| Bandar | Kuala Lumpur |
|---|---|
| Negara | Malaysia |
| Kawasan penyiaran | |
| Slogan | Menjana Minda |
| Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan |
| Tarikh siaran pertama | 15 Februari 2009 |
| Bahasa | Melayu |
| Pemilik | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
| Siaran web | rtmklik |
| Tapak web | www |
Salam FM merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. Salam FM merupakan stesen radio berunsur Islam kedua di Malaysia selepas IKIMfm pada tahun 2001 dan sebelum ZAYAN pada tahun 2017. Keseluruhan kandungan stesen radio ini adalah program berkaitan agama Islam, yang merupakan agama negara Malaysia.
Frekuensi siaran radio ini berkongsi dengan radio Asyik FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran dari jam 8 pagi hingga 11 malam.
Program-program Salam FM dipersembahkan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Salam FM juga membekalkan rancangan-rancangan berbentuk kapsul yang disiarkan di stesen radio di bawah Radio Televisyen Malaysia seperti Nasional FM, Klasik FM dan radio-radio negeri.
Walaupun telah bersiaran lebih daripada 16 tahun, Salam FM mempunyai kekangan waktu siaran yang terhad, liputan yang tidak menyeluruh di seluruh Malaysia dan kurang mendapat publisiti media.
Sejarah
Penubuhan & Siaran Percubaan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya mewujudkan satu saluran radio khusus yang dikendalikan sepenuhnya oleh JAKIM dengan menggunakan nama Salam FM. Cetusan idea untuk menubuhkan saluran radio bermula sekitar penghujung tahun 2006 dan persetujui oleh kedua-dua pihak pada awal tahun 2007.
Menerusi perancangan dan persiapan program serta kakitangan pengendali dibuat, Salam FM memulakan siaran percubaannya pada 15 Februari 2009 dengan waktu siaran pada jam 1 pagi hingga 8 pagi.[1]
Stesen ini bermatlamat untuk menerbit dan menyiarkan program agama secara langsung atau rakaman awal, disamping membekalkan rancangan-rancangan radio di bawah RTM termasuk Voice of Islam dan Suara Islam.[2]
Pada 11 Jun 2009, pelancaran Salam FM disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Haji Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur bersempena Konvensyen Pendakwah Negara. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, dan Pengarah Urusan Rancangan Radio RTM, Norliza Mohd Ali.
Penutupan Suara Islam & Voice of Islam
Suara Islam & Voice of Islam merupakan radio yang dikendalikan oleh RTM. Dilancarkan pada 17 April 1995 oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat di bawah perkhidmatan Suara Malaysia bertujuan untuk mengangkat nilai agama Islam dan kemajuan masyarakat dengan rancangan yang boleh diikuti di beberapa negara seperti Indonesia, Australia dan Eropah.
Pada awal penubuhannya, Suara Islam bersiaran selama tiga jam setiap hari dari 10 malam hingga 1 pagi melalui frekuensi 91.1FM dalam negara dan menerusi gelombang pendek untuk siaran ke luar negara, manakala Voice of Islam yang dikhususkan untuk siaran ke luar negara diikuti menerusi gelombang pendek sw 6175khz-48M, sw 9750 Khz-31 M dan sw 15295 khz-19M.
Walaupun menerima sambutan baik daripada pendengar menerusi rancangan yang menarik, waktu siaran Suara Islam & Voice of Islam dikurangkan kepada dua jam bermula pertengahan tahun 2010. Waktu siaran baharu tersebut bermula jam 10 malam hingga 12 tengah malam, memberikan ruang kepada waktu permulaan siaran Salam FM kepada jam 12 tengah malam.
Selepas 48 tahun Suara Malaysia bersiaran menerusi gelombang pendek, format siaran Suara Islam & Voice of Islam ditukarkan kepada audio siar Internet pada 31 Ogos 2011 dan akhirnya ditamatkan pada 2012. Kekosongan waktu siaran yang ditinggalkan oleh siaran Suara Islam & Voice of Islam membolehkan Salam FM memulakan siaran pada jam 10 malam dan menamatkan siaran pada jam 8 pagi, menjadikan Salam FM memperoleh 10 jam masa siaran.[3]
Namun begitu, tidak lama selepas itu waktu siaran Salam FM dikembalikan satu jam kepada Asyik FM, membolehkan siaran Asyik FM berakhir pada jam 11 malam dan Salam FM memulakan siaran selepas itu. Salam FM memperoleh 9 jam masa siaran, manakala Asyik FM memperoleh 15 jam masa siaran sehingga Disember 2025.
Salam FM Mempunyai Konti Sendiri
Dengan keadaan berkongsi frekuensi bersama Asyik FM, Salam FM berkongsi fasiliti yang sama di Konti 8 di Wisma Radio Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Bagi memenuhi keperluan kandungan kedua-dua radio yang semakin berkembang, Salam FM mula beroperasi di Konti 10 pada 1 Julai 2022 selepas lebih 13 tahun berkongsi konti dengan radio Asyik FM.[4] Namun begitu, frekuensi kedua-dua stesen radio kekal berkongsi sehingga kini.
Perasmian konti baharu Salam FM disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato' Che Roslan Bin Che Daud dalam satu majlis ringkas.[5]
Pencapaian
| Tahun | Program | Calon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2024[6] | Dakapan Senja | Mohd Abrar Mohd Sanusi | Drama Radio Terbaik | Tercalon |
| Misi Dodol | Siti Nazdhirah Hj Mohd Rajoli | Drama Radio Terbaik | Tercalon | |
| Perjalanan Terakhir | Yunie Yunos | Dokumentari Radio Terbaik | Tercalon | |
| Sofia Abdullah | Penyampai Radio Wanita Terbaik | Tercalon | ||
| 2022[7] | Anugerah Terindah | Norazlinah Nordin | Drama Radio Terbaik | Menang |
| Beto Kusyairy | Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik | Menang | ||
| Che Kem | Pelakon Pembantu Lelaki Drama Radio Terbaik | Tercalon | ||
| Muhammad Nur Irfan Nur Ibrahim | Pelakon Pembantu Lelaki Drama Radio Terbaik | Tercalon | ||
| Hadi M.I. | Skrip Drama Radio Terbaik | Tercalon | ||
| Mukjizat Teragung | Siti Nazdhirah Hj Mohd Rajoli | Bicarawara Radio Terbaik | Menang | |
| Hijrah Terindah | Bicarawara Radio Terbaik | Tercalon | ||
| Rancangan Agama Radio Terbaik | Tercalon | |||
| Salam Tilawah | Nur Farhana Mohd Noor | Rancangan Interaktif Radio Terbaik | Tercalon | |
| Carta Legenda Salam FM | Yunie Yunos | Hiburan Radio Terbaik | Tercalon | |
| Penyampai Radio Wanita Terbaik | Tercalon |
Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023
- Calon Akhir Dokumentari Radio Terbaik - Perjalanan Terakhir (Penerbit : Yunie Yunos)[8]
Penerbit & Penyampai
Penerbit Sedia Ada
- Nur Farhana Mohd Noor (DJ Farhana)
- Maria Asyikin (DJ Maria)
- Yunie Yunos (DJ Yunie)
- Siti Nazdhirah Hj Mohd Rajoli
- Suhaila Aris
- Syafiq Raffiqin Liow (Penerbit Kandungan Bahasa Mandarin)
- Abdul Ghani Raja Muhammad (Penerbit Kandungan Bahasa Tamil)
- Azizah Ngah (Penerbit Kandungan Orang Asli)
Penyampai Sedia Ada
- Yus Amri Mohd Yusof (DJ Amri)
- Muhammad Arif Mohd Radzi (DJ Arif Radzi)
- A. Ahnaf A. Bakar (DJ Ciknap)
- Sofia Abdullah (DJ Sofia)
Bekas Penerbit & Penyampai
- Ustaz Nabil Ahmad
- Asyraf Azehar (Acap FINE)
- Muhammad Arif Che Soh
- Azlinah Nordin
- Mohamad Naim Nadri
- Shahir Bakqie Salim
- Azmal Isrul Ismail
- Hasmin Hamzah
- Mohd Abrar Mohd Sanusi
- Anwari Md Said
Segmen
Rancangan Tonggak
| Hari | Waktu Siaran | Rancangan |
|---|---|---|
| Isnin | 12.15 tengah malam | E.J.A.S (Enta Jawab Ana Soal) |
| Selasa | 12.15 tengah malam | Al-Kisah |
| Rabu | 12.15 tengah malam | Mencari Yang Halal |
| Khamis | 12.15 tengah malam | Di Sebalik Mata |
| Sabtu | 12.15 tengah malam | Salam Tilawah |
| Ahad | 12.15 tengah malam | Carta Salam |
Kapsul
| Hari | Waktu Siaran | Rancangan |
|---|---|---|
| Setiap Hari | 3.00 pagi 6.30 pagi |
Nida Ul Islam |
| Setiap Hari | 1.30 pagi 5.15 pagi |
Tamadun Islam |
| Setiap Hari | 3.40 pagi 5.30 pagi |
Kalamullah |
| Setiap Hari | 3.40 pagi 5.40 pagi |
Halaqah Hadis |
| Setiap Hari | 3.05 pagi 7.25 pagi |
Lughatul Salam |
| Setiap Hari | 3.10 pagi 7.20 pagi |
Glosari Islam |
| Isnin - Jumaat | 1.15 pagi 7.15 pagi |
Keluarga Ustaz Aqil |
| Isnin - Jumaat | 1.45 pagi 7.30 pagi |
Kak Bedah Tudung Bawal |
| Sabtu - Ahad | 7.15 pagi | Salam Sihat |
| Isnin - Jumaat | 7.35 pagi | Agenda Salam |
Penyampai
| Hari | Penyampai | Masa |
|---|---|---|
| Isnin | DJ Arif Radzi | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Amri | 4.00 pagi - 8.00 pagi | |
| Selasa | DJ Arif Radzi | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Amri | 4.00 pagi - 8.00 pagi | |
| Rabu | DJ Ciknap | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Amri | 4.00 pagi - 8.00 pagi | |
| Khamis | DJ Ciknap | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Amri | 4.00 pagi - 8.00 pagi | |
| Jumaat | DJ Maria | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Sofia | 4.00 pagi - 8.00 pagi | |
| Sabtu | DJ Farhana | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Sofia | 4.00 pagi - 8.00 pagi | |
| Ahad | DJ Yunie | 12.00 tengah malam - 4.00 pagi |
| DJ Sofia | 4.00 pagi - 8.00 pagi |
Program Khas & Radio Di Lokasi
Bagi memastikan kandungan program radio di bawah RTM bagi hari kebesaran Islam diselaraskan, Bahagian Penyiaran di bawah Cawangan Radio menyediakan pelbagai rancangan khas berbentuk drama, dokumentari, bual bicara dan siaran promosi untuk disiarkan di semua stesen radio.
- Siaran Khutbah Jumaat langsung dari masjid di bawah JAKIM dan JAWI
- Ambang Maal Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah
- Program Khas Isra' Mikraj
- Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
- Pengisytiharan Permulaan Ramadan & Hari Raya Aidilfitri
- Program Khas Nuzul Quran
- Pengisytiharan Awal Zulhijah & Hari Raya Aidiladha
- Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK)
- Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)
Frekuensi
Radio
| Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
|---|---|---|
| 91.1 MHz | Kuala Lumpur dan Putrajaya | Menara Kuala Lumpur |
| 102.5 MHz | Selangor, Pahang Barat, Perak Selatan dan Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Ulu Kali |
| 95.6 MHz | Negeri Sembilan (sebahagian Gemencheh), Melaka (sebahagian Merlimau, Jasin, Nyalas dan Asahan) dan Johor (sebahagian Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat) | Gunung Ledang |
| 89.3 MHz | Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang | RTM Ulu Tembeling |
| 105.1 MHz | Cameron Highlands, Pahang | Gunung Batu Brinchang |
| 93.1 MHz | Lenggong, Perak | Bukit Ladang Teh |
| 99.9 MHz | Damak, Pahang | Bukit Botak |
Televisyen
| Platform TV | Saluran |
|---|---|
| Astro / NJOI | 875 |
| MYTV | 706 |
Aplikasi
- RTMKlik
- MYTV Mana-Mana
Slogan
- Menjana Minda (2009 - Terkini)
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Radio Jakim, SALAM FM mula siaran percubaan - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my.
- ^ "JAKIM 4 Dekad" (PDF). www.islam.gov.my.
- ^ "Laporan Tahunan JAKIM 2014". www.islam.gov.my.
- ^ "Hari Ini Dalam Sejarah, Arkib Negara". hids.arkib.gov.my.
- ^ "Salam FM mulakan operasi di konti baharu". www.youtube.com.
- ^ "Anugerah Seri Angkasa 2024". www.anugerahseriangkasa.gov.my.
- ^ "Anugerah Seri Angkasa 2022". www.anugerahseriangkasa.gov.my.
- ^ "Hadiah Kewartawanan Malaysia 2023 MPI-Petronas". mpi.my.








