Nama asli | 住友不動産株式会社 |
---|---|
Nama rumi | Sumitomo Fudosan Kabushiki-gaisha |
Nama dahulu | Izumi Real Estate Co., Ltd. (1949 - 1957) |
Jenis/bentuk sah | Awam (K.K) |
Didagangkan sebagai | TYO: 8830 |
Industri | Pembangunan hartanah |
Ditubuhkan | 1 Disember 1949 |
Ibu pejabat | Shinjuku NS Building 4-1, Nishi-Shinjuku 2-chome, Shinjuku, Tokyo, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Jepun |
Tokoh penting |
|
Anak syarikat |
|
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Sumitomo Realty & Development Co., Ltd. ialah sebuah syarikat pembangunan hartanah Jepun yang beribu pejabat di Shinjuku, Tokyo. Syarikat ini merupakan ahli Sumitomo Group.
Syarikat ini merupakan salah satu dari tiga pemaju hartanah terbesar di Jepun, bersama Mitsubishi Estate dan Mitsui Fudosan. Sehingga 2018, syarikat ini memiliki portofolio hartanah terbesar kedua di Jepun (di bawah Mitsubishi), dengan jumlah nilai 5,7 trilion yen.[1]
Sejarah
Syarikat ini ditubuhkan dengan nama Izumi Real Estate Co., Ltd. pada tahun 1949 pasca pembubaran konglomerat Sumitomo. Syarikat itu bertukar namanya sebagai Sumitomo Realty & Development pada tahun 1957.[2]
Bermula pada awal dekad 1960-an, Sumitomo aktif menbangunjan dan menjual hartanah kondominium.[3]
Sumitomo Realty kemudian mengadakan penawaran umum perdana di bursa saham Tokyo dan Osaka pada tahun 1970.[2]
Projek bangunann0 tinggi pertama syarikat ini ialah Shinjuku Sumitomo Building, yang siap pada tahun 1974. Bangunan itu kemudian menjadi ibu pejabat syarikat ini. Pada masa itu, ia merupakan bangunan tertinggi di Tokyo (namun dikalahkan oleh Shinjuku Mitsui Building beberapa bulan kemudian), dan elevatornya merupakan yang terpantas di dunia.[4]
Sumitomo beralih ke perniagaan perantara dan pembiayaan hartanah pada akhir dekad 1970-an. Pembiayaan perumahan dan komersial kini menyumbang sebahagian besar pendapatan syarikat ini.[3]
Ibu pejabat syarikat ini kemudian berpindah ke Shinjuku NS Building pada tahun 1982.[2]
Sumitomo kemudiam aktif melabur di California dan Hawaii selama dekad 1970-an.[5] Pada tahun 1987, Sumitomo memperoleh Tishman Building di 666 Fifth Avenue di New York City, dan kemudian dijual kembali pada tahun 1998.[6] Pada tahun 1989, Sumitomo memperoleh hotel JW Marriott di Century City, Los Angeles dengan harga $85 juta.[7] Sumitomo juga menubuhkan anak syarikat di Washington, D.C. dan Sydney selama dekad 1980-an.[8]
Pada pertengahan dekad 1990-an, Sumitomo memulai perniagaan renovasi dan pemodelan semula rumah dengan nama Shinchiku Sokkurisan.[3]
Sepanjang sejarahnya, Sumitomo memiliki dasar untuk tidak menjual hartanah yang dibangunkan sendiri.[1]
Projek besar
Menara pejabat
Sumitomo memiliki sekitar 220 bangunan pejabat di Tokyo,[1] yang terbesar antara lain:
- Shinjuku Sumitomo Building (1974)
- Shinjuku NS Building (1982)
- Izumi Garden Tower (2002)
- Shinjuku Oak City (2003)
- Tokyo Shiodome Building (2004)
- City Tower Takanawa[9] (2004)
- Shinjuku Grand Tower (2011)
- Tokyo Nihombashi Tower (2015)
- Roppongi Grand Tower (2016)
Hotel
Sumitomo Realty mengendalikan rangkaian Hotel Villa Fontaine, yang memiliki 15 hartanah di Jepun (Tokyo, Kobe, dan Osaka).[10]
Rujukan
- ^ a b c Maeno, Masaya (2018-07-26). "Tokyo real estate market booming ahead of Olympics". Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-26.
- ^ a b c "Our History | Sumitomo Realty & Development Co., Ltd". www.sumitomo-rd.co.jp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ a b c "At a Glance | Sumitomo Realty & Development Co., Ltd". www.sumitomo-rd.co.jp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ "Shinjuku Sumitomo Building, Nikken Sekkei | Tokyo | Japan | MIMOA". Mimoa. Dicapai pada 2018-07-26.
- ^ "History of SUMITOMO REALTY & DEVELOPMENT CO., LTD. – FundingUniverse". www.fundinguniverse.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ Cuozzo, Steve (2017-04-18). "The scandalous history behind Kushner's ritzy Midtown building". New York Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-26.
- ^ Yoshihara, Nancy (1989-01-24). "Japanese Group Buys Marriott Hotel in Century City". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0458-3035. Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ "沿革". Sumitomo Realty. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ "City Tower at Takanawa | Tokyo, Japan | KTGY Architects". KTGY Architecture + Planning. Dicapai pada 2019-01-30.
- ^ "Hotel Villa Fontaine". www.hvf.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2018-07-27.