Ariff Hilmy bin Muhammad Amir (lahir 10 April 2005) lebih dikenali sebagai Ray-D merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Nama beliau mula meraih perhatian umum selepas menyertai program realiti Big Stage Alpha yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2025.
Ray-D | |
---|---|
Kelahiran | Ariff Hilmy bin Muhammad Amir 10 April 2005 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Ray-D |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2025–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
Kegiatan berkaitan | Ariel Fesol Afiq Sky Daniel Sher Rizal Rasid Araff |
Ray-D berjaya menamatkan saingan dalam pertandingan tersebut dengan merangkul Naib Juara akhir Big Stage Alpha. Pada Jun 2025, program itu melabuhkan tirainya dengan menobatkan tujuh finalis terbaik untuk membentuk sebuah kumpulan muzik lelaki baharu yang dinamakan ALPHA.
Ray-D merupakan salah seorang daripada tujuh ahli terpilih dan kini aktif sebagai anggota kumpulan tersebut. Mereka tampil dengan lagu debut berjudul "Mona Lisa (Bang Bang)", yang menjadi langkah pertama dalam perjalanan seni mereka sebagai sebuah kumpulan.[1]
Diskografi
Single
Tahun | Judul | Label | Catatan |
---|---|---|---|
2025 | "Mona Lisa (Bang Bang)" | Rocketfuel Entertainment | Single Debut Kumpulan ALPHA |
"P. Ramlee & Saloma" | OST Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure | ||
"Sahabat" | Lagu Tema Kempen Astro Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia | ||
"Bujang" | OST Drama (Viu) Satu, Dua... Dia? |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2025 | Big Stage Alpha | Peserta | Astro Ria | |
Alpha Dreams Unlocked | Dirinya Sendiri |
Media Sosial
Rujukan
- ^ Rocketfuel Network (2025-07-06), Mona Lisa (Bang Bang) - ALPHA (Official Music Video), dicapai pada 2025-09-18