Muhammad Amirull Hasraff bin Mohd Pilus (lahir 23 Februari 2006), lebih dikenali sebagai Araff, merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Nama beliau mula meraih perhatian umum selepas menyertai program realiti Big Stage Alpha yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2025.
Araff | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Amirull Hasraff bin Mohd Pilus 23 Februari 2006 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Araff |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2025–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
Kegiatan berkaitan | Ariel Fesol Afiq Sky Daniel Sher Rizal Rasid |
Araff berjaya menamatkan saingan dalam pertandingan tersebut dengan merangkul tempat kelima dalam pentas akhir Big Stage Alpha. Pada Jun 2025, program itu melabuhkan tirainya dengan menobatkan tujuh finalis terbaik untuk membentuk sebuah kumpulan muzik lelaki baharu yang dinamakan ALPHA.
Araff merupakan salah seorang daripada tujuh ahli terpilih dan kini aktif sebagai anggota kumpulan tersebut. Mereka tampil dengan lagu debut berjudul "Mona Lisa", yang menjadi langkah pertama dalam perjalanan seni mereka sebagai sebuah kumpulan.[1]
Rujukan
- ^ Rocketfuel Network (2025-07-06), Mona Lisa (Bang Bang) - ALPHA (Official Music Video), dicapai pada 2025-09-18