Jenis/bentuk sah | Awam (K.K) |
---|---|
Didagangkan sebagai | TYO: 4506 |
ISIN | JP3495000006 |
Industri | Bioteknologi & Farmasi |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan | 1 Oktober 2005 |
Ibu pejabat | 6-8, Doshomachi 2-chome, Chuo-ku, Osaka, Osaka 541-0045, Jepun |
Tokoh penting | Masayo Tada, (Presiden dan CEO) |
Keluaran |
|
Hasil | ▲ AS$ 3,76 bilion (FY 2013) (¥ 387,69 bilion) (FY 2013) |
Pendapatan bersih | ▲ AS$ 194,94 juta (FY 2013) (¥ 20,06 bilion) (FY 2013) |
Bilangan kakitangan | 7.009 (termasuk anak syarikat) 4.291 (hanya di syarikat ini sahaja) (sehingga 30 Jun 2014) |
Syarikat induk | Sumitomo Chemical |
Anak syarikat | Dainippon Sumitomo Pharma (United States) |
Tapak web | Tapak web rasmi |
Catatan kaki/rujukan | |
[1][2][3][4] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sumitomo Dainippon Pharma Co., Ltd. (大日本住友製薬株式会社 , Dainippon Sumitomo Seiyaku Kabushiki-Gaisha) ialah sebuah syarikat farmaseutikal Jepun yang beribu pejabat di Chuo-ku, Osaka.[5]
Dainippon Pharmaceuticals (Dainippon Seiyaku) ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Nagayo Sensai, lulusan Tekijuku, sekolah kesihatan swasta pertama di Jepun yang diasaskan oleh Ogata Kōan. Syarikat itu mendapat pelaburan dari sejumlah orang asal Tokyo dan Osaka, dan kemudian menyewa tanah dan bangunan milik pemerintah. Keahlian teknikal untuk syarikat ini disediakan oleh Shibata Shokei dan Nagai Nagayoshi, yang merupakan salah satu mahasiswa pertama yang mendapat biasiswa pemerintah untuk bersekolah di luar Jepun.
Dainippon Pharmaceuticals mula beroperasi pada tahun 1885 dengan peralatan yang diimport dari Jerman. Produk utamanya ialah tinktur dan ubat serupa yang berdaftar di Farmakope Jepun. Salah satunya ialah efedrin, ubat anti-asma yang dicipta oleh Nagai. Pada tahun 1893, Nagai keluar dari Dainippon Pharmaceuticals dan syarikat itu mengalami kerugian. Pada tahun 1898, Dainippon Pharmaceuticals dibeli oleh Osaka Seiyaku (Osaka Pharmaceutical).[6]
Sementara itu, Sumitomo Pharmaceuticals ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai anak syarikat Sumitomo Chemical (memegang 77,83% saham sehingga 2006).[7] Dainippon dan Sumitomo bergabung pada 1 Oktober 2005 untuk membentuk Dainippon Sumitomo Pharma.[8] Sebagai hasilnya, Sumitomo Chemical memegang 50.20% saham Dainippon Sumitomo Pharma sehingga 31 Mac 2014.[2]
Sunovion
Sunovion (sebelumnya bernama Sepracor Inc.) ialah sebuah syarikat yang kini beribu pejabat di Marlborough, Massachusetts, Amerika Syarikat. Ia diambil alih oleh Sumitomo Dainippon pada tahun 2010.[9]
Pada September 2016, Sunovion mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih Cynapsus Therapeutics dengan harga sekitar $624 juta, untuk melengkapkan portfolio ubat sistem saraf pusat miliknya. Melalui pemerolehan tersebut, Sunovion juga memperolehi ubat penyakit Parkinson Fasa III yang sedang dibangunkan oleh Cynapsus, iaitu APL-130277,[10] rumusan sublingual dari Apomorfin.[11]
Rujukan
- ^ "Corporate Profile". Dainippon Sumitomo Pharma. Dicapai pada September 13, 2014.
- ^ a b "Fact Book 2014" (PDF). Dainippon Sumitomo Pharma. Dicapai pada November 3, 2011.
- ^ "Company Snapshot". Bloomberg Businessweek. Dicapai pada September 13, 2014.
- ^ "Company Profile". Bloomberg L.P. Dicapai pada September 13, 2014.
- ^ "Company Summary". Google Finance. Dicapai pada September 13, 2014.
- ^ Odagiri, Hiroyuki (1996). Technology and Industrial Development in Japan. Clarendon Press, Oxford. m/s. 239. ISBN 0-19-828802-6.
- ^ 連結子会社の合併に関するお知らせ (PDF) (dalam bahasa Jepun). Sumitomo Chemical. November 25, 2004. Dicapai pada November 3, 2011.
- ^ "Corporate History". Dainippon Sumitomo Pharma. Dicapai pada November 3, 2011.
- ^ "Company press release" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2020-10-29.
- ^ "Sunovion to Acquire Cynapsus for $624M - GEN News Highlights - GEN".
- ^ https://www.michaeljfox.org/foundation/grant-detail.php?grant_id=1343
Pautan luar
- Dainippon Sumitomo Pharma
- Dainippon Sumitomo Pharma (Jepun)
- Official website (Archive)
- "Company history books (Shashi)". Shashi Interest Group. April 2016. Wiki collection of bibliographic works on Sumitomo Dainippon Pharma