Muhammad Afiq Asyraaf bin Mohd Azli (lahir 1 Disember 2006) atau lebih dikenali sebagai Afiq Sky merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula meraih perhatian umum selepas menyertai program realiti Big Stage Alpha yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2025. Afiq merupakan salah seorang daripada tujuh finalis terpilih untuk membentuk kumpulan muzik lelaki baharu, ALPHA, yang tampil dengan lagu debut berjudul Mona Lisa.
Afiq Sky | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Afiq Asyraaf bin Mohd Azli 1 Disember 2006 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Afiq Sky |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2025–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Balada |
Alat muzik | Vokal, Gitar |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
Kegiatan berkaitan | Ariel Fesol |
Kerjaya
Afiq memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi jalanan (busker) bersama bapanya dalam duo yang dikenali sebagai Sky Busker. Pada tahun 2024, beliau pernah menyertai uji bakat program realiti One in a Million, namun tidak berjaya ke peringkat seterusnya.
Nama beliau mula meraih perhatian umum selepas menyertai Big Stage Alpha, sebuah edisi khas program Big Stage yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2025. Program ini berkonsepkan pertandingan antara peserta lelaki bagi menubuhkan sebuah kumpulan muzik baharu. Dalam pertandingan tersebut, Afiq berjaya mara ke pentas akhir dan menamatkan saingan di tempat ketujuh. Pada minggu suku akhir, beliau diselamatkan oleh juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, selepas mengalami masalah suara.
Selepas tamat pertandingan, Afiq menyertai kumpulan muzik lelaki baharu bernama ALPHA, yang ditubuhkan di bawah naungan Rocketfuel Entertainment. Beliau bergabung bersama enam lagi finalis iaitu Ariel Fesol, Ray-D, Rizal Rasid, Daniel Sher, Araff, dan Izat Ibrahim. Kumpulan ini memulakan kerjaya muzik mereka dengan lagu debut berjudul “Mona Lisa”.
Diskografi
Single bersama Alpha
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2025 | "Mona Lisa" | Lagu debut |
2025 | "P. Ramlee & Saloma" | OST Thariq Ridzuwan |
2025 | "Sahabat" |
Televisyen
Rancangan realiti / Hiburan
Tahun | Tajuk rancangan | Catatan |
---|---|---|
2025 | Big Stage Alpha | Finalis dan tempat ketujuh |
Rancangan dokumentari / Gaya Hidup
Tahun | Tajuk rancangan | Saluran tv | Catatan |
---|---|---|---|
2025 | Alpha Dreams Unlocked | Astro Ria |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2024 | Babah | Pelakon tambahan | Filem pertama |