Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid (lahir 3 September 1995) atau lebih dikenali sebagai Rizal Rasid merupakan penyanyi kelahiran Brunei Darussalam yang kini menetap di Malaysia. Beliau mula dikenali melalui lagu Cukup yang menjadi runut bunyi drama TV3 Rindu Yang Terindah pada tahun 2020[1]. Kritikan dan sambutan yang positif terhadap muzik beliau membolehkan beliau berkembang ke pasaran Malaysia dan serantau. Pada tahun 2025, beliau memperkukuhkan lagi reputasinya melalui pertandingan realiti Big Stage Alpha terbitan Astro, yang menyaksikan beliau meraih tempat ketiga serta wang kemenangan dan trofi[2]. Susulan dari rancangan realiti tersebut, Rizal kini merupakan "Lead Vocal" kepada kumpulan Alpha bersama 6 orang lagi finalis di bawah label Rocketfuel Entertainment.
Rizal Rasid | |
---|---|
Nama lahir | Muhd Rizal Azhiman bin Mohd Rasid |
Kelahiran | 3 September 1995 (umur 30) Brunei Darussalam |
Pekerjaan | Penyanyi |
Alat muzik | Gulingtangan, gitar dan piano |
Tahun aktif | 2020–kini |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kehidupan awal
Rizal dilahirkan di Brunei Darussalam pada 3 September 1995. Sebelum terjun sepenuh masa ke bidang muzik, beliau pernah bekerja sebagai pramugara. Menurutnya, minat yang mendalam terhadap nyanyian mendorong beliau melepaskan pekerjaan tersebut demi mengejar impian sebagai penyanyi profesional[3].
Kerjaya seni
Rizal memulakan kerjaya muziknya di Brunei dengan memperkenalkan beberapa lagu di peringkat tempatan. Beliau mula mendapat perhatian di Malaysia selepas menandatangani kontrak dengan Warner Music Malaysia[4]. Pada tahun 2020, lagu Cukup diterbitkan dan dipilih sebagai runut bunyi drama TV3 Rindu Yang Terindah. Lagu ini berjaya memperkenalkan nama Rizal kepada penonton arus perdana Malaysia. Beliau kemudian mengeluarkan single Hubungan Tanpa Status yang mendapat sambutan baik di platform digital.
Pada tahun 2024, Rizal melancarkan Nadi, diikuti versi akustik Nadi (Akustik). Lagu ini turut mendapat liputan yang meluas dan video muzik rasmi telah diterbitkan oleh Warner Music Malaysia di YouTube. Di awal tahun 2025, beliau berduet dengan penyanyi Tish Errda dalam lagu Tarikh Luput yang menampilkan genre dan gaya nyanyian yang lebih segar[5].
Diskografi
Single (Solo)
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2020 | "Cukup" | OST Rindu Yang Terindah |
2022 | "Hubungan Tanpa Status" | |
2023 | "Ku Lamar Dia" | |
2023 | "Ku Lamar Dia" - Korean Version | |
2023 | "Cukup" - Korean Version | |
2023 | "Nadi" | |
2023 | "Nadi" - Korean Version | |
2023 | "Nadi (Akustik)" | |
2024 | "Tarikh Luput" - feat. Tish Errda | |
2024 | "Suara Kita" - feat Marsya Dania |
Single (Kumpulan Alpha)
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2025 | "Mona Lisa (Bang Bang)" | Lagu debut |
2025 | "P Ramlee Saloma" | OST Thariq Ridzuwan |
2025 | "Sahabat" |
Televisyen
Rancangan realiti / Hiburan
Tahun | Tajuk rancangan | Catatan |
---|---|---|
2025 | Big Stage Alpha | Tempat Ketiga |
Rancangan dokumentari / Gaya hidup
Tahun | Tajuk Rancangan | Saluran tv | Catatan |
---|---|---|---|
2025 | Alpha Dreams Unlocked | Astro Ria |
Drama web
Tahun | Tajuk Rancangan | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
Satu Dua Dia | Viu | Akan Datang |
Pencapaian
- Dinobat sebagai Artis Baru terbaik di Anugerah Pelangi ke-8 di Brunei 2022
- Mewakili Brunei dalam acara ASEAN-Korea Music Festival 2024[6]
- Tempat Ketiga Big Stage Alpha 2025
Gaya muzik dan pengaruh
Rizal dikenali dengan vokal balada romantis dan pembawaan lagu yang emosional. Lirik lagunya banyak berkisar tentang cinta, hubungan, dan perasaan peribadi. Beliau menyatakan inspirasi muziknya datang daripada artis serantau seperti Afgan[7].
Pautan luar
- Rizal Rasid di Instagram
- Rizal Rasid di Tiktok
- Rizal Rasid di YouTube
Rujukan
- ^ "Penyanyi Kacak Brunei, Rizal Rasid Cuba Nasib Di Malaysia". Gempak. 2020-04-20. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Juhari, Hannani (2025-06-17). "Big Stage Alpha 2025 [LIVE] - Keputusan Markah & Persembahan (FINAL)". eCentral.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ ""Dengan Umur Saya Ketika Itu…"- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara". Gempak. 2024-10-26. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ "Rizal Rasid". Warner Music Malaysia. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Nordin, Norhayati (2024-08-09). "Tarikh luput Rizal Rasid". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ "Penyanyi Kacak Asal Brunei Kembali Dengan Single Pop Terbaharu Bercerita Perihal 'Expiry Date' Dalam Perhubungan". Murai MY (dalam bahasa Inggeris). 2024-08-04. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Sahrom, Zuhairie (2023-02-03). ""KUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA" - RIZAL RASID". GLAM LELAKI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.