Sahruddin Jamal | |
|---|---|
| سحرالدين جمال | |
| Menteri Besar Johor ke-17 | |
| Dalam jawatan 14 April 2019 – 27 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Didahului oleh | Osman Sapian |
| Digantikan oleh | Hasni Mohammad |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Kepong |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Kesihatan, Alam Sekitar & Pertanian) | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 14 April 2019 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Iskandar |
| Menteri Besar | Osman Sapian |
| Didahului oleh | Ayub Rahmat (Kesihatan dan Alam Sekitar) Ismail Mohamed (Pertanian) |
| Digantikan oleh | Mohd Khuzzan Abu Bakar (Kesihatan) Tan Chen Choon (Alam Sekitar) Tosrin Jarvanthi (Pertanian) |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Kepong |
| Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia | |
| Dalam jawatan 31 Mei 2020 – 15 Disember 2022 | |
| Menteri | Ronald Kiandee (2020–2022) Mohamad Sabu (3–15 Disember 2022) |
| Ketua Pengarah | Ruhaida Mashhor |
| Didahului oleh | Abdul Malik Abul Kassim |
| Digantikan oleh | Sheikh Umar Bagharib Ali |
| Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Johor | |
| Menyandang jawatan 8 Jun 2022 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Timbalan | Mohd Rashid Hasnon |
| Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Bukit Kepong | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Majoriti | 1,273 (2018) 710 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Sahruddin bin Jamal 26 Mei 1975 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (2017–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | Nila Armila Mukdan |
| Tempat belajar | Universiti Hasanuddin (MD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor |
| Laman web | Sahruddin Jamal di Facebook |
YB Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal (lahir 26 Mei 1975) merupakan seorang ahli politik dan doktor perubatan Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Bukit Kepong. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU dan Pengerusi BERSATU Johor.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor ke-17 dari April 2019 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 serta sebagai Ahli EXCO Johor dalam pentadbiran PH di bawah bekas Menteri Besar Osman Sapian dari Mei 2018 sehingga kenaikan beliau ke jawatan Menteri Besar pada April 2019. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dari Mei 2020 hingga Disember 2022. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelumnya gabungan PH. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi BERSATU Negeri Johor sejak Jun 2022.[1] Sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha BERSATU Johor sebelum dinaikkan ke jawatan Pengerusi Negeri. Beliau juga merupakan Menteri Besar Johor yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah, dengan tempoh perkhidmatan hanya selama 321 hari.
Latar belakang
Sahruddin dilahirkan pada 26 Mei 1975 dalam sebuah keluarga petani di Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar, Johor.[2] Beliau pernah bersekolah di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh.[3] Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Hasanuddin, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.[4] Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar selama lima tahun dan kemudiannya mengusahakan tiga buah kliniknya sendiri, Klinik Dr Sahruddin, masing-masing di Bukit Pasir, Bandar Universiti Pagoh dan Pagoh, Muar sebelum menceburi bidang politik.[5][6]
Sahruddin berkahwin dengan Datin Dr. Nila Armila Mukdan yang juga seorang doktor dan pasangan ini dikurniakan tiga orang anak perempuan.[4]
Kerjaya politik
Dalam Pilihan raya negeri Johor 2018, beliau membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Kepong. Beliau memenangi kerusi tersebut dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Bukit Kepong untuk penggal pertama.[7] Pada 16 Mei 2018, Sahruddin dilantik sebagai Ahli EXCO Johor yang bertanggungjawab dalam bidang Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian.[8]
Pada 14 April 2019, Sahruddin dinaikkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor, menggantikan penyandang terdahulu Osman Sapian yang meletakkan jawatan selepas hanya berkhidmat selama 11 bulan.[4]
Pada 28 Februari 2020, beliau digantikan oleh Hasni Mohammad daripada Barisan Nasional (BN) selepas kejatuhan pentadbiran negeri PH berikutan Krisis politik Malaysia 2020.[9]
Selepas meninggalkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor, Sahruddin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) pada 31 Mei 2020.
Pada 15 Disember 2022, pelantikan politik Sahruddin sebagai Pengerusi MPIB telah ditamatkan.
Dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, Sahruddin dicalonkan semula oleh Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi Bukit Kepong. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan dipilih semula sebagai Ahli DUN Johor bagi Bukit Kepong untuk penggal kedua.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N07 Bukit Kepong | Sahruddin Jamal (BERSATU) | 11,665 | 47.90% | Mohd Noor Taib (UMNO) | 10,392 | 42.67% | 24,352 | 1,273 | 84.00% | ||
| Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PAS) |
2,321 | 9.53% | ||||||||||
| 2022 | Sahruddin Jamal (BERSATU) | 9,873 | 43.86% | Ismail Mohamed (UMNO) | 9,163 | 41.08% | 22,303 | 710 | 59.48% | |||
| Afiqah Zulkifli (MUDA) | 3,076 | 13.79% | ||||||||||
| Md. Taib Md. Suhut (PEJUANG) | 191 | 0.86% | ||||||||||
Anugerah
Sultan Ibrahim dari Johor telah menganugerahkan kepada Sahruddin darjah Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J.) pada 22 April 2019 sempena pelantikannya sebagai Menteri Besar Johor.[14]
Johor :
Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J.) – Dato' (2019)[15][16]
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN BERSATU Johor". Berita Harian. 11 Jun 2022. Dicapai pada 14 Februari 2025.
- ^ "Dr Sahruddin angkat sumpah MB baharu Johor". Berita Harian. Bernama. 14 April 2019. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ Badrul Kamal Zakaria (14 April 2019). "MB Johor kembali ke kampung halaman". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ a b c Mohd Farhaan Shah (14 April 2019). "Sahruddin Jamal sworn in as new Johor MB". The Star. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ Badrul Kamal Zakaria (14 April 2019). "Dr Sahruddin well accepted by the people". New Straits Times. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ Huzaifah Al Yamani (14 April 2019). "BIODATA MENTERI BESAR JOHOR 2019". Apa Kata Orang. Facebook. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ "Kedudukan Kerusi bagi DUN: N.07 BUKIT KEPONG". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. 9 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "New Johor Exco members sworn in". New Straits Times. 16 Mei 2018. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ "BN's Hasni Mohammad sworn in as Johor's Chief Minister". 28 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2020. Dicapai pada 28 Februari 2020.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
- ^ Mohd Farhaan Shah, M. Sharmithashini and Esther Tan (23 April 2019). "Johor MB unveils new exco". The Star. Dicapai pada 23 April 2019.
- ^ Rizalman Hammim (22 April 2019). "New Johor MB awarded Datukship from Johor Sultan". New Straits Times. Dicapai pada 22 April 2019.
- ^ Zulhisham Isahak (22 April 2019). "Dr. Sahruddin kini bergelar Datuk". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 April 2019.
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Osman Sapian |
Menteri Besar Johor ke-17 2019–2020 |
Diikuti oleh: Hasni Mohammad |
- Kelahiran 1975
- Orang hidup
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Menteri Besar Johor
- Orang dari Muar
- Pengamal perubatan umum Malaysia
- Menteri Besar daripada Bersatu
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-15
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-14









