Nama asli | 信越化学工業株式会社 |
---|---|
Nama rumi | Shin'etsu Kagaku Kōgyō kabushiki gaisha |
Jenis/bentuk sah | Awam KK |
Didagangkan sebagai | |
ISIN | JP3371200001 |
Industri | Kimia |
Ditubuhkan | (16 September 1926 (dengan nama Shin-Etsu Nitrogen Fertilizer) | )
Ibu pejabat | 6-1, Ōtemachi 2-chome, Chiyoda-ku, Tokyo 100-0004, Jepun |
Tokoh penting | Chihiro Kanagawa (Pengerusi) Shunzo Mori (Presiden) |
Keluaran | |
Hasil | ▲ $13 bilion (TK 2017) (JPY 1.441,4 bilion) (TK 2017) |
Pendapatan bersih | ▲ $2,4 bilion (FY 2017) (JPY 266,2 bilion) (TK 2017) |
Bilangan kakitangan | 17.892 (sehingga 28 April 2014) |
Tapak web | Tapak web rasmi |
Catatan kaki/rujukan | |
[1][2][3] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Shin-Etsu Chemical Co., Ltd. (信越化学工業株式会社 , Shin'etsu Kagaku Kōgyō kabushiki gaisha) ialah syarikat kimia terbesar di Jepun, dan menduduki peringkat kesembilan dalam senarai Forbes Global 2000 untuk sektor kimia. Shin-Etsu memegang bahagian pasaran terbesar untuk substrat fotomask, polivinil klorida, dan silikon semikonduktor global.[4]
Syarikat ini juga tersenarai dalam Top 100 Global Innovators yang disusun oleh Thomson Reuters pada tahun 2011, 2012, 2013, dan 2014.[4]
Nama “Shin-Etsu” berasal dari wilayah Shin'etsu, di mana syarikat ini menubuhkan kilang kimia pertamanya dengan nama Shin-Etsu Nitrogen Fertilizer pada tahun 1926, walaupun kini syarikat ini beribu pejabat di Tokyo dan kilangnya beroperasi di 14 negara di seluruh dunia.
Segmen
Shin-Etsu membahagikan perniagaannya menjadi tiga kumpulan berbeza, iaitu:
- Kimia organik dan anorganik
- Produk utama: polivinil klorida, silikon, metanol, klorometana, turunan selulosa, poval, soda kaustik, dan logam silikon
- Bahan elektronik
- Produk utama: silikon semikonduktor, bahan organik, magnet tanah jarang untuk industri elektronik, dan produk fotoresis
- Bahan fungsian
- Produk utama: kuarsa sintetik, tanah jarang dan magnet tanah jarang untuk keperluan umum[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ "Company Profile". Dicapai pada 21 Januari 2015.
- ^ "Board of Directors" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2015.
- ^ "Shin-Etsu: net income 2005-2014" (dalam bahasa Inggeris). Statista. Dicapai pada 16 Mac 2015.
- ^ a b "Top 100 Global Innovators 2014" (dalam bahasa Inggeris). Thomson Reuters. Dicapai pada 21 Januari 2015.
Bacaan lanjut
- Fingleton, Eamonn (Mac 2015). Is This The Most Successful Tech Giant You've Never Heard Of? (dalam bahasa Inggeris) Forbes