
2015 | Sunti @ Facebook | Sunti Lara | |
2023 | Polis EVO 3 | Isteri Inspektor Faizal | Penampilan khas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007–2008 | Cinta Medik | Natasha | TV9 | Drama pertama |
2008 | Spa Q | Eryana | TV3 | |
Enigma | Mira | |||
Impak Maksima the Series | Hanim | |||
2009 | Keliwon (Musim 2) | Salwa | Episod: "Minyak Dagu" | |
2010 | Na O Mei | Nabila | ||
Penunggu Gunung Raya | Mas | |||
2011 | Mantera Anjasmoro | Suria | ||
Tahajjud Cinta | Seri Mohd Azim | |||
Terowong | Nani | Episod: "Cantik" | ||
2011–2012 | Trilogi Cinta | Norjinah | TV1 | |
2012 | Dendam Sarakit | Sarakit | TV3 | |
Julia | Nurain | |||
Friday I'm In Love | Amy | TV9 | ||
2013 | Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | Fatin Zaharah | TV3 | |
2014 | Alam Maya | Maya | TV9 | |
Kifarah (Musim 2) | Aziah | TV3 | Episod: "Taksub" | |
Masihkah Ada Cinta | Liya | |||
Lembayung Kasihmu | Maira Asmara | TV2 | ||
2016 | Strawberi & Karipap (musim 3) | Maya | Astro Ceria | Menggantikan pelakon asal Fathia Latiff |
2017 | Aku Di Sisimu | Laila | TV1 | |
2018 | Tok Adi | Mariam | Astro Oasis | |
2019 | Iktibar | Habsah | TV3 | Episod: "Kerana Cemburu" |
Sara Sajeeda | Nellisa | Drama usahasama Malaysia-Pakistan |
Muzik Video
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2012 | "Relakan Jiwa" | Hazama |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2007 | Sangga Saadah | Tati | TV3 |
2009 | 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela | Isabella/ Nurbella | Astro Prima |
2011 | Kekasih Awal dan Akhir | Athiriah | TV9 |
2012 | Jodoh Kita | Rohayu | TV1 |
Kasih Dari Syurga | Nur Damia | TV3 | |
Mak Sanggup | Mashira | TV2 | |
2013 | Artis Pun Bertuhan | Juwita | TV9 |
2015 | Kasih Antara Kita | Natasya | TV1 |
Di Halaman Rindu | Masa |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Roda Impian | Pengacara | TV3 | bersama Kieran |
2015 | Nona | |||
2018 | Calit, Si Cilik Calit! Bersama Nippon Paint | Tetamu undangan | ||
2020 | Sepahtu Reunion Live 2020 | Hawa | Astro Warna | Episod: "Kau Lupa Janji" |
2019 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Episod: "Abah Nak Balik Raya" | ||
2022 | Sarah | Episod: "Sirnanya Ramadan" | ||
Sepahtu Reunion Live 2022 | Rina | Episod: "Tolong Jagakan Dia" | ||
Sepahtu Reunion Live Tour | Mira | Episod: "Takkan Siakan Dia" | ||
2025 | Sepahtu Reunion Live 2025 | Eqah | Astro Prima | Episod: "Rahsia Rumah Usang" |
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) ASK 2007
Rujukan
- Fouziah Gous Sah Bergelar Isteri
- Fouziah Gous perlahan karier seni?
- Gelaran Dato' Suami Fouziah palsu?
- Biodata Fouziah Gous
Pautan luar
- Kelahiran 1982
- Orang hidup
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Pengacara wanita Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon filem Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia